Jumaat, 26 Februari 2016

Majlis Tertinggi UMNO gantung Tan Sri Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO….

[Gambar kerusi kosong Tan Sri Muhyiddin di mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO]

Seperti yang dijangka berikutan tindak tanduk Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menerus membuat serangan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang Jumaat ini sebulat suara setuju menggantung jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Pengantungan ini berkuatkuasa serta merta hingga pemilihan UMNO akan datang.
Dalam perlembagaan UMNO tiada jawatan pemangku Timbalan Presiden, maka tugas sebagai timbalan kini akan ditangani oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.

Keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMO itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO dalam sidang akhbar selepas mesyuarat berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Muhyiddin tidak hadir pada mesyuarat berkenaan. Turut tidak hadir ialah Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Majlis Tertinggi telah membincangkan usul mengenai Muhyiddin selama lebih dua jam sebelum membuat keputusan.

Sebelum itu Najib dan Zahid diminta meninggalkan bilik mesyuarat.

Mesyuarat membincangkan usul berkenaan dipengerusikan oleh Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Tengku Adnan menjelaskan Muhyiddin telah diberitahu menerusi faks mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi dan beliau jawab menerusi faks juga tidak hadir.

Oleh itu katanya, isu beliau tidak diberi peluang mempertahankan diri tidak timbul langsung.

Menurutnya, terdapat konsesus di kalangan Ahli Majlis Tertinggi untuk adakan usul gantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Tindakan terbaru ini bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh di Johor.

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...