KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat pada Khamis memutuskan untuk tidak melaksanakan hukum Hudud yang dicadangkan PAS kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.
Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung hampir tiga jam di sini, lewat tengah malam tadi.
Menurut beliau, pakatan pembangkang menghormati pendirian DAP yang menentang perlaksanaannya tetapi pada masa sama menghargai usaha PAS mencadangkan perkara itu.
"Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini.
Anwar berkata, keputusan itu turut dibuat selepas memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 iaitu sebelum kewujudan Pakatan Rakyat.
"Kita tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno untuk memecah-belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai situasi ini," jelasnya.
Katanya, objektif utama politik parti komponen Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang dirosakkan Umno berpandukan prinsip keadilan sejagat, pentadbiran yang baik dan ketelusan kepada rakyat.
Bagaimanapun, Anwar tidak menolak sebarang kemungkinan sekiranya perkara tersebut dibincangkan pada masa akan datang kerana Pakatan Rakyat berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara.
Menurut beliau, keputusan mesyuarat ini telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir dan diwakili oleh Exco Kelantan, Datuk Taqiudin Hassan untuk menjelaskan perkara tersebut.
Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang, Karpal Singh, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Minggu lalu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak sekutunya supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan soal rancangan PAS melaksanakan hukum Hudud.
Karpal memberitahu DAP sentiasa menentang pembentukan sebuah negara Islam dan tidak akan menerima Hudud sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
Cadangan itu turut dibantah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan hukum Hudud tidak pernah disebut dalam Buku Jingga.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan