Isnin, 20 April 2009

Letak jawatan, trend wakil rakyat sekarang

WAKIL rakyat letak jawatan seperti satu trend dalam politik negara sekarang ini. Yang mati satu hal, peristiwa itu tidak dapat dielakkan, tetapi masalah sekarang ialah wakil rakyat yang masih hidup.

Apabila dah rasa puas pegang jawatan wakil rakyat, senang-senang umum nak letak jawatan. Dari situ pilihan raya kecil terpaksa diadakan untuk isi kekosongan. Tidak terfikirkah oleh ketua-ketua parti akan hal ini?

Barangkali mereka berasa seronok dapat habiskan duit rakyat dengan mengadakan pilihan raya semula. Bila ada kekosongan, mula melobi nak jadi calon. Bila dah dipilih jadi calon, tiba hari mengundi. Keputusannya, menang. Bersorak seluruh kampung. Buat kenduri. Jadilah wakil rakyat yang sah.

Sehari, dua hari. Seminggu, dua minggu, sebulan dua bulan, setahun dua tahun bertitle YB. Masuk kampung, keluar kampung. Janji itu, janji ini. Cukup bulan buat tuntutan perjalanan. Dapat beribu-ribu ringgit. Cukup tempoh yang dijanjikan, projek entah ke mana. Bila rakyat desak, buat keputusan letak jawatan.

Kerusi kosong lagi. Nak isi kena ada pilihan raya. Beratus ribu ringgit duit rakyat terbang lagi. Pilih wakil rakyat yang baru lagi. Peredarannya begitulah. Rakyat di bawah hidup melopong. Duit yang sepatutnya digunakan untuk mereka habis begitu sahaja.

Beginikah politik Malaysia sekarang?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu. Saya tertanya2 lepas ni kat mana pula pilihan raya akan berlangsung. dah macam Akademi Fantasia pulak pakai musim...