Barisan Nasional (BN) tidak akan letak calon dalam pilihan raya kecil DUN Penanti di Pulau Pinang. Ramai tidak bersetuju dengan keputusan itu, termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Nampak sangat BN pengecut. Takut kepada parti lawan dalam Pakatan Rakyat (PR). Ada orang kata, BN sudah tewas sebelum berjuang.
Bagi saya BN bukan tewas sebelum berjuang. Peperangan belum lagi bermula, mana boleh dikatakan ada menang tewas. Sekarang ini hanya kedengaran musuh akan datang. Itu saja.
Di mana kedudukan musuh, masih lagi samar. Siapa musuh pun masih kabur. Kenapa BN sudah umum tak mahu bertanding? Lemah sangatkah jentera BN ketika ini? Tidak ada jeneral yang wibawa ke dalam BN sekarang ini?
Nampak sangat BN tidak ada semangat juang Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Gajah dan Tok Semian. Dengar saja musuh nak datang, perut sudah kecut. Lutut dah mengigil sampai terkencing dalam seluar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
6 ulasan:
salam abang manzaidi..
semoga sihat sejahtera...
:)
salam perjuangan.
Terima kasih pada anntaj dan sojar tanpa c4 atas kunjungan ke laman ini. sila-silalah datang lagi.
BN takut dilanda tsunami tapi tetap berumah di tepi pantai..dalaman kat Terengganu pun dan macam puting beliung duk rebut jawatan sama sendiri. Buat malu jer...
BN perlu meletakkan calon abg, agar rakyat dapa melihat kemampuan BN baru,..
Assalamualaikum tetamu dihormati. Terima kasih atas kunjungan dan komen. Pada saya BN memang wajar sertai pilihan raya kecil. Tak elok kalau tak letak calon. Nanti musuh kata BN dah kecut perut dan penakut. BN tak boleh jadikan 'takut kalah' dalam kamus diri. Itu bukan anak jantan. Hari ini kita kalah, esok lusa insya-Allah kita menang pula. Orang yg menang tak akan menang selama-lamanya. Dan yang kalah tak akan kalah sokmo-sokmonya. Lagipun pembangkang sekarang bukan pembangkang yang termaktub dalam perlembagaan negara dan prinsip kenegaraan. pembangkang sekarang sudah pandai ambil kesempatan untuk jadi kerajaan. Ini amalan tidak sihat. Pembangkang adalah manusia yang diberi amanah dan tanggungjawab untuk menegur kerajaan. Sekarang dah terbalik, pembangkang nak guling kerajaan. Diri sendiri tak betul berjalan, inikan pula nak tegur orang lain. JANGAN MAIN BELAKANG.
Catat Ulasan