Khamis, 2 April 2015

Kerajaan timbang cadangan buka kaunter aduan GST di tempat awam

Kerajaan akan menimbang cadangan membuka kaunter aduan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di tempat-tempat awam bagi memudahkan pengguna.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata cadangan itu akan dibincang secepat mungkin bagi menyelesaikan rungutan pengguna yang mahukan lebih banyak akses membuat aduan GST.

"Itu cadangan yang sangat baik. Saya akan terus bawa ke mesyuarat dengan pihak kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) supaya kaunter-kaunter ini boleh dibuka di pusat beli-belah dan mana-mana tempat awam yang sesuai," katanya dalam kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, Khamis.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus, bermula semalam, adalah bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Sementara itu, Ahmad menafikan laporan akhbar yang menggambarkan situasi panik dan kelam kabut pada hari pertama pelaksanaan GST.

Katanya, kira-kira 800 laporan berkenaan GST yang diterima semalam adalah rendah jika dibandingkan dengan kira-kira 15 juta pengguna di Malaysia. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

Senarai Kabinet kerajaan Pakatan Harapan

Senarai Kabinet kerajaan Pakatan Harapan:- PERDANA MENTERI 1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad TIMBALAN PERDANA MENTERI 2. Datuk Seri D...