Jangan takut buang pemimpin, kontraktor korupsi
SETELAH melalui pelbagai tuduhan tidak berasas, kata nista dan fitnah, tohmahan serta caci maki daripada pihak lawan, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap dipilih sebagai Perdana Menteri keenam.
Majlis angkat sumpah jawatan nombor satu negara itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara dua hari lalu.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib, anakanda sulung bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. Tugas mencabarnya sebagai pemimpin tertinggi parti dan negara bermula sebaik beliau melangkah keluar dari Istana Negara Jumaat lalu.
Mulai hari ini, beliau, timbalannya, barisan kabinet (yang bakal dirombaknya) dan pemimpin yang menang dalam Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu perlu bersiap-siaga.
Kepemimpinan ini perlu merancang, merangka, mencongak dan membuat perkiraan untuk memulihkan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan serta Barisan Nasional (BN) khususnya.
Beliau juga perlu berani mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pemimpin yang mempunyai rekod buruk.
Buang mereka ini dan tempatnya digantikan yang baru lagi segar untuk mengepalai atau menerajui negeri, bahagian, peti undi dan cawangan. Beliau perlu memulakan dari situ jika mahu rakyat kembali kepada UMNO.
Datuk Seri Najib tidak perlu takut akan hilang kepercayaan dalam kalangan pemimpin korupsi, sebaliknya beliau dan UMNO akan memperoleh ribuan kali ganda sokongan daripada rakyat.
Ini yang UMNO dan BN mahu dalam perjuangan penubuhan parti itu, bukan melindungi atau menjaga hati pemimpin yang dibenci ahli serta rakyat.
Begitu juga, mana-mana wakil rakyat yang pernah menabur janji selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu, tetapi tidak menunaikannya sehingga kini, perlu dimasukkan dalam senarai calon 'ditendang' untuk pemilihan calon dalam PRU13 akan datang.
Selain itu, kontraktor yang diamanahkan untuk menyiapkan projek pembangunan di setiap negeri, tetapi gagal melaksanakannya juga wajar disenaraihitamkan.
Saya hendak mengambil satu daripada ribuan contoh berhubung kegagalan pemimpin dan kontraktor bagi sesebuah negeri. Paling terdekat dengan pengetahuan dan pengamatan saya ialah Kelantan.
Projek 'pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua' yang dijanjikan siap akhir tahun ini telah dilanjutkan setahun lagi sehingga akhir tahun hadapan.
Tempoh dua tahun yang diminta oleh kontraktor dan diluluskan Kementerian Kerja Raya untuk pembinaan projek itu berlalu begitu sahaja.
Sedangkan rakyat dari setahun ke setahun menunggu dengan sabar untuk melihat sejauh mana pemimpin yang mereka pilih untuk menerajui parti dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Ini antara faktor mengapa rakyat Kelantan dan Malaysia khususnya belum dapat menerima UMNO dan pemimpin yang korupsi.
Dan inilah yang perlu Datuk Seri Najib beri perhatian, selain berjanji akan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuat kuasa serta merta. - Siaran 4hb April 2009
Khamis, 9 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
1 ulasan:
Cuba abg man komen mengenai rusuhan bola sepak di Kelantan.
Catat Ulasan