Entahlah... untuk kali ke berapa lagi agaknya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat ni, yang nekad nak pegang jawatan itu sampai mati, akan terus masuk dan keluar hospital.
Biasanya orang yang bernafsu besar dan tinggi ini tidak pernah mengambil tahu akan desakan rakyat supaya pemimpin yang sudah tua bangka, tidak mampu lagi berfikir untuk membangun dan memajukan negeri serta gagal mentadbir dengan baik ini meletakkan jawatan dan beri kepada orang lain.
Dia tahu dia sudah tua. Selalu sakit - cirit birit dan mudah demam kalau terkena air hujan - tetapi tetap buat bodoh perasan muda dan nak kekal jadi menteri besar serta mengetuai parti cacar marba, parti Pas.
KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dibenarkan pulang pagi ini selepas berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak Rabu lalu.
Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadzli Shaari di dalam status laman sosial facebook milik Nik Abdul Aziz mengesahkan pemimpin utama Pas itu telah dibenarkan pulang ke rumah pagi tadi.
"Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz telah dibenarkan keluar dari wad sebentar tadi dan pulang ke rumahnya di Pulau Melaka.
"Semoga beliau diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan khidmatnya kepada seluruh umat Islam dan rakyat," katanya dipetik dari laman sosial facebook hari ini.
Difahamkan Nik Abdul Aziz dirawat di wad Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dipercayai kerana komplikasi jantung sejak tengah hari Rabu.
Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu dikatakan berada dalam keadaan stabil dan doktor memintanya supaya berehat di wad itu untuk sementara waktu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan