Ahad, 22 Disember 2013

Liow Presiden Baharu MCA, Dr Wee Timbalan


 
Liow Tiong Lai.
 
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai siapa yang akan terus menerajui MCA terjawab setelah Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan memenangi jawatan presiden MCA yang baharu.

Tiong Lai mendapat 1,186 undi menewaskan Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan MCA yang diadakan di Wisma MCA di sini, Sabtu. Gan memperoleh 1,000 undi manakala Ong menerima 160 undi.

 
Dr Wee Ka Siong.
 
Mengiringi Liow ialah Datuk Dr Wee Ka Siong yang diumumkan sebagai timbalan presiden parti yang baru.

Beliau menewaskan pesaingnya Datuk Donald Lim Siang Chai dalam pertandingan satu lawan satu dengan mendapat 1,408 undi. Donald Lim memperoleh 927 undi.

Dari kiri: Dr Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong, Datin 
Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Lee Chee Leong.

Empat kerusi naib presiden menyaksikan ia diduduki oleh Datuk Lee Chee Leong, Datuk Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Wei Fun.

Lee menang dengan 1,642 undi, Dr Hou (1,475), Chua (1,343) dan Chew (1,230). Jawatan ini ditandingi oleh sembilan calon kesemuanya.

Bagi kerusi jawatankuasa pusat, ia telah diisi oleh 25 calon yang mendapat undi tertinggi daripada 58 calon bertanding. Keputusan tersebut diumumkan oleh Datuk Yik Phooi Hoong.

Tiada ulasan: