Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina
Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines
penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi
tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan
kerajaan.
"Saya
dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian,
objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di
hadapan rumanya.
"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung
saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila
ditembusi oleh mayat tersebut.
Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.
Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat
bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari
Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut.
Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata: “Mayat itu
masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan
mengambilnya”.
Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.
"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya.
Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh
di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan
Rusia.
Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira
satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh
dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan
itu.
Petugas
penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang
kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih
antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.
Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih.
Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak
lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu.
Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut
dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.
Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan
kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun
terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian
plastik. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan