Selasa, 31 Disember 2013

Rahim Noor dipenjara

30 April - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor hari ini diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya untuk mengetepikan hukuman kerana kesalahan mencederakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah itu juga memerintahkan Abdul Rahim membayar denda RM2,000 atau penjara dua bulan seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Mac tahun lalu.

Abdul Rahim, 57, kemudian dibawa menaiki sebuah Pajero cermin gelap menuju ke Penjara Kajang dengan diiringi anggota-anggota polis dalam dua buah Pajero lain dan dua buah kereta kira-kira pukul 2.52 petang ini.

Hukuman penjara terhadap Abdul Rahim berkuat kuasa mulai hari ini.

Hakim Datuk Shaik Daud Ismail yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat penghakimannya pagi ini, selepas mendengar hujah rayuan yang dikemukakan oleh peguam-peguam mewakili perayu (Abdul Rahim), K. Kumaraendran dan V. Sithambaram.

Beliau mencapai keputusan itu bersama Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Saari Yusoff dan Datuk K.C. Vohrah.

Sabtu, 28 Disember 2013

Kisah terbaru; Detik-detik kematian Saddam didedahkan..

Bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Mowaffak al-Rubaie yang menyaksikan hukuman gantung ke atas Saddam Hussein mendedahkan, bekas Presiden Iraq itu kelihatan tenang sehingga detik-detik terakhir kematian dan tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan.

Menurut Mowaffak, berbeza dengan individu lain yang takut berdepan kematian, Saddam sebaliknya tidak merayu supaya hukumannya dibatalkan atau pun meminta pengampunan Tuhan.

"Saya menyambutnya di pintu masuk. Ketika itu dia memakai jaket dan baju T berwarna putih. Dia kelihatan tenang dan langsung tidak nampak gentar," katanya menceritakan detik-detik terakhir Saddam yang dihukum gantung tujuh tahun lalu.

Saddam yang memerintah Iraq selama lebih dua dekad, dihukum gantung selepas disabit kesalahan melakukan jenayah menentang kemanusiaan dalam pembunuhan 148 penduduk kampung di Dujail.

Mowaffak berkata, Saddam ketika itu digari dan memegang satu naskhah al-Quran.

"Saya membawanya ke sebuah kamar hakim di mana saya membacakan kesalahan yang dilakukannya. Namun dia membalas, 'Pergi mampus Amerika!', Pergi mampus Israel!', 'Hidup Palestin!' dan 'Matilah Majusi Parsi!'.

"Saya kemudian membawanya ke tempat hukuman. Dia memandang tali gantung dan pelantarnya dari atas ke bawah dan berkata, 'Ini memang untuk orang yang berani'," jelas Mowaffak.

Katanya, sebelum dihukum gantung, Saddam melaungkan 'Hidup Imam Mohammed Baqr al-Sadr!' dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah.

Mowaffak mendedahkan, kali pertama tuil diturunkan olehnya, pelantar di kaki Saddam tidak terbuka, dan pelantar hanya terbuka apabila seorang individu lain yang tidak dinamakan menurunkan tuil.

Katanya lagi, hukuman mati ke atas Saddam diputuskan dalam satu persidangan video di antara Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki dan Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu iaitu George W. Bush.

"Apa yang perlu kita lakukan terhadap lelaki itu (Saddam)?," kata Bush.

"Kita gantung dia," jawab Maliki disambut isyarat tangan bagus oleh Bush. - AFP



A.S kata, mungkin ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Presiden Iraq tersebut.

Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..?Siapakah Nouri Al-Maliki, Presiden Iraq sekarang..?Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?

Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi.

Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.

Iraq diperangi kerana Saddam "diktator yg zalim", siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?

Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah

Khamis, 26 Disember 2013

Resto Rasa Sayang Sajikan Masakan Khas Malaysia

Owner Resto Rasa Sayang berfoto bersama dengan Sultan Mahmud Badaruddin III Prabu Diradja saat peresmian restoran
Owner Resto Rasa Sayang berfoto bersama dengan Sultan Mahmud Badaruddin III Prabu Diradja saat peresmian restoran

PALEMBANG | KS-Resto rasa sayang yang sebelumnya beralamat di Jalan basuki rahmat samping BLPT Sekip ujung No.1153 Palembang, yang baru saja diresmikan oleh Sultan Mahmud Badaruddin III Prabu Diradja ini menyajikan masakan khas negeri jiran malaysia.
Direktur Resto Rasa Sayang, Haji Juhaidi Yean Abdullah mengatakan, Resto Rasa Sayang ini sebelumnya sudah beroperasi sejak 2 bulan lalu dan baru diresmikan pada Sabtu kemarin (23/11).

Menurut juhaidi, pihaknya menggunakan konsep rumah makan masa kini hal ini terlihat dari gedung lebih elegan, dan masyarakat menikmati makanan disini dengan suasana santai.

Menurutnya, Resto ini menyediakan menu-menu untuk sarapan pagi, makan siang, dan menu makan malam, dimana untuk menunya sendiri terdiri dari roti canai, nasi lemak, pisang saus, dan sebagainya serta tersedia juga aneka minuman lainnya, harganyapun cukup terjangkau.

“Dengan uang Rp 30 ribu masyarakat sudah bisa kenyang makan diresto Rasa Sayang ini, jadi untuk masyarakat kota Palembang disilahkan datang dan secara langsung untuk menikmati menu-menu yang ada di sini,” ungkapnya.

Ditempat yang sama Sultan Mahmud Badaruddin III Prabu Diradja, saat berkunjung mengatakan, ia menyambut baik dengan hadirnya Resto Rasa Sayang ini, restoran ini merupakan restoran pertama dari negeri Malaysia, dimana saat ini masyarakat Palembang sendiri belum mengetahui masakan ciri khas Malaysia.

“Mudah- mudahan kedepannya ada resto-resto yang lain dibuka di kota ini, khususnya dari negeri Malaysia, dan mejadikan pendapatan daerah asli dengan adanya restoran ini melalui pajak restaurant,” ungkapnya. -

http://kabarsumatera.com/2013/11/resto-rasa-sayang-sajikan-masakan-khas-malaysia/

TEKS : AMINUDDIN
EDITOR : ROMI MARADONA

Ahad, 22 Disember 2013

Senarai Penuh Keputusan Rasmi Pemilihan MCA 2013

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai diisytiharkan sebagai presiden MCA yang baharu, manakala Datuk Dr Wee Ka Siong memenangi kerusi Timbalan Presiden pada pemilihan MCA 2013.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi calon-calon bertanding:

Presiden:
Datuk Seri Liow Tiong Lai (1,186)
Pencabar: Gan Ping Sieu (1,000) dan Datuk Seri Ong Tee Keat (160)

Timbalan Presiden:
Datuk Dr Wee Ka Siong (1,408 )
Pencabar: Datuk Donald Lim Siang Chai (927 )

Naib Presiden:

Datuk Lee Chee Leong (1,542)
Datuk Hou Kok Chung (1,475) Datuk Chua Tee Yong (1,343)
Datin Paduka Chew Mei Fun (1,230)
Calon kalah: Datuk Wee Jeck Seng (1,199)

Datuk Seri Kong Cho Ha (775)

Datuk Chong Itt Chew (685)
Lee Wee Kiat (721)
Dr Leong Yong Kong (286)

Ahli Jawatankuasa Pusat:
Datuk Mah Hang Soon (2,023)
Datuk Koh Nai Kwong (1,743)
Datuk Toh Chin Yaw (1,711)
Lua Choon Hann (1,601)

Datuk Seri Ong Ka Chuan (1,525)
Teoh Sew Hock (1,455)
Datuk Gan Tian Loo (1,330)


Chin Tung Leong (1,319)
Lee Hong Tee (1,283)

Datuk Paul Kong Singh Chu (1,279)
Datuk Chai Kim Sen (1,262)
Boey chin Gan (1,255)
Ooi Siew Kim (1,250)
Lim Chin Fui (1,245)
Tan Cher Puk (1,219)
Ooi Eyan Cian (1,205)
Datuk Hoh Khai Mun (1,204)
Yoo Wei How (1,204)


Datuk Ei Kim Hock (1,185)  
Tan Teik Cheng (1,175)
Ng Chok Sin (1,172 )

Chuah Poh Khiang (1,152)
Datuk Tan Chin Meng (1,139)
Datuk Ti Lian Ker (1,138)

Dr Por Choo Chor (1,123)
Teh Kim Poo (1,118)
Tee Hooi Ling (1,118)

Lee Ban Seng (1,065)
Lau Lee (1,047)
Tan Chong Seng (1,043) 
Wong Koon Mun (1,041)

Datuk Edward Khoo Keok Hai (1,023)
Koh chin Han (1,017)


Chew Kok Woh (937)
Loh Seng Kok (917)
Teh Chai Aan (895)Goh Tee Tee (875)
Wong Tat Chee (811)
Yee Hee Leong (800)
Low Kim Mang (762)
Datuk Chew Yin Keen (760)
Sim Eng Peng (754)
Frankie Gan Joon Zin (736)
Tan Lee Huat (729)
Kow Cheong Wei (728)
Tan Seong Lim (680)
Tan Ken Ten (645)
Wong Kooi Fong (510)
Chiew Lian Keng (509)
Daniel Ling Sia Chin (482)
Tan Teck Poh (463)
Ong Soon Boon (383 )
Leong Kok Wee (377)Chin Hong Vui (317)
Chee Ah Ken (292)
Koo Chin Nam (290)
Yap Ching Leong (264)
Gan Chee Biow (240)

Liow Presiden Baharu MCA, Dr Wee Timbalan


 
Liow Tiong Lai.
 
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai siapa yang akan terus menerajui MCA terjawab setelah Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan memenangi jawatan presiden MCA yang baharu.

Tiong Lai mendapat 1,186 undi menewaskan Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan MCA yang diadakan di Wisma MCA di sini, Sabtu. Gan memperoleh 1,000 undi manakala Ong menerima 160 undi.

 
Dr Wee Ka Siong.
 
Mengiringi Liow ialah Datuk Dr Wee Ka Siong yang diumumkan sebagai timbalan presiden parti yang baru.

Beliau menewaskan pesaingnya Datuk Donald Lim Siang Chai dalam pertandingan satu lawan satu dengan mendapat 1,408 undi. Donald Lim memperoleh 927 undi.

Dari kiri: Dr Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong, Datin 
Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Lee Chee Leong.

Empat kerusi naib presiden menyaksikan ia diduduki oleh Datuk Lee Chee Leong, Datuk Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Wei Fun.

Lee menang dengan 1,642 undi, Dr Hou (1,475), Chua (1,343) dan Chew (1,230). Jawatan ini ditandingi oleh sembilan calon kesemuanya.

Bagi kerusi jawatankuasa pusat, ia telah diisi oleh 25 calon yang mendapat undi tertinggi daripada 58 calon bertanding. Keputusan tersebut diumumkan oleh Datuk Yik Phooi Hoong.

Isnin, 9 Disember 2013

Lelaki mati dalam rusuhan Singapura dikenal pasti

KUALA LUMPUR: Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti sebagai Sakthivel Kumaravelu.

Menurut laporan The Straits Times, lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan di sebuah syarikat bernama Heng Hup Soon.

Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH).

Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.

Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India di mana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.

Pekerja asing merusuh di Little India, Singapura

SINGAPORE: Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.

Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.

Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera.

Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.

Polis berkata lebih kurang  400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.

Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta  pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan.

"Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian.

Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969.

Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.

Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata,  kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.
Sebanyak lima buah kereta polis, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial.

 Rusuhan mengejut gemparkan Singapura

 
 
/news/show/rusuhan-mengejut-gemparkan-singapura-26706?cp
 SINGAPURA: Pagi ini rakyat Singapura dikejutkan dengan foto-foto kereta yang dibakar dan jalan yang bersepah, sesuatu yang tidak pernah mereka lihat.

Semuanya berlaku setelah satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang pekerja warga asing dari India terbunuh. Ia merupakan rusuhan paling buruk dalam tempoh 40 tahun.

Rusuhan tersebut berlaku pada lewat malam Ahad di Little India selepas seorang pekerja warga asing yang berusia 33 tahun dilanggar sebuah bas.

Menurut polis seramai 400 warga asing terlibat dalam rusuhan tersebut dan 27 pekerja telah ditahan atas tuduhan merusuh, yang mana boleh kesalahan tersebut boleh dihukum penjara 7 tahun termasuk dirotan.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan termasuk tiga kereta polis telah dibakar. Situasi genting akhirnya berjaya dikawal pasukan komando elit yang tiba di tempat kejadian.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam kenyataannya berkata “apa sahaja yang telah menyebabkan rusuhan tersebut, ia bukan satu alasan untuk bertindak ganas, memusnahkan harta benda dan penglibatan dalam jenayah.”

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengenalpasti dalang di sebalik kejadian tersebut dan akan bertindak atas undang-undang,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, aktivis pekerja asing Jolovan Wham berkata agak sukar untuk mengenalpasti sama ada keganasan tersebut adalah simptom kemarahan yang terpendam oleh pekerja warga asing.

Aktiviti ekonomi Singapura bergantung besar kepada pekerja warga asing dengan warga Asia Selatan mendominasi sektor pembinaan. Pada hujung minggu, ramai pekerja warga asing akan berkumpul di Little India untuk membeli-belah, makan dan minum.

Insiden tersebut telah menyebabkan rakyat Singapura meluahkan pandangan mereka mengenai pekerja imigran di Singapura di media sosial, namun pihak berkuasa berharap agar rakyat tenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Seorang pesara, Basher Marican, 69 tahun yang dalam perjalanan ke rumah sewaktu rusuhan tersebut berlaku berkata, “perusuh tersebut ternyata sedang mabuk”.

“Mereka minum bir an botol arak di tangan mereka dan sebahagian daripada mereka membaling botol tersebut,” jelasnya.

“Sewaktu saya melalui sebuah restoran perusuh sangat tidak terkawal. Sebahagian daripada mereka turut menyerang bas yang melanggar rakan mereka,” katanya kepada AFP.

Khamis, 5 Disember 2013

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO 2013

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
“UMNO: MEWAJAH MASA DEPAN”

MUQADDIMAH

Dengan menyebut kalimah Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

1. Mendahului segalanya, Saya ingin membaca sepotong ayat dan memetik mafhum firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, daripada surah Al-Ikhlas, ayat 1 hingga 4:
“BismillahiRahmanirRahim …Qul Huwallah Hu Ahad… Katalah wahai Muhammad, Dialah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan tempat berlindung, pada-Nya kita bermohon segala sesuatu, Allah Yang tidak beranak, tidak pula diperanakkan, dan sesungguhnya Dia, tidak boleh disekutu mahupun disetarakan”.
Selanjutnya, selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW, serta para sahabat pilihan yang menjadi ikutan juga suri tauladan sepanjang zaman.

Saudara dan Saudari,

Para pujangga pula berperi-peri bahawa:
 “Sekalipun kita tidak mampu memberi jaminan tentang masa depan anak-anak muda, namun apa yang pasti boleh dilakukan ialah menyedia dan membangun mereka untuk hari muka, kerana pemimpin yang baik lagi bertanggungjawab adalah pemimpin yang mempersiagakan pelapis masa depan.”

Saudara dan Saudari,

2. Berbekalkan pedoman-pedoman tersurat lagi tersirat yang demikian itu, sambil mengangkat sebanyak-banyak tasbih ke hadrat Ilahi, marilah sama-sama bersyukur dengan rahmatNya, yang memungkinkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO terus berkeramat sebagai organisasi unggul menakhoda bahtera Melayu dan Bumiputera.

3. Hakikatnya, UMNO merupakan sebuah perjuangan yang sentiasa diduga dengan pelbagai onar dan fitnah, sebuah perjuangan yang tidak mengenal erti penat lelah, sebuah perjuangan yang tidak patah dipukul zaman. Inilah mujahadah besar yang telah sekian lama menjunjung tradisi, membela nasib bangsa, menzahir warna dan ceritera perubahan.

Saudara dan Saudari,

4. Jika dihitung dan dicongak, parti UMNO sudah berusia 67 tahun, Perhimpunan Agung ini pula mencecah siri ke-64 seraya menandakan dewan yang bertuah ini, telah menjadi saksi persidangan dilangsungkan sebanyak 28 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO bertatih dan sudah berjalan jauh didewasakan oleh usia dan pengalaman.
Disebut orang :
“Nyiur gading puncak mahligai, ketupat pulut berisi inti, biar dilambung gelora dan badai, biar dihentak bertubi-tubi, perjuangan mulia ini tak boleh berhenti.”

Saudara dan Saudari,

5. Ingatlah pesan para ulama’, mereka yang tidak berterima kasih sesama manusia ibaratnya tidak bersyukur kepada Allah. Tegasnya, bapa-bapa kita terdahulu, telah mengasuh dan mengajar kita supaya menjadi insan yang mengenang budi.

6. Ehwalnya, UMNO adalah parti yang sentiasa menghargai penyokong dan pendokong, mengenang barisan pejuang yang lepas, selama puluhan tahun, siang dan malam, berhujan, berpanas, menumpah keringat, berkorban jiwa dan raga, menolak kepentingan diri, demi kelangsungan wadah Melayu dan Bumiputera.

7. Berkait ini, tentunya, penghargaan khas kita berikan kepada keenam-enam Presiden UMNO yang lalu, yakni Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kata orang, kepada segala khidmat yang telah dicurahkan, hati mengenang mulut menyebut, hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

8. Semestinya lagi, kepada wirawan-wirawan parti yang kini sedang bersemadi dan telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, seyogialah kita sedekahkan Ummul Kitab, Al-Fatihah.

Saudara dan Saudari sekalian,

9. Jika kita imbas kembali, negara mencapai kemerdekaan, pada 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963 pula, Sabah dan Sarawak telah bergabung bagi membentuk Malaysia. Syukur Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa berjuta rahmat kepada kita.

10. Hasilnya, kita telah membentuk perikatan dan gabungan parti-parti politik bagi membina gandingan kukuh yang kita namakan Barisan Nasional.

11. Seperti semua maklum pula, pada bulan Mei yang lalu, kita telah menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Sehubungan itu, bagi pihak Kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin negara.

12. Apa yang lebih bererti adalah, UMNO sebagai parti tonggak, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88. Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun halangan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional, terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Saudara dan saudari,

13. Kita turut bersyukur kerana Sabah dan Sarawak telah menyumbang sebanyak 47 kerusi kepada Barisan Nasional. Saya sebut baru-baru ini, dalam Bahasa Iban “Utai Besai Gaga’miet”, maksudnya jika kita bersatu padu, hidup saling berganding-ganding, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan.

14. Sebab itulah, kita tidak pernah lupa jasa, kita tidak sekali-kali alpa, dengan sokongan dan pengorbanan orang Sabah dan Sarawak. Jadinya, sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada saudara-saudari kita di sana, saya telah melantik 13 Menteri dan 8 Timbalan Menteri. Masing-masing
6 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sabah, manakala 7 Menteri dan 4 Timbalan Menteri dari Sarawak.

Saudara dan Saudari sekalian,

15. Sememangnya pun, kita berasa amat bersyukur atas kemenangan dalam Pilihanraya Umum tersebut, satu pilihanraya besar yang begitu sengit dan penuh tentangan. Diperakui episod pilihanraya baru-baru ini agak berlainan dan mencabar sekali.

16. Namun, kita boleh berbangga, kerana semuanya itu dilalui dengan teratur menurut batas-batas dan lunas-lunas demokrasi, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sehingga diberi gelar oleh kawan dan lawan sebagai ibu segala pilihanraya.

Saudara dan Saudari,

17. Berbicara tentang Pilihanraya Umum Ke-13 lalu, bidalan Melayu menyebut, bila rumah siap, pahat pun mula berbunyi. Nampaknya pihak pembangkang tidak berlapang dada menerima kemenangan kita. Ada saja yang dikatakan tidak kena, ada saja yang dikorek-korek sebagai silap di mata mereka.

18. Misalnya, mereka semacam tidak faham dan tidak mahu memperakui sistem first-past-the-post. Ingin saya terangkan bahawa sistem ini telahpun kita amalkan sejak pilihanraya 1959 lagi, di mana, parti pertama yang mencapai majoriti, diisytihar menang. Maknanya, semasa pilihanraya tersebut, apabila Barisan Nasional mencecah 112 daripada 222 kerusi, menurut sistem ini, tuan-tuan dan puan-puan, kita berhak membentuk Kerajaan seperti yang dilakukan.

19. Kalau saya nak bagi analogi untuk kefahaman ramai, cerita mudahnya begini. Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan Anwar, ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah. Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

20. Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47. Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!

UCAPAN PERASMIAN PERHIMPUNAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2013

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

“MENYAMBUNG RISALAH PERJUANGAN SUCI”

Bismillahirrahmanirrahim.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda
YB Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri
YB Naib-Naib Presiden UMNO
YB Setiausaha Agung UMNO
Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan, dif-dif jemputan dan para pemerhati sekalian

1. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana pada malam ini kita dapat berhimpun untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013. Untuk kesekian kalinya, kita pewaris perjuangan bangsa Melayu sejak turun temurun meneruskan tradisi menghadiri perhimpunan terbesar umat Melayu demi menyambung risalah perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air kita.

2. Setinggi-tinggi kesyukuran juga kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita menjadi insan yang terpilih untuk berada di dalam saf perjuangan UMNO. Melalui wadah UMNO, para pejuang bangsa kita yang terdahulu telah berjaya menyatukan hati umat Melayu untuk memerdekakan tanahair dan seterusnya menggembeleng usaha mengangkat martabat agama dan bangsa kita.Semua pejuang UMNO yang berada di sini pada malam ini, dan di seluruh pelusuk negara, merupakan penyambung risalah perjuangan suci ini.Dalam mengemudi haluan perjuangan parti kita, yang kita harapkan hanyalah pertolongan dan redha Allah jua. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Ankabut, Ayat 69:
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Yang bermaksud:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

3. Terlebih dahulu, di awal ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada barisan kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah dipilih untuk menerajui ketiga-tiga sayap parti dalam pemilihan baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat, Khairy dan Mas Ermiyati.Marilah kita berikan tepukan gemuruh kepada mereka.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan exco Pemuda, Wanita dan Puteri serta kepimpinan ketiga-tiga pergerakan di peringkat bahagian dan cawangan.

4. Kita bersyukur kerana proses pemilihan parti kita telah berjalan lancar tanpa sebarang musibah. Saya yakin, pemilihan UMNO yang melibatkan ratusan ribu perwakilan di seluruh negara membuktikan bahawa proses transformasi UMNO menjadi parti yang lebih demokratik, telus dan terbuka semakin berhasil. Menerusi pemilihan yang lalu, kita semua dapat saksikan bahawa amalan demokrasi di dalam parti kita terus subur, malah jauh lebih baik berbanding parti pembangkang.

5. Ada sebuah parti di negara kita yang sering menuduh kononnya UMNO tidak demokratik, tidak telus dan menipu semasa pilihan raya. Parti ini gemar mendabik dada dialah juara demokrasi, akauntabiliti, ketelusan, kecekapan dan bermacam-macam lagi.Kononnya dialah parti yang terbaik di negara ini.Tetapi Allah Maha Berkuasa. Baru-baru ini ditunjukkan tembelang sebenar parti ini yang terpaksa mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat kerana didakwa oleh ahli mereka sendiri terdapat penipuan dalam proses pengundian. Lebih teruk lagi, pemilihan kali kedua pun masih dipertikaikan. Bak kata pepatah:
Paku dulang paku serpih
Mengata orang dia yang lebih


Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

6. Perhimpunan tahun ini amat istimewa kerana diadakan selepas kita mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Setahun yang lalu di dewan inilah kita bulatkan tekad, jitukan semangat dan panjatkan doa kepada Allah untuk memenangi pilihanraya umum yang dikatakan amat mencabar bagi kita. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana doa kita telah dikabulkan olehNya dan ikhtiar kita telah mendatangkan kejayaan yang amat bermakna buat kita semua.

7. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Kita berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Kepada orang Melayu dan Bumiputera khususnya, kita amat berterima kasih kerana dengan sokongan padu mereka kepada UMNO, parti kita telah berjaya menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88 kerusi kesemuanya. Dengan kemenangan ini, UMNO adalah parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam pilihanraya. Alhamdulillah, berkat sokongan padu orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO, parti kita kekal menjadi tonggak kekuatan Barisan Nasional.

8. Tidak kita nafikan bahawa PRU-13 merupakan suatu pentas jihad untuk memastikan kelangsungan perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara kita. Alhamdulillah, kita telah berjaya menjulang panji kemenangan di medan jihad ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan oleh pembangkang, termasuk oleh konco-konco mereka dari dalam dan luar negara, UMNO dan Barisan Nasional terus berdiri megah sebagai parti yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah.

9. Kita sedar dalam pilihanraya yang lalu, UMNO bukan sahaja berhadapan dengan serangan parti pembangkang, malah belasahan gerombolan kuasa jahat yang mahu melihat parti keramat orang Melayu dan umat Islam ini berkubur di tanah air sendiri. Namun, berpantang maut sebelum ajal, dengan rahmat dan inayah Allah s.w.t. kita berjaya mempertahankan kelangsungan UMNO.

UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL

WANITA UMNO : TERAS DAN TULANG BELAKANG UMNO


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Yang Berbahagia Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Napsiah Omar
Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hajah Saripah Aminah Syed Mohamed
Yang Berhormat Wakil Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Yang Berhormat Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia,
Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun
Yang Berhormat, Yang Berbahagia Pegawai-Pegawai dan Ahli-Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Para perwakilan yang saya kasihi,

Dif-Dif jemputan, veteran-veteran UMNO, para pemerhati, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah S.W.T.

Alhamdulillah, dengan rahmat dan izin-Nya, sekali lagi kita dipertemukan dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO Tahun 2013. Saya bagi pihak barisan kepimpinan Wanita UMNO Malaysia yang baru dipilih dan dilantik, mengalu-alu dan mengucapkan Selamat Datang dan Syabas kepada 955 orang perwakilan dari 191 Bahagian serta 3 wakil Ahli Majlis Tertinggi UMNO ke perhimpunan bersejarah ini.

Kita menyaksikan srikandi parti dari seluruh Negara berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menjulang obor perjuangan parti barakah ini. Srikandi yang datang dari Perlis hingga ke Sabah bukan sekadar hadir untuk meramaikan peserta, bukan sekadar untuk menjadi bunga-bunga, dan mewarnai Perhimpunan Agung UMNO ini.

Wanita UMNO berhimpun di sini untuk memperbaharui ikrar dan lafaz perjuangan, untuk mengangkat martabat dan harakat Agama, Bangsa dan Negara. Wanita UMNO hadir di Perhimpunan Agung 2013, sebagai teras dan tulang belakang UMNO. Kita bukan sekadar menyokong, tetapi kitalah yang memimpin transformasi, melakar perubahan dalam sebuah perjuangan yang bermakna ini.

Sebelum saya meneruskan ucapan, bagi pihak Pergerakan Wanita UMNO, saya merakamkan ucapan tahniah dan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang dipilih semula sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti tanpa bertanding. Kita berikrar untuk bersama-sama mereka, Naib-naib Presiden dan seluruh ahli Majlis Tertinggi untuk mendokong perjuangan UMNO selaras dengan apa yang disebutkan dalam surah al-Baqarah, ayat 143 sebagai “ummatan wasatan” iaitu ummat yang adil, sederhana dan seimbang dalam kehidupan dunia dan akhirat.

Saya juga mengucapkan tahniah atas pemilihan semula YBhg Tan Sri Napsiah Omar dan YBhg. Dato’ Saripah Aminah Syed Mohamed sebagai Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap. Tahniah juga kepada YB Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun kerana dipilih sebagai Naib Ketua Wanita UMNO yang baru dan yang pertama dari Sabah. Doa saya agar Yang Berhormat Datuk Azizah akan menjadi pasangan saya yang setia. Bersama-sama pegawai-pegawai yang baru dilantik, ahli-ahli Exco, barisan kepimpinan di semua peringkat, marilah kita bersama-sama mengharungi onak dan duri politik demi membawa Wanita UMNO ke satu lagi tahap kecemerlangan. Azam saya ialah untuk terus menentukan Wanita UMNO diarusperdanakan di dalam parti, berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan mencatat nama di persada dunia. Insya-Allah.

PEMILIHAN PARTI

Tahun ini tahun bersejarah. Pindaan Perlembagaan UMNO pada tahun 2009, telah memberi hak dan kuasa kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi untuk menentukan siapa yang akan memimpin UMNO di semua peringkat. Untuk pemilihan Ahli Majlis Tertinggi, buat pertama kalinya, seramai 23,108 (dua puluh tiga ribu seratus lapan) perwakilan Wanita telah pun memilih pucuk kepimpinan tertinggi parti. Dan buat pertama kalinya juga, seramai 110,765 (seratus sepuluh ribu tujuh ratus enam puluh lima) perwakilan Wanita, telah memilih pucuk kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sekali lagi memberi mandat kepada saya, sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia untuk penggal 2013 hingga 2016.

Insya-Allah saya akan memikul tanggungjawab ini dengan penuh keberanian, amanah dan komitmen.
Di dalam pemilihan Wanita Bahagian pada tahun ini, berlaku beberapa perubahan dan transformasi. Ada Ketua Wanita yang memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda dan ada yang menang dalam pertembungan yang sengit. Hasil daripada ini, 72 daripada 191 Ketua Wanita Bahagian adalah yang baru dengan purata umur 54 tahun, yang paling muda 36 tahun dan yang paling berpengalaman berumur 74 tahun. Pada hari ini kepimpinan Wanita UMNO terdiri daripada satu gandingan yang amat mantap, daripada mereka yang berpengalaman, profesional, korporat, suri rumah dan yang muda termasuklah Penolong Bendahari Wanita UMNO Malaysia yang baru, Puan Nor Azita Abdul Rahman, mantan Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, dan Yang Berhormat Dato’ Rosnah Shirlin dan Yang Berhormat Dato’ Noraini Ahmad kedua-duanya mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Dijadikan contoh tiada tercemar, dijadikan tiang tiada tersasar. Saya berdoa agar perpaduan yang sedia terjalin akan dapat dikekalkan. Janji diisi, amanah dijalankan, terhadap rakyat, penuh ihsan.

Kepada semua pemimpin Wanita UMNO Bahagian yang tidak berpeluang menyambung perkhidmatan mereka, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan kepada UMNO dan Negara. Di dalam UMNO, terutamanya di dalam Wanita, ada tempat untuk semua, sama ada berjawatan ataupun tidak. Insya-Allah kita akan menentukan sumbangan pemimpin-pemimpin yang lama dan yang baru dapat digabungkan supaya tidak ada ketirisan di dalam perjuangan Wanita UMNO.

PILIHANRAYA UMUM

Tan Sri Pengerusi Tetap dan para perwakilan,

Dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu, UMNO sebagai nadi Barisan Nasional telah menunjukkan prestasi yang baik. Sekiranya pada PRU 12 tahun 2008, UMNO menang 79 kerusi Parlimen, dalam pilihanraya PRU 13, kerusi UMNO bertambah kepada 88 kerusi Parlimen; iaitu pertambahan sebanyak 11%. Dengan kemenangan ini, UMNO mewakili 66% kerusi Parlimen Barisan Nasional.
Selain itu, prestasi calon-calon UMNO dan Barisan Nasional yang bertanding juga adalah baik, sehingga kita berjaya mengambil semula Kerajaan Negeri Kedah dan mempertahankan Perak. Saya yakin sekiranya kita bekerja keras mulai dari sekarang, Barisan Nasional boleh mentadbir semula negeri-negeri yang kini di bawah pembangkang. Ini bukanlah mustahil. Pembangkang tidaklah terlalu kebal sehingga tidak dapat digoncang. Mereka hanya mampu berpakat sewaktu pilihanraya, walhal sesama sendiri mereka bercakaran.

UCAPAN DASAR KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2013
1 SAFAR 1435 / 4 DISEMBER 2013
8.30 PAGI, DEWAN MERDEKA, PWTC

“BERSEDIA UNTUK ESOK”
Yang Berbahagia Dato’ Pengerusi Tetap,
Yang Berbahagia Saudara Timbalan Pengerusi Tetap,
Wakil-wakil Majlis Tertinggi:
YAB Dato’ Seri Ir. Haji Idris Haron
YB Dato’ Seri Idris Jusoh
YB Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek
Yang Berbahagia Saudara Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri

Para Perwakilan dan Pemerhati

Melayu itu kalau merantau sampai ke Deli
Kalau berperang sampai ke rawan
Kalau mempertahan putih sumsum tulang
Kalau menjajah langsung jadi pahlawan
Dari Riau ke Selat Melaka
Dari Palembang ke Tanah Jawa.

Melayu baru bila berfikir jadi Dr. Maza
Bila berseni indie, jadi Wani Ardy
Bila bikin muzik jadi Yuna
Bila menyanyi dengan sopan… jadilah Siti Nurhaliza
Melayu itu halus
Bila marah menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Jangan lupa tempelak Usman Awang
Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tapi itu Melayu yang dulu
Melayu sekarang melanggar pantang
Kadang tersadung adat dan sopan
Menata merdeka menonggak wawasan
Melayu hari ini Melayu cemerlang
Gah bak helang menyongsong awan
Minda progresif menakhoda masa depan
Jadi obor menyuluh zaman


Alhamdullilah, segala puji-pujian untuk Allah S.W.T, Tuhan yang maha pemurah lagi penyayang. Juga selawat dan salam ke atas junjungan terpuji Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat. Kita mensyukuri rahmat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita bertemu pagi ini di Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke 61.

Jika di perhimpunan tahun lepas, kita sibuk melurus barisan, mengatur strategi, untuk menghadapi PRU13 – pilihan raya paling getir dalam sejarah UMNO, tahun ini, saya mulakan dengan setulus terima kasih kepada seluruh jentera Pemuda UMNO. Anda semua tak kenal siang malam, tak hirau penat di badan, ketika mengharungi pilihan raya Mei lepas. Bukan calang-calang rintangan yang kita tempuh, tanpa Pemuda di barisan hadapan, belum tentu kita menang, silap haribulan boleh kecundang!

Di perhimpunan tahun ini juga kita membuka lembaran segar dengan meraikan barisan kepimpinan yang baru. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara sekalian yang telah memenangi jawatan di peringkat pusat, bahagian dan juga cawangan masing-masing. Saya juga amat berterima kasih dengan jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh barisan kepimpinan sebelum ini. Kalau tiada yang lama, manakan dapat mereka yang baru. Kalau yang lama enggan menunjuk jalan, masakan yang baru tahu haluan.

Sebelum PRU13, kita gesa Presiden kita, Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, untuk memberi peluang kepada wakil pemuda diangkat jadi calon. Rasionalnya enteng saja, bila bercakap tentang soal suara anak muda, ia wajib dicorongkan melalui orang muda juga. Alhamdullilah, pucuk pimpinan mendengar cadangan kita bila 45 daripada sayap Pemuda UMNO jadi calon ahli parlimen dan ADUN. Ini suatu pengiktirafan yang besar kepada institusi Pemuda UMNO. Memang lumrah kehidupan, kalah menang adat pertandingan. Walau begitu, saya bangga dengan pengiktirafan yang diberi, bila dua dari calon Pemuda diangkat jadi menteri dan timbalan menteri. Manakala enam lagi duduk di kerusi exco kerajaan negeri. Kami Pemuda UMNO, insya Allah, akan melunaskan amanah yang diberi dengan kamil.

Cuma peluang orang muda dijadikan calon itu, sebenarnya boleh diunjur, boleh diperlebihkan lagi. Kalau kita perhatikan pihak sebelah sana, PAS, DAP dan PKR, mereka tampak lebih bersedia menonjolkan calon muda, jika nak dibandingkan dengan kita. Mungkin ini sesuatu yang boleh pucuk pimpinan pertimbangkan di masa akan datang, barulah UMNO dilihat segar dan melaksanakan peremajaan sepenuhnya.

Sidang perwakilan sekalian,

Tahun ini kita telah melakar sejarah baru untuk UMNO dengan menggunakan sistem pemilihan baru, yang bertunjangkan suara akar umbi dalam menentukan kepimpinan parti. Inilah bukti transformasi yang dimaksudkan oleh Y.A.B. Presiden untuk parti UMNO. Ini adalah suatu pengiktirafan yang ulung dari pucuk pimpinan. Walau bagaimanapun Pemuda menggesa agar post mortem segera dilaksanakan. Bukanlah kita ini ibarat mengetuk pahat bila rumah siap, tapi penambahbaikan perlu untuk memastikan keputusan pemilihan saksama, dihormati dan tiada ruang untuk pertikaian. Justeru, sebarang kelemahan harus tangkas diperbetulkan. Jika tidak, langkah transformasi kita ini umpama pukat terlabuh ikan tak dapat.

UCAPAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA


YB MAS ERMIYATI SAMSUDIN
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PUTERI UMNO 2013
1 SAFAR 1435 / 4 DISEMBER 2013
DEWAN TUN DR. ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA KUALA LUMPUR

“PEMERKASAAN PUTERI, WAHANA PEMBANGUNAN BANGSA”

Bismillahirahmanirrahim.
Rabbish rahli sadri, wa yassirli amri wah lul uqdatan min lisaani waf kahu kauli
1. Yang Berbahagia Pengerusi Tetap
2. Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap
3. Wakil-wakil Majlis Tertinggi
I. Yang Berhormat Datuk Seri Shahidan Kassim
II. Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman Bin Dahlan
III. Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Bin Rahim

4. Yang Dikasihi Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Saudari Zahida bt Zarikh Khan

5. Para Pegawai dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri-negeri,
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian-bahagian,
Naib, Penolong Setiausaha dan Perwakilan Puteri UMNO Bahagian-bahagian,
Para pemerhati dan para media yang dialukan sekalian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam 1 Malaysia,

1) Dengan izin, quo vadis, Puteri? Ke mana hala kita ini? Adakah kita mahu terus bersimpuh dalam zon selesa, atau adakah kita ingin melangkah jauh, keluar dari kotak, bingkas menggapai awan lalu mencipta pengalaman baru? Saya tahu jawapannya. Kita semua tahu jawapannya. Berdiri saya di sini membawa seribu harapan, harapan untuk sayap Puteri terus menyuluh jalan, melestari kecemerlangan.

Jauh berlayar si anak dagang
Dagang membawa bilah belati
Bukan datang sebarang datang
Datang membawa tekad di hati.


2) Selamat datang ke Medan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya yang menghimpunkan kita semua di dewan mulia ini.

3) Sesungguhnya Perhimpunan kali ini amat signifikan buat saya. Pertamanya, inilah perhimpunan sulung selepas kita berjaya mengekalkan mandat dari rakyat pada pilihanraya umum ke13 yang lalu. Kedua, perhimpunan kali ini juga adalah merupakan perhimpunan yang pertama buat saya, para pegawai dan barisan Exco Puteri UMNO Malaysia yang baru dipilih, ketua dan naib puteri UMNO negeri-negeri yang baru dilantik serta ketua dan pimpinan Puteri UMNO bahagian-bahagian yang baru sahaja dipilih pada 12 Oktober 2013 yang lalu, samada melalui menang tanpa bertanding, bertanding dua penjuru, mahupun ada yang bertanding berpenjuru-penjuru. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

4) Proses pemilihan parti menampakkan kesan positif kepada sayap ini. Sebanyak 75% daripada barisan kepimpinan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan kepimpinan Puteri UMNO bahagian-bahaian kini adalah wajah baru. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih, serta memanjatkan rasa kesyukuran yang mendalam di atas segala kepercayaan dan amanah yang anda semua berikan, dalam menyediakan saf terbaik untuk menerajui Puteri UMNO Malaysia penggal ini. Insya-Allah, kami tidak akan mensia-siakan amanah ini. Alang-alang mandi, biar basah. Alang-alang berminyak, biar licin.

5) Hari ini genaplah 53 hari saya diberi mandat untuk mengetuai Pergerakan Puteri. Dalam tempoh yang singkat ini ini,saya dan kepimpinan baru, telah diuji dengan pelbagai cabaran. Bermula dengan Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau. Jentera merah jambu telah digerakkan dari Perlis hingga ke Sabah bagi membantu Barisan Nasional menawan kembali Dun ini. Dari bendang hingga daratan, dari miskin hingga kaya, dari muda hingga tua, dari berjalan hingga berkenderaan, tiada yang tertinggal, tiada terpinggir dengan sentuhan Puteri UMNO.

6) Gandingan exco baru dan lama bersama-sama kepimpinan Puteri UMNO Kedah nyata berjaya menggerakkan jentera Pilihan Raya Puteri dengan cemerlang sekali. Pengalaman dan ilmu yang saya garap ketika menerajui Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO pada penggal yang lepas, alhamdulillah cukup membantu saya dalam menggalas tanggungjawab ini.