Rabu, 12 Jun 2024

PBB ‘kecam’, ‘kutuk’ pun Israel tetap serang, bunuh rakyat Palestin

PAK DEE sedih dan kecewa dengan sikap dunia seperti pejam mata atas kejadian pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa oleh zionis laknatullah. Serangan bermula sejak Oktober tahun lalu itu menyaksikan sehingga 27 Mei lalu, lebih kepada 37,000 orang terbunuh dan lebih 82,000 mengalami pelbagai tahap kecederaan. Semua ini adalah rakyat yang tidak berdosa seperti golongan ibu, bapa, remaja, kanak-kanak dan bayi. Tidak ada satu pun jenazah atau yang cedera itu di kalangan tentera Hamas sebagaimana dijadikan alasan oleh Israel untuk meneruskan pengeboman dan pembedilan kawasan-kawasan penempatan rakyat di Gaza. Ada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun sekadar patung sahaja. Boneka kepada yahudi dan Amerika Syarikat laknatullah. Setiap kali berlaku pengeboman oleh Israel dan media melaporkan ada kematian serta kecederaan di kalangan orang awam, apa PBB respons? Keluarkan kenyataan ‘kecam’ dan ‘kutuk’. Tindakan tidak ada. Esok, zionis laknatullah bom lagi, bedil lagi, serang lagi, bertambah lagi jumlah kematian, kecederaan. PBB ‘kutuk’ lagi, PBB ‘kecam’ lagi. Begitulah sepanjang tempoh lapan bulan genosid Israel ke atas rakyat Palestin. Selepas ‘dikecam’ dan ‘dikutuk’ PBB, Israel keluarkan kenyataan ‘ada kekeliruan’. Cukup mudah penjajah tanah haram itu beri alasan, dan PBB pun senyap. Seolah menerima alasan itu. Pak Dee dari dulu lagi tak percayakan PBB. Lantiklah siapa pengerusi mahupun Setiausaha Agung dari negara mana sekali pun, bila pegang jawatan itu, perasaan takut dan gerun kepada Israel tetap tertanam dalam jiwa mereka. Dengan kata lain, tetap patuh kepada yahudi. Contohnya semalam, Perhimpunan Agung PBB (UNGA) telah memilih lima lagi negara untuk menganggotai Majlis Keselamatan itu bagi tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2025. Negara itu adalah Denmark, Greece, Pakistan, Panama dan Somalia. Inipun sia-sia. Tidak ada manfaat untuk berperanan memberi kesedaran atau menghukum penjenayah besar seperti Israel dan Amerika. Mereka hanya boleh bangga untuk negara mereka saja dengan pelantikan itu. Soal peranan dan tanggungjawab hanya di atas kertas sahaja. Dari segi praktikal ke arah mengekang serangan demi serangan yang dilakukan Israel ke atas Palestin, tidak ada. Mereka hadir mesyuarat sekadar untuk dapat elaun sahaja. Buat teks ucapan ‘mengecam’ dan ‘mengutuk’, baca di Majlis Keselamatan. Selepas itu balik ke negara, minum kopi. Rakyat Palestin tertindas, kebuluran. Tidak ada tempat tinggal, tidak ada makanan, minuman. Keselamatan mereka bagaikan telur di hujung tanduk. Pak Dee memang tidak mengharapkan langsung kepada PBB. Pak Dee hanya selalu tadah tangan mohon doa kepada Allah agar selamatkan umat Islam di Palestin. Lagipun, kisah yahudi ini terkandung jelas dalam al-Quran. Cuma masa belum tiba untuk umat laknatullah ini dihapuskan sama sekali dari muka bumi ini. Begitu juga dengan siapa presiden Amerika dan perdana menteri Israel. Mereka adalah golongan yang tetap dilaknat Allah. Golongan yang mempunyai darah daging yahudi, yang dalam jiwa mereka, Palestin adalah musuh dunia akhirat. Sebab itu Pak Dee tak percaya walau siapa pun jadi presiden Amerika, baik John F. Kennedy, Jimmy Carter, Ronald Reagan, George H. W. Bush, Bill Clinton, George W. Bush Jr, Barack Obama, Donald Trump mahupun Joe Biden. Mereka semua sama saja. Penghisap darah rakyat Palestin dan umat Islam. Jadi, pada Pak Dee, tak ada PBB pun tak apa. Tak ada Mahkamah Antarabangsa (ICJ) pun tak apa. Sebab, makin PBB ‘kecam’, makin Israel besar kepala. Makin Mahkamah Antarabangsa keluarkan amaran, makin menjadi-jadi tindakan Israel. Oleh sebab itu, apa makna ada PBB dan ICJ kalau suara mereka pun Israel dan Amerika tak nak dengar? Cara terbaik ialah Pak Dee ajak seluruh umat Islam, kita pakat tadah tangan berdoa perlindungan dari Allah untuk umat Islam dan rakyat Palestin di Gaza. – NasionalDaily Siaran 7 Jun 2024

Jemaah haji, umrah terkandas, salah siapa?

MASIH ada lagi laporan berita dan media, para jemaah haji atau umrah kena tipu agen syarikat tours and travel yang menawarkan pakej menarik untuk menunaikan haji dan umrah. Walaupun berbuih mulut bagi nasihat, teguran, peringatan jangan terpengaruh dengan janji-janji menarik syarikat palsu, ada juga yang abaikan peringatan itu dengan merelakan diri mereka ditipu apabila menerima tawaran ‘menarik’ yang tidak ada pada agensi berdaftar. Akhirnya, apabila tiba masa nak berangkat, mereka terkandas di lapangan terbang. sebab visa tak lulus, tiket penerbangan tak sah. Duit habis beribu-ribu, agen pula lari dan macam-macam lagi. Kalau terkandas di KLIA tak apa lagi, boleh terus balik ke rumah dengan menumpang sanak saudara yang turut sama menghantar, tetapi bagaimana kalau terkandas di tanah suci? Nak terbang balik tiket tak ada, visa atau pasport dalam simpanan agen. Tika ni mulalah cari pihak Tabung Haji minta bantu mereka selesaikan masalah. Sebelum ni, sebut Tabung Haji, mereka sinis. Tak yakin dengan syarikat-syarikat yang disahkan oleh Tabung Haji. Nak cari juga syarikat palsu kerana janjinya manis. Memang dalam tawaran syarikat palsu, harga murah, hotel penginapan depan Kaabah, makan minum taraf lima bintang, layanan VVIP. Hakikatnya, bila sudah daftar dan bayar, agen atau syarikat terus menghilangkan diri tanpa pengetahuan kita. Kita pula sudah heboh memuji syarikat ni bagus, syarikat ni boleh dipercayai, sedangkan syarikat yang dipuji dan dipercayai itu sudah telan duit mereka dan nama mereka tidak didaftarkan pun untuk visa dan tiket penerbangan. Sebab itu, bila Pak Dee baca berita mengenai bakal jemaah haji atau umrah terkandas, Pak Dee dah sampai ke tahap tak terkejut dah, apatah lagi nak simpati. Bukan Pak Dee tak ada perasaan, tapi Pak Dee sedih dan kecewa dengan kedegilan mereka. Selama ini pun, bukan mereka tak pernah baca berita atau tak sampai ke pengetahuan mereka nasihat dari menteri, pegawai Tabung Haji dan jiran-jiran agar jangan sekali-kali menggunakan syarikat tours and travel yang tidak berdaftar kalau nak buat umrah atau haji. Bukan mereka tak tahu, mereka tahu. Tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tertarik dengan pelbagai pakej yang ditawarkan, pakej yang tidak ada dalam mana-mana syarikat yang berdaftar. Mereka tertarik dengan tawaran harga murah, jauh lebih murah berbanding ditawarkan syarikat tours and travel yang berdaftar dengan kerajaan. Sebab itu, mereka melanggan dengan syarikat palsu. Jadi, bila ada kes terkandas, Pak Dee tak tau nak bersimpati atau nak kata apa. Iklan-iklan dari syarikat yang tidak dikenali pun berleluasa di media sosial. Tak termampu nak ditangani oleh pihak berkuasa. Hanya nasihat dan peringatan sahaja dapat dilakukan, supaya rakyat Malaysia atau umat Islam tidak terpengaruh dengan tawaran itu. Tetapi, ibarat kata, dalam setandan kelapa sawit, tidak semua elok. Yang elok tu eloklah, yang tak elok tu selalunya tak boleh dipakai. Begitu juga manusia. Lebih lagi yang terlalu impikan untuk ke tanah suci. Rasa simpanan dah banyak, cari syarikat palsu. Kononnya, lebih murah dan lebih menjimatkan. Padahal, mereka sudah masuk perangkap syarikat menipu. – NasionalDaily Siaran 30 Mei 2024