Rabu, 19 Februari 2014

Padan muka Teresa, pejabat kena simbah cat

Polis mengesyaki kejadian menyimbah cat merah dan meninggalkan bangkai seekor ayam di pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Kuchai Entreprenuers, di Kuala Lumpur mempunyai kaitan dengan penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang tersebar melalui YouTube.
 
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian yang berlaku pada 9.20 pagi tadi di pusat perkhidmatan Ahli Parlimen itu kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 352 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, serangan jenayah dan menyebabkan bencana.
"Kita memandang serius perkara ini dan siasatan sedang dijalankan bagi mendapatkan bukti yang boleh menjurus kepada pengesanan mereka yang melakukan angkara ini," katanya.
 
Khairi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
 
Kejadian tersebut disedari seorang kakitangannya yang tiba di pejabat kira-kira jam 9 pagi tadi.
 
Ketika dihubungi, Teresa merujuk kepada gambar tersebut dan berkata: "Ini pasti disasarkan kepada saya".
 
Teresa yang didakwa terbabit dalam penerbitan video 'Onederful Malaysia CNY 2014', memaparkan dirinya selaku pengacara program itu menemu ramah tetamu-tetamu yang mengeluarkan kata-kata sindiran antaranya terhadap pemimpin negara, sistem pendidikan dan isu keselamatan di Sabah.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran