Sabtu, 13 Februari 2016

Menantu Abdul Hadi Mualaf Cina – PAS


PAS Pusat pada Khamis mendedahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya mempunyai seorang menantu yang berbangsa Cina.

Pendedahan tersebut bagi menyangkal dakwaan jahat oleh penyokong DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) bahawa Abdul Hadi anti-Cina.

"Ramai pihak menuduh Tuan Guru Abdul Hadi anti-Cina, rasis dan sebagainya.

"Namun ramai tidak tahu Tuan Guru ada menantu berbangsa Cina iaitu Aisyah Lim isteri kepada Ustaz Yusuf Abdul Hadi," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan seperti disiarkan di laman Facebook PAS.

Nasrudin turut menyiarkan gambar Yusuf dan isterinya, Aisyah menziarahi keluarganya sempena sambutan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Abdul Hadi ketika ini sedang diserang hebat oleh ramai penyokong Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan PAN.

Pelbagai tohmahan dilemparkan ke atas ulama PAS itu disebabkan pendekatan baharunya yang lebih mesra dengan pimpinan tertinggi UMNO.

Serangan penyokong Pakatan Harapan semakin hebat apabila Abdul Hadi menyertai Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 pada akhir tahun lalu.

Abdul Hadi turut dituduh anti-Cina kerana didakwa mengeluarkan kenyataan DAP tidak membantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana ia menguntungkan kaum berkenaan.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran