Jumaat, 10 April 2015

SPR: PRK Rompin ditetapkan pada 5 Mei


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
 
PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei, demikian umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata suruhanjaya itu dalam mesyuarat khas hari ini juga menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Rompin pada 22 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 30 April.

Abdul Aziz berkata kawasan itu mempunyai 53,294 pemilih berdaftar.

"Daftar pemilih itu terdiri daripada 52,744 pemilih biasa, 545 pemilih awal dan lima orang pengundi tidak hadir luar negara," katanya dalam sidang media mengenai PRK kerusi Parlimen Rompin itu di sini.

PRK Parlimen Rompin perlu diadakan berikutan kematian anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu. -- BERNAMA

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...