Isnin, 28 Julai 2014

Dakwaan Raja Muda Selangor Murtad Menjijikkan - Khalid





Laporan yang menyiarkan dakwaan menjijikkan terhadap Raja Muda Selangor.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan yang mendakwa 'Raja Muda Selangor Murtad’ sebagai perbuatan menjijikkan di media sosial.



Beliau berkata, pihak Istana sudah menghubungi beliau bagi menjelaskan mengenai tuduhan tersebut.

“Mereka menafikan sekeras-kerasnya perkara ini. Setakat ini hanya satu laporan dibuat di Selangor.

“Perbuatan ini sungguh tidak bertanggungjawab boleh membuatkan Tuanku sendiri, serta kerabat diraja Selangor, malah masyarakat akan tertanya-tanya sama ada benar atau tidak," katanya selepas Majlis Pemakaian Pangkat Dan Pelancaran Rasmi Jabatan Baharu PDRM, di Bukit Aman, Jumaat.

Khalid berkata, susulan laporan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mencari pemilik Facebook berkenaan.

“Kita dah puas bercakap dan nasihat supaya jangan menyalahgunakan media sosial, tetapi ada juga 'makhluk' ganjil ini yang degil dan sengaja menimbulkan suasana hura-hara dan kerisauan masyarakat.

“Saya ingat mereka ini bukan mausia, makhluk apa pun saya tidak tahu,” jelasnya.

Menerusi kenyataan yang dipaparkan pada 24 Julai, World News Daily melaporkan, satu-satunya anak lelaki dan pewaris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang disifatkan majalah People's sebagai 'Kisah Benar Romeo dan Juliet Zaman Ini'."

Berita itu mendakwa Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatannya dan peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model dan bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16.

Laporan itu mendakwa upacara pembaptisan kerabat diraja Selangor itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral di Braga, Portugal mendapat kritikan hebat umat Islam sedunia.

Selain itu, laporan itu juga menyebut pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral, Venice.

Tiada ulasan: