Isnin, 9 Disember 2013

Lelaki mati dalam rusuhan Singapura dikenal pasti

KUALA LUMPUR: Lelaki berusia 33 tahun yang meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya di Little India semalam, telah dikenal pasti sebagai Sakthivel Kumaravelu.

Menurut laporan The Straits Times, lelaki warganegara India itu merupakan pekerja pembinaan di sebuah syarikat bernama Heng Hup Soon.

Perkara itu disahkan oleh seorang lelaki yang mengecam mayat Sakthivel di bilik mayat Hospital Besar Singapura (SGH).

Lelaki itu berkata keluarga Sakhtivel belum diberitahu mengenai kejadian malang itu.

Kemalangan itu mencetuskan rusuhan di kawasan Little India di mana kenderaan polis dibakar oleh ratusan pekerja warga asing.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.

Pekerja asing merusuh di Little India, Singapura

SINGAPORE: Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya.

Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun.

Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera.

Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.

Polis berkata lebih kurang  400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.

Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta  pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan.

"Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian.

Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969.

Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum.

Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata,  kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.
Sebanyak lima buah kereta polis, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial.

 Rusuhan mengejut gemparkan Singapura

 
 
/news/show/rusuhan-mengejut-gemparkan-singapura-26706?cp
 SINGAPURA: Pagi ini rakyat Singapura dikejutkan dengan foto-foto kereta yang dibakar dan jalan yang bersepah, sesuatu yang tidak pernah mereka lihat.

Semuanya berlaku setelah satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang pekerja warga asing dari India terbunuh. Ia merupakan rusuhan paling buruk dalam tempoh 40 tahun.

Rusuhan tersebut berlaku pada lewat malam Ahad di Little India selepas seorang pekerja warga asing yang berusia 33 tahun dilanggar sebuah bas.

Menurut polis seramai 400 warga asing terlibat dalam rusuhan tersebut dan 27 pekerja telah ditahan atas tuduhan merusuh, yang mana boleh kesalahan tersebut boleh dihukum penjara 7 tahun termasuk dirotan.

Sekurang-kurangnya lima kenderaan termasuk tiga kereta polis telah dibakar. Situasi genting akhirnya berjaya dikawal pasukan komando elit yang tiba di tempat kejadian.

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam kenyataannya berkata “apa sahaja yang telah menyebabkan rusuhan tersebut, ia bukan satu alasan untuk bertindak ganas, memusnahkan harta benda dan penglibatan dalam jenayah.”

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengenalpasti dalang di sebalik kejadian tersebut dan akan bertindak atas undang-undang,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, aktivis pekerja asing Jolovan Wham berkata agak sukar untuk mengenalpasti sama ada keganasan tersebut adalah simptom kemarahan yang terpendam oleh pekerja warga asing.

Aktiviti ekonomi Singapura bergantung besar kepada pekerja warga asing dengan warga Asia Selatan mendominasi sektor pembinaan. Pada hujung minggu, ramai pekerja warga asing akan berkumpul di Little India untuk membeli-belah, makan dan minum.

Insiden tersebut telah menyebabkan rakyat Singapura meluahkan pandangan mereka mengenai pekerja imigran di Singapura di media sosial, namun pihak berkuasa berharap agar rakyat tenang dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Seorang pesara, Basher Marican, 69 tahun yang dalam perjalanan ke rumah sewaktu rusuhan tersebut berlaku berkata, “perusuh tersebut ternyata sedang mabuk”.

“Mereka minum bir an botol arak di tangan mereka dan sebahagian daripada mereka membaling botol tersebut,” jelasnya.

“Sewaktu saya melalui sebuah restoran perusuh sangat tidak terkawal. Sebahagian daripada mereka turut menyerang bas yang melanggar rakan mereka,” katanya kepada AFP.

Tiada ulasan: