Selasa, 13 Julai 2010
Kesian Dia
Kerabat tidak iktiraf Putri Anis
Dakwaan diri berasal keturunan ketujuh Puteri Saadong diragui
BACHOK: Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan tidak mengiktiraf seorang gadis yang mengaku sebagai kerabat keturunan ketujuh Puteri Saadong berasal daripada keturunan Raja Jembal kerana terdapat keraguan dalam dakwaan itu.
Pengerusi pertubuhan, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, mereka sudah mengenal pasti latar belakang dan nama sebenar gadis itu yang disyaki bukan keturunan sebenar Puteri Saadong.
“Kita tidak mengiktiraf pengakuan gadis itu dan semua dakwaannya diragui kebenarannya,” katanya.
Nik Yusuf berkata, pertubuhan itu sedang menyiasat dakwaan gadis itu dengan mendapat pandangan daripada Persatuan Sejarah Negeri Kelantan dan Perbadanan Muzium Negeri manakala satu seminar sedang dirangka untuk membincangkan isu itu bagi mencari titik pertemuan untuk menentukan kesahihan lagenda Puteri Saadong dan salasilah mengenainya.
Beliau berkata, pertubuhan itu mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, seiras dengan kerabat Raja Jembal tetapi dakwaan bahawa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong masih tidak diiktiraf.
Nik Yusuf berkata, pihaknya terkilan kerana Raja Tengku Putri Anis membuat pengakuan itu tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pertubuhan itu.
Katanya, upacara pemasyuran Raja Tengku Putri Anis sebagai Sri Ratu Ketujuh Saadong sempena mengakhiri apa yang dikatakan sumpahan tujuh keturunannya baru-baru ini tidak wajar dilakukan sebelum dakwaan berkenaan dibuktikan.
Beliau berharap gadis itu dapat mengadakan pertemuan dengan pertubuhan berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 ahli untuk mengkaji salasilah dan kebenaran dakwaan itu.
“Apa yang saya baca dalam akhbar, beliau ada berjumpa dengan begitu ramai ulama untuk mengesan susur galur keluarganya tetapi tidak dengan kita,” katanya.
Raja Tengku Putri Anis yang mendakwa dirinya adalah waris ketujuh kepada Puteri Saadong yang kisah sejarahnya disaluti mitos dan legenda.
Raja Tengku Putri Anis berkata, sudah sekian lama beliau menyimpan rahsia yang dibawa daripada generasi ke generasi dan tampil hampir pada saat dikatakan berakhirnya sumpahan Puteri Saadong yang merajuk membawa diri ke Acheh di Indonesia.
Menurut cerita, Puteri Saadong meninggalkan sumpahan 420 tahun lalu dengan kata-kata: “Ku tinggalkan rakyat, ku tinggalkan negeri, ku tinggalkan harta, ku tinggalkan segala. Merajuk diri ku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asal ku, di mana bumi ku pijak, di situ langit ku junjung, aku bersumpah tak lagi ku injak Negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.”
Nik Yusuf berkata, beliau tidak mempercayai kewujudan sumpahan itu dan hanya mitos mengenai Puteri Saadong.
“Malah, banyak pihak pernah membuat dakwaan sebelum ini bahawa mereka juga adalah kerabat Raja Jembal tetapi apabila kajian dibuat ia ternyata tidak benar,” katanya. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
6 ulasan:
Apa yang kesian pulak kat dia . Dia bukan pun rugi and bukan pun hidup melarat .Yang pertubuhan jembal pun satu kenapa ulangi topik yang sama , Dia ni xda pun nak minta iktiraf dr mereka .Alahai negeri kelantan yang sudah tidak aman .
Kesian dia sebab dia beriya-iya isytiharkan keturunan Puteri Saadong, last sekali orang ramai tak terima.
Dia beriya-iya isytiharkan ?salah bsr tu .oh ini la melayu kita yg xpernah maju dan selalu ditipu oleh bangsa asing makanya bnyk sejarahkt tercicir termsk sejarah peradaban islam sndr. Mana ada isytihar utk diri sndr MZ ,jembal tu hidung xmancung pipi tersorong-sorong masih katak di bwh tempurung xkenal dunia luar.Misi pengembaraan budak ni dah hampir satu dunia sy dh baca story dia n tngk bukti2 bkn air liur. Awak ni org mana asli kelantan atau org luar ?saya nk ckp sikitla jgn kecil hati ini sekadar perkongsian .Klu kita nak iktiraf org tu sape ,kt msti tngk diri kt dl.YDP Jembal tu sndr pn zaman mudanya org samseng tkg tarik kreta org pastu beralih arah jd broker balak pastu hutang merata2 tipu org .xpyh nk kondem org itu ini tkt nnti malu kat traffic light .sy kt mcmni sbb awal2 sypn membangkang jg tp skrg bl sy cari tahu ternyata bnr .
Satu hal lg mengikut akal kecerdikan saya ialah yang layak berckp skrg adalah kerabat kerajaan Gowa dr indonesia krn dato Najib PM ktpn darah Sultan Abd jalil dr Gowa.Jembal xkan tau story ni sbb dia hnya urus raja abdullah .Itupun kubur raja abdullah xpernah diperhatikan sama sekali katanya ada lbh 2rb ahli?so jgn ckp org ramai xterima blm undi lg,rasanya klu org yg dpt scan org semua kt betul. Skrg saya trima dn akan ikut aktiviti2 yg dia akn anjurkn dr semasa ke semasa sbb bg saya dia bdk xpadan dgn umur perempuan,berani dan genius.
Terima kasih atas pengetahuan yang disampaikan oleh anonymous yang cerdik, pandai dan bijak.
kebenaran.. Al haqq...
Alam dan isinya sujud...
Sebaliknya... terlaknat laa...
alam dan isinya melaknat ...
yang sombong dan jahiliah ...
cian bani adam ...
Terpedaya selamanya kepada
Puakaaaaaa bertakhtaaa ....
Redhaa dan relaa jee laaa ....
Catat Ulasan