Isnin, 6 April 2009

Mana pemimpin alim ulamak Pas?

Saya tak setuju orang kafir baca al-Quran. Cina tu baca bukan kerana tertarik dgn Islam sehingga akan buka pintu hati dia nak peluk Islam, tapi sengaja nak hina Islam.

Entah macamana sebutan (tajwid) Cina tu. Kita org Islam pun sebutan tak betul, inikan pula orang Cina yang sebut perkataan ‘rumah’ jadi ‘lumah’, 'lori' atau 'sori' jadi 'loli', Entah-entah ayat Bismillahir rahmanir rahim disebutnya ‘bismillah hil lohma ni lohim’...

Bagi saya, ini satu penghinaan terhadap al-Quran dan Islam itu sendiri. So, kenapa baru sekarang pemimpin Cina itu nak baca ayat suci al-Quran? Tentulah ada kaitan dengan kempen pilihan raya atau lebih tepat sekali kerana politik.

Anehnya, ke mana ‘alim ulamak' (ular dalam semak) Pas dan Keadilan? Kenapa mereka tak tegur atau beri komen? Adakah kerana Cina itu sokong Pakatan Rakyat, makanya orang kafir hina Islam sekali pun mereka halalkan? Astagfirullah...

Saya kecewa amat sangat dengan politik sekarang. Macam-macam boleh berlaku. Bukan saja negara, agama Islam pun mereka sanggup jual beli.

Satu perkara yang saya tidak suka ialah pemimpin Pas yang berlagak alim, bersengkokol dengan anak buah yang mencaci, memaki dan menghina pemimpin seagama dan sebangsa.

Sepatutnya, kalau mereka benar-benar memperjuangkan Islam, mereka sepatutnya menegur anak buah supaya jangan hina sesama saudara. Beri nasihat atau sebagainya yang memperlihatkan kita ni benar-benar alim dan sayangkan agama.

Ini tidak pernah berlaku. Malah 'alim ulamak' itu sendiri yang nampak begitu agresif mengutuk rakan sesama Islam. Inikah pemimpin yang memperjuangkan Islam? Hendak mengikut sunah Nabi Muhammad SAW konon, tetapi mereka tak pernah belajar cara Nabi Muhammad menangani musuh politiknya.

6 ulasan:

Mr Priceless berkata...

Salam,

saya kurang setuju, sekiranya ahli politik terutama yang bukan islam menggunakan ayat Quran dalam ceramah. Al-Quran kalam ALLAH, kata-kata tuhan, bukan alat untuk berpolitik. Ahli politik non-muslim mebawa Quran, seolah mengeksploitasi ayat Quran untuk menarik ahli PAS menyokong mereka.

Tanpa Nama berkata...

Salam MZ,

Mungkin juga sebutan tajwid Cina tu tak betul. Sebab kalau ikutkan orang Cina masuk Islam (mualaf) pun tajwid mereka masih tidak betul. Tapi orang tidak mempertikannya sbb mereka dah masuk Islam. Rasanya, bukan tajwid mereka saja yg tak betul, orang2 Islam sendiri pun ramai yang tidak fasih membaca al Quran. Jauh sekali nak menghafal al Quran.

Bagi saya, mereka hina atau tidak pada agama Islam... tu antara dia dgn Tuhan. Sekurang-kurangnya orang Cina yg membaca Quran ada keinginan dan lama2 insyaAllah hati mereka terbuka untuk memeluk Islam dengan ikhlas.

Kita doakan.... Amin

Maaf MZ, ini sekadar komen dari saya.

manzaidi berkata...

Terima kasih kepada Priceless dan Anonymous. Apa yg saya catatkan berhubung artikel pendek bertajuk "Mana pemimpin alim ulamak Pas?" itu hanya sekadar pandangan saya. Sebab hasil pemerhatian saya, tidak pernah pun ada pemimpin kafir tergerak nak baca ayat suci al-Quran selama ini. tapi bila tiba pilihan raya, baru nak baca. Nampak sangat nak pancing undi orang Melayu/Islam. Samalah mcm pemimpin kita, kerana nak undi orang bukan Islam, sanggup tunduk depan tokong dan kuil. Inilah yang dikatakan politik. Matlamat menghalalkan cara.

Had berkata...

Salam,

Sebenarnya tuan perkara ini bukan pelik sekiranya mengambilkira suasana pada ketika itu. Matlamat menghalalkan cara ini sememangnya berlaku tak kira mana pihak sekalipun. Mungkin bukan ulama2 mereka yang lakukan, tetapi ulama2 tersebut di'gerak'kan oleh sekumpulan orang yg lain.

Sememangnya kurang ajar. Tetapi sekiranya trend ini diterima pakai, tuan akan melihat fenomena yang lebih pelik pada masa akan datang. Ini tidak mustahil. Kita lihat comment menyokong itu, possibility adanya seperti comment itu di waktu kini adalah tinggi.

Sebaik saja tuan buat artikel diatas, sudah dapat dijangka akan adanya comment yang menyokong cha kaf itu, ianya tak pelik, cuma alasan dan hujahnya itu cuba tuan tilik, begitulah mereka yang apologetik terhadap cara yang mereka halalkan.

Mr Priceless berkata...

Saya petik dari blog; http://www.blogtokguru.com

13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

manzaidi berkata...

Assalamualaikum... Saya tidak pertikaikan orang kafir berminat dengan Islam. Ada orang tanya saya, ramai mualaf boleh baca al-Quran, kenapa tak dipersoalkan? Saya jawab mudah saja, mualaf tu dah peluk Islam. Mereka dah mengucap dua kalimah syahadah. Soal mereka baca tak betul, itu boleh dibaiki. Tetapi dalam kes Cina kafir Kor Ming ni, dia baca ayat al-Quran untuk raih undi. Kenapa sebelum ini dia tak lakukan demikian. Kenapa sebelum ini dia tak ada minat nak belajar al-Quran? Dan kenapa dia tak peluk Islam dulu, baru baca ayat al-Quran? Nampak sangat Pas merelakan orang kafir menggunakan al-Quran untuk kepentingan politik. Islam adalah agama untuk semua. Semua orang kafir boleh memeluk Islam, tetapi dengan syarat hati mereka mesti ikhlas untuk Islam, bukan ambil syarat sahaja atau bermusim. Pemimpin Pas tak berani menegur Kor Ming sebab mereka takut Cina kafir tu kecil hati dan tak sokong mereka. Ini punca kenapa kebanyakan pemimpin Pas terpaksa sokong Kor Ming. Satu perkara yang pelik pada pemimpin Pas ini ialah mereka menganggap diri mereka lebih hebat daripada Mufti. Kalau Mufti tegur pasal Kor Ming, pemimpin Pas tuduh Mufti itu berpolitik. Inilah penyakit yang ada dalam pemimpin Pas. Saya bukan anti Pas. saya bukan pro UMNO, jauh sekali nak sokong PKR. Saya adalah saya. PARTI GERAKAN. Tak Bergerak, Tak Makan.