Khamis, 27 Februari 2014

Datuk Zaid jawab Rafizi budak bodoh

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan media yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli semalam (26 Feb 2014), yang mendedahkan kepada umum, dua e-mel-e-mel saya kepada beliau pada tahun 2010, yang mana dalam e-mel tersebut, saya meminta beliau memajukan kepada Menteri Besar Selangor agar dapat mempertimbangkan permohonan syarikat tersebut.


Salah sebuah syarikat mempunyai masalah kelulusan untuk memajukan tanah mereka seluas 26 ekar kerana Kerajaan Negeri memberikan syarat yang ketat.

Sebuah lagi syarikat mahu membuat 'Joint Venture' dengan anak syarikat PKNS untuk terbabit dalam sektor pembinaan perumahan.

Sukacita untuk saya maklumkan hari ini bahawa kedua-dua syarikat ini tidak ada kena mengena dengan saya atau keluarga saya. Malah mereka juga bukan kawan. Mereka adalah orang business yang datang meminta pertolongan kerana mereka fikir saya boleh menolong.

Amalan orang business meminta pertolongan atau sokongan daripada ahli politik adalah amalan biasa dalam sistem kita dan ia diamalkan oleh UMNO, Pas, DAP dan lebih-lebih lagi PKR.

Mungkin Rafizi berfikir dia seorang yang bersih, tetapi dia lupa fakta, di mana ada kalangan pegawai tertinggi dalam pejabat Menteri Besar (ahli PKR) sendiri yang terbabit sehingga tersingkir daripada jawatan. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana kes ini sedang dibicarakan di mahkamah.

Jika saya memajukan dua e-mel kepada Rafizi, ia bukan bererti saya melobi. Ketika itu, Rafizi hanya budak Anwar yang tiada jawatan. Jika saya hendak melobi untuk kepentingan saya, saya boleh terus berjumpa dengan MB atau Exco, bukan dengan budak pejabat Anwar.

Sebagai orang politik, bagi saya, meminta pertimbangan kerajaan bagi pihak orang ramai atau ahli perniaagaan yang tidak saya kenali, tidak menjejaskan integriti saya. Saya hanya meminta pertimbangan, bukan memaksa kerajaan mengikut kehendak saya. Adakah itu pun Rafizi tidak tahu membezakannya?

Suka saya tegaskan bahawa saya langsung tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam kedua-dua kes itu. Jelas, Rafizi seorang yang busuk hati dan cuba mereka-reka cerita kononnya saya cuba mempengaruhi kerajaan negeri untuk kepentingan peribadi.

Kalaulah Rafizi hendak memusnahkan integriti saya sekalipun, mengapa tidak membuat sidang akhbar bersama MB, Exco atau Pegawai Tinggi Kerajaan dan kemukakan bukti yang saaya terbabit atau ada kepentingan tertentu dalam urus niaga berkenaan?

Apakah Rafizi tidak sedar bahawa Pejabat Penasihat Ekonomi dan Rafizi sendiri bukan tempat 'yang kondusif' untuk melobi? Apakah Rafizi tidak sedar bahawa di Selangor ini, beliau, sebagai Penasihat Ekonomi Anwar, tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek atau JV?

Kalaulah Anwar sendiri akur bahawa beliau, selaku Penasihat Ekonomi Selangor, tidak punya kuasa, lantas membawa kepada PRK Kajang, apatah lagi budak pejabat seperti Rafizi.

Sebagai bekas Menteri dan pengamal undang-undang, saya tahu peraturan. Saya tahu semuanya itu adalah dalam bidang kuasa MB dan Exco.

Yang harus Rafizi jawab: Mengapa beliau lari atau meletak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sama ada kerana saya melobi untuk mendapatkan projek atau kerana Anwar dan Rafizi ‘dibakulsampahkan’ oleh Pejabat Menteri Besar?

Oleh kerana saya tiada berkepentingan dalam urus niaga berkenaan, sampai hari ini saya tidak mengetahui status permohonan syarikat yang didakwa saya melobi untuk mereka.

Saya ingin nasihatkan Rafizi, lain kali rujuklah kepada MB atau Exco sebelum membuat tohmahan melulu. Semak dulu betul atau tidak yang saya melobi tanah di Selangor.

Maka saya harap, janganlah kerana hendak mempertahankan Anwar secara membabi buta, Rafizi menjadi budak jahat yang mengamalkan politik fitnah dan kotor. Jangan menjadi anak didik reformasi yang kononnya mendewa-dewakan perubahan lantas membuat fitnah melulu.

Sebagai budak yang baru bertatih dalam politik, Rafizi jangan ingat berbohong boleh menjadi satu cara yang dapat memajukan karier politik beliau. Hanya kerana dia dapat menyentap Shahrizat Jalil dalam kes NFC tidak bermakna dia akan berjaya menabur fitnah terhadap saya.

Saya merasakan tujuan Anwar membuat tuduhan terhadap saya, melalui Rafizi, yang kononnya saya melobi Kerajaan Negeri untuk kawan-kawan saya, hanya hendak menggambarkan saya ini baik dengan MB Selangor.

Saya ingin tegaskan, sejak Khalid menjadi MB, saya tidak pernah membuat sebarang permohonan, sama ada tanah atau projek untuk saya dan keluarga. Saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada Khalid. Semasa dalam PKR, saya membela Khalid kerana menentang kerakusan Anwar dan konco-konconya.

Oleh itu, saya ingin ingatkan Anwar. Tidak usahlah berselindung di bawah skirt Rafizi. Saya mahu debat dengan beliau mengenai isu integriti dan kredibiliti.

Saya mahu bercakap, semasa jadi menteri apa Anwar buat dan apa yang saya buat. Siapa yang banyak salah guna kuasa dan siapa yang menggunakan pengaruh untuk bagi projek kepada kawan-kawan.

Dan saya juga meminta Anwar supaya ingat, bahawa beliau masih belum memberikan jawapan dengan jelas mengapa beliau mahu jadi MB? Mengapa PRK DUN Kajang perlu diadakan? Tidak usahlah cuba mereka-cipta isu yang tidak wujud semata-mata mahu memburuk-burukkan saya di mata rakyat.

Bagi saya, Anwar bimbang dengan cabaran sebenar di Kajang, yang bukannya MCA atau BN. Kalau sungguh tidak wujud kebimbangan besar yang beliau mungkin tewas, masakan fitnah sanggup dilemparkan terhadap saya.

Akhir kata, saya juga hairan mengapa Anwar sering membuat kenyataan bahawa beliau tidak dirujuk oleh Khalid dalam soal air di Selangor.

Apakah niat sebenar Anwaar hendak menjadi MB itu yang diragukan. Apakah beliau menjadi MB supaya penswastaan air boleh berada di bawah kawalannya supaya akhirnya kekayaan Selangor boleh diagihkan kepada PKR dan konco-konconya seperti yang dilakukan dalam UMNO dahulu?

Bagi pihak rakyat, saya pohon penjelasan dan ketelusan daripada beliau.

ZAID IBRAHIM
Calon PRK N25 Kajang
27 Februari 2014


Tiada ulasan:

Musuh sebenar Yahudi bukan Palestin, tapi Bani Jawi.

BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...