Rabu, 21 Februari 2018

Buaya timbul tanda kempen bebas plastik Selangor berjaya?

AKU tak tahu, nak nangis atau nak ketawa bila seorang anggota Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berkata, pelbagai fauna seperti buaya dan memerang telah muncul di Sungai Klang sebagai bukti kempen bebas plastik yang diperkenalkan kerajaan negeri sudah berjaya.
Bagi aku, Selangor belum boleh diisytiharkan sebagai negeri bebas plastik atau alam sekitarnya sudah bersih dari unsur pencemaran plastik kerana rata-rata jika kita tinjau di pasar-pasar raya dan pusat-pusat beli belah, pengguna masih dibekalkan dengan beg plastik.
Cuma bezanya, beg plastik itu dijual pada harga 20 sen satu dan kebanyakan pembeli pula terpaksa mengeluarkan kos yang lebih untuk membeli beg berkenaan. Kalau tidak, sukar untuk membawa barang belian ke kenderaan.
Tak ada maknanya jalankan kempen bebas plastik, kalau pada masa sama tauke pasar raya kaut keuntungan melalui penjualannya dan plastik masih digunakan seperti biasa.

Kalau satu hari 1,000 keping beg plastik dijual, tauke pasar raya sudah mendapat untung RM200. Bayangkan kalau jumlah beliannya atau penggunaannya melebihi dari itu dan ke mana pula beg plastik itu dibuang kalau tidak dalam tong sampah dan bertebaran di jalan raya?
Sedangkan, harga satu beg plastik tidak sampai pun 5 sen, tetapi dijual sehingga 20 sen. Tidakkah ini melampau dan menampakkan kezaliman kerajaan Pakatan Harapan Selangor?
Lagipun, adakah kerajaan melihat tindakan ini dapat membersihkan alam sekitar di Selangor dari unsur bahan plastik? Tentunya tidak. Pencemaran tetap berlaku dan bezanya tauke pasar raya dan kerajaan negeri dapat kaut duit hasil penjualan beg plastik berkenaan.
Kalau ini berterusan, pada saya, kempen bebas plastik ini saling tak tumpah seperti kempen rompak duit rakyat secara halus. Rakyat terpaksa berbelanja antara 20 sen hingga RM1 untuk beli beg plastik untuk mengisi barang belian mereka.
Berbanding sebelum ini, pengguna tidak perlu mengeluarkan duit kerana beg plastik dibekalkan secara percuma, kali ini berlaku pertambahan pula dalam kos perbelanjaan harian. Ini cara halus kerajaan Pakatan Harapan merompak duit rakyat.
Soal buaya atau memerang dikatakan timbul dalam Sungai Klang, itu bukan menandakan sungai berkenaan bersih dan bebas dari pencemaran plastik. Saya kata begitu kerana kalau kita lihat di perangkap sampah di sepanjang Sungai Klang, 95 peratus bahan buangan adalah berasaskan plastik.
Jadi, di mana relevannya kerajaan negeri kata Selangor sudah bebas dari plastik sehingga menyebabkan buaya serta binatang memerang sukakan Sungai Klang?
Kalau betul-betul nak bebaskan Selangor dari bahan plastik, baik haramkan terus penggunaannya di semua pasar raya. Bukan dijual. Kalau dijual, bahan itu wujud juga di sekeliling kita, sama ada di sungai, di tempat pembuangan sampah.
Tindakan kerajaan Selangor ini umpama Pi Mai Pi Mai, Tang Tu. Kempen apa sekali pun, kalau ia dilakukan dengan niat untuk kaut keuntungan, ia tidak akan berhasil. Selama-lamanya penduduk Selangor tidak akan menikmati cuaca bersih atau alam sekitar yang bebas dari unsur pencemaran berasaskan plastik kalau formula ini digunapakai.
Kerajaan Pakatan Harapan Selangor tidak perlu menipu atau mengelirukan rakyat dengan kempen bebas plastik. Kami, tahu ia tidak akan berkesan selagi ada perasaan tamak haloba dalam diri pemimpin. – theRakyat (Siaran TheRakyat 20/2/18)

Tiada ulasan:

Pas, UMNO gila talak?

PAS dan UMNO kata, politik tanah air telah mencatatkan sejarah apabila kedua-dua parti itu bekerjasama dalam blok pembangkang baru melawa...