Anwar dapat jaminan luar untuk cetuskan huru hara
Published Sunday, July 3, 2011
Kenapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain memperkudakan dalang utama perhimpunan haram Bersih, Ambiga Sreenevasan pada 9 Julai ini?
Ini adalah soalan yang baik untuk dikupas.
Pertama, Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Anwar berasa takut akan hilang semula empat negeri yang dimenangi PAS (Kelantan dan Kedah), DAP (Pulau Pinang) dan PKR (Selangor) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada tahun
2008.
Berdasarkan senario hari ini, Anwar sedar sokongan rakyat kepada parti-parti pembangkang terutama beliau, Guan Eng, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang semakin merosot.
Rakyat tidak lagi berminat dengan Anwar berikutan beberapa isu moral yang diciptanya sendiri seperti kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari dan kes rakaman video yang memaparkan seorang lelaki mirip beliau sedang berzina dengan pelacur China.
Di samping itu, rakyat termasuk ahli dan penyokong PAS juga sudah bosan dengan dolak dalih Nik Aziz dan Hadi Awang dalam kes Anwar serta penolakan pemimpin itu dalam menyahut seruan penyatuan perpaduan nasional yang dianjurkan UMNO.
Kegagalan pembangkang di empat negeri yang dimenangi mereka dalam menunaikan janji-janjinya ketika PRU 12 dahulu juga antara faktor rakyat tidak lagi mempercayai PAS, DAP dan PKR.
Kedua, jika empat negeri pemerintahan PR kalah dalam PRU 13, mudah bagi Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain memberi alasan kekalahan mereka disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku tidak adil, berat sebelah dan double standard.
Menyedari sokongan rakyat semakin berkurangan dan parti gabungan pembangkang akan kalah, Anwar menggunakan segala kebijaksanaannya untuk menyelamatkan maruahnya daripada tercalar.
Beliau juga malu kepada PAS dan DAP yang bersetuju bergabung bersama dalam pembentukan PR adalah kerana mereka ini menaruh harapan kepadanya untuk menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
Bagi menyelamatkan nyawanya, Anwar meneruskan agenda politik kotornya dengan memperalatkan Ambiga untuk mengaktifkan semula organisasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Bersih adalah alat yang digunakan Anwar untuk mencuci pemikiran dan minda rakyat yang memandang kotor kepadanya selama ini.
Manakala fungsi dan kegunaan Bersih yang diketuai wanita India itu ialah membuat kacau bilau, huru hara dan mencetuskan provokasi memburuk-burukkan negara.
Walaupun pasukan keselamatan melarang Bersih daripada berhimpun di sekitar ibu negara pada 9 Julai ini, wanita India Ambiga ini masih berdegil untuk meneruskan juga.
Kenapa beliau begitu berani mencabar kerajaan dan polis? Kerana waita India Ambiga itu sudah mendapat jaminan daripada Anwar bahawa ‘tidak akan berlaku apa-apa ke atasnya’ pada Sabtu ini.
Dari mana pula Anwar mendapat jaminan sehingga beliau begitu yakin untuk memberi jaminan kepada wanita keling Ambiga supaya jangan takut kepada kerajaan dan polis?
Umum tahu, Anwar adalah tali barut Yahudi dan Zionis. Penyangak mata wang, George Soros adalah ketua Anwar yang mungkin memberi jaminan akan memberi suaka politik kepadanya jika usahanya mempergunakan Ambiga gagal.
Kerana jaminan dari luar itu, Anwar dilihat semakin berani merancang strategi yang boleh menggugat keamanan negara. Begitu juga wanita keling Ambiga yang menjadi kaldai bodoh Anwar.
***********************************
Ambiga langgar titah Yang di-Pertua Agong
Published Saturday, July 9, 2011
Sehingga jam 3 petang ini, lebih 500 ditahan termasuk penggerak kumpulan Patriotik, Khairy Jamaluddin dan Datuk Abdul Azeez.
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang, Hadi Awang, Nurul Izzah Anwar, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub juga turut ditahan ketika menyertai gerakan kumpulan haram Bersih mengadakan tunjuk perasaan sekitar ibu negara hari ini.
Dengan kejadian itu, Ambiga bersama pemimpin pembangkang telah melanggar titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zaina Abidin yang meminta gerakan kumpulan haram Bersih membatalkan perhimpunan itu.
Bagaimanapun, Ambiga yang dijadikan kambing hitam dan lembu suruhan Anwar Ibrahim meneruskan juga perhimpunan itu, sekali gus membelakangkan titah Tuanku Agong.
3.00 petang: Nurul Iman, Nurul Nuha, Maria Chin, Ambiga, Abdul Hadi Awang ditahan polis. Anwar dan Wan Azizah kembali ke KL Hilton. Anwar dipercayai cedera di bahu.
2.45 petang: Penggerak Patriot Abdul Azeez ditahan polis. Sebelum itu, Khairy juga ditahan polis.
2.30 petang: Penyokong Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan.
Ambiga, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.
2.30 petang: FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap penyokong kumpulan haram.
2.15 petang: Perarakan kumpulan haram diteruskan dalam keadaan hujan.
2.10 petang: Pasukan FRU berkumpul di hadapan Am Bank, Jalan Pudu. Mereka dalam keadaan siap sedia untuk mengambil tindakan jika kumpulan haram itu meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka.
1.45 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi ke Stadium Merdeka. Reezal Merican mengingkari perintah larangan untuk memimpin Patriot di Bukit Bintang.
1.40 petang: Khairy tiba di kawasan perarakan. Abdul Azeez menyusul lima minit kemudian.
1.30 petang: Para penyokong Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia mula berarak dari Jalan Imbi ke Stadium Merdeka sambil menyanyikan lagi, “Inilah Barisan Kita.” Ia diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Pusat, Lokman Adam. Kelibat Khairy dan Abdul Azeez tidak kelihatan.
1.20 petang: Lebih 500 Pemuda Umno dan Kelab Putera 1Malaysia berkumpul di hadapan BB Plaza, Jalan Bukit Bintang dan mengedarkan baju Patriot berwarna merah.
Namun kelibat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Kelab 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum kelihatan.
Mereka melaungkan slogan, “Hidup rakyat, hidup Malaysia, hancur Anwar, hancur Ambiga
1.15 petang: Lebih 1,000 penyokong kumpulan Bersih mula berarak dari Jalan Imbi ke Stadium Merdeka.
1.07 petang: FRU setakat ini berjaya menyuraikan penunjuk perasaan kumpulan haram bersih di hadapan Bank Agro dan Pasar Seni. Di kedua-dua tempat gas pemedih mata telah ditembak untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang menjerit “reformasi”.
12.55 tengah hari: Polis berkata, seramai 441 ditahan sehingga 12 tengah hari. 421 lelaki dan 20 wanita.
12.50 tengah hari: Gas pemedih mata ditembak ke arah penunjuk perasaan kumpulan haram Bersih yang berarak dari hadapan Bank Agro menuju ke Pasar Seni melalui Daya Bumi.
12.45 tengah hari: Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat berkumpul di Hotel KL Hilton. Mereka merancang untuk berarak ke stadium dari situ.
12.40 tengah hari: Anggota FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan kumpulan jaram Bersih yang menjerit “reformasi” di Bank Agro berdekatan Daya Bumi di Kuala Lumpur.
12.30 tengah hari: Satu kumpulan besar penunjuk perasaan kumpulan haram Bersih sambil menjerit “reformasi” meninggalkan Pasar Seni dalam percubaan menuju ke Masjid Jamek dan Dataran Merdeka. Berdekatan Masjid Negara, penunjuk perasaan turut membawa bendera PKR dan PAS sambil melaungkan “Bersih”.
12.28 tengah hari: Ribuan orang dari kumpulan haram Bersih sedang berarak sambil menjerit “reformasi” melintasi tebing sungai melepasi Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
12.15 tengah hari: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ditahan polis di KL Sentral.
12.13 tengah hari: Polis membenarkan lima peguam daripada Majlis Peguam menuju ke stesen keretapi Kuala Lumpur ketika ramai orang dari kumpulan haram Bersih menjerit “reformasi” dari dalam stesen keretapi.
12.05 tengah hari: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di KL Hilton ditemani ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan peguam Latheefa Koya. Turut hadir, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
12.00 tengah hari: Polis mengesahkan seramai 338 orang termasuk 17 wanita ditahan di sekitar Kuala Lumpur.
11.35 pagi: Keadaan aman di KLCC. Para pelancong mengambil gambar. Pihak keselamatan mendirikan halangan di sekitar pintu masuk kecuali ruang kosong untuk pembeli belah masuk.
11.30 pagi: Jumlah tangkapan di sekitar Kuala Lumpur adalah seramai 236 orang termasuk lapan wanita, kata polis.
11.20 pagi: Pengerusi kumpulan haram Bersih, Ambiga menghantar mesej tweet meminta semua orang keluar dengan memakai baju kuning.
11.18 pagi: Sebuah trak polis membawa sekumpulan lelaki yang ditahan keluar dari kawasan Masjid Jamek menuju ke kawasan tahanan di Pulapol.
11.02 pagi: Tren RapidKL tidak akan berhenti di tiga stesen dari 10.15 pagi atas arahan polis. Stesen-stesen tersebut ialah Hang Tuah dan Maharajalela (laluan monorel) dan Hang Tuah (laluan Ampang).
11.00 pagi: Seorang lelaki memakai baju kemeja merah ditahan oleh polis dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek.
10.40 pagi: Pusat media Bukit Media mengeluarkan kenyataan bahawa seorang daripada 21 orang yang ditahan pada awal Sabtu telah dibebaskan.
10.35 pagi: Sebuah Black Maria di Masjid Jamek memuatkan 13 orang ditahan, kebanyakannya lelaki. Mereka dipercayai merupakan penunjuk perasaan Bersih.
10.30 pagi: Ramai berkumpul di stesen keretapi berdekatan Masjid Negara. Turut kelihatan ramai anggota polis diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman mengawal situasi.
10.30 pagi: Lebih banyak trak polis tiba menyertai trak FRU di pintu utama Istana Negara tetapi situasi masih lengang.
10.01 pagi: Kedai-kedai dibuka untuk perniagaan. 100 pelanggan beratur di hadapan Machines, Lot 10, untuk membeli iPad2.
10.00 pagi: Seorang lelaki ditahan polis di Jalan Melayu, off Jalan Masjid India, selepas menjerit secara agresif terhadap orang ramai dan wakil media.
9.50 pagi: Anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) mengawal pintu masuk Pasar Seni. Mereka berkata, ia akan dibuka seperti biasa pada pukul 10 pagi tetapi mereka akan mengawalnya. Polis meronda di sekitar Pasar Seni sebelum ia dibuka.
9.45 pagi: Sekumpulan 100 orang di sekitar Masjid India diarahkan bersurai oleh polis.
9.28 pagi: 12 peguam berjaket dan bertali leher berada di luar stesen LRT Masjid Jamek. Kehadiran ramai anggota polis. Aktiviti normal. Stesen masih dibuka.
9.15 pagi: Satu kumpulan dengan lebih 100 orang berada di stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara. Polis sedang memantau mereka.
9.10 pagi: Polis menahan satu kumpulan yang berkumpul berdekatan masjid Kampung Baru.
9.07 pagi: Sekatan jalan raya di lebuh-lebuh raya menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan trafik bergerak perlahan. Satu sekatan berdekatan Batu Tiga menyebabkan kesesakan teruk. Pemandu terpaksa menggunakan lebih sejam untuk bergerak dari Shah Alam ke plaza tol menghala ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, trafik berjalan lancar selepas plaza tol itu.
9.05 pagi: Tiga peguam, berjaket hitam dan bertali leher, berjalan di Jalan TAR. Mereka memberitahu wartawan bahawa kehadiran mereka di situ adalah untuk memberikan bantuan guaman.
8.50 pagi: Kira-kira 15 trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di luar Istana Negara. Sekatan jalan dibuat 500 meter dari pinta utama ke istana.
8.45 pagi: Enam ambulans memasuki Jalan TAR dipercayai bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
8.40 pagi: 12 trak polis dan sebuah Black Maria ditempatkan di luar Sogo. Kira-kira 120 anggota polis di sekitar situ. Pemeriksaan rambang dibuat terhadap pejalan kaki di Jalan TAR.
8.15 pagi: Polis menutup laluan ke Jalan Stadium dengan dawai berduri. 20 Black Maria diletakkan di depan tempat letak kereta.
8.10 pagi: Kehadiran ramai anggota polis, kurang kenderaan di jalan raya dan tidak kelihatan kumpulan besar di kawasan sekitar Chow Kit dan Kampung Baru.
8.05 pagi: Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ditutup dengan kehadiran ramai anggota polis di luar Sogo.
8.00 pagi: Kuala Lumpur hampir lengang. Di Jalan Raja Laut, hanya kelihatan anggota polis bertugas. Di luar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kira-kira 200 anggota polis kelihatan bersarapan pagi. Sebuah helikopter polis berlegar-legar di ruang udara.
7.55 pagi: Lebih ramai anggota tiba dengan menggunakan monorel dan mereka turun di stesen Maharajalela bertentangan dengan Stadium Merdeka.
7.30 pagi: Sejumlah besar trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) termasuk yang dilengkapi dengan meriam air, melalui Jalan Maharajalela dan menghala ke Masjid Negara serta Masjid Jamek.
****************
Matinya sia-sia, bukan syahid atau jihad
Published Tuesday, July 12, 2011
Pelakon pemimpin politik terbaik yang digondol Anwar Ibrahim lebih 10 tahun berturut-turut dilaporkan masih berada di hospital. Sampai bila, hanya beliau yang akan membuat keputusan, bukan doktor.
Ramalan pemerhati politik mengatakan Anwar akan terus berada di hospital itu sehingga hari perbicaraan kes beliau meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari dibiacarakan pada Rabu ini.
Anwar yang berusaha melakonkan watak pesakit nazak, dikatakan cuba mendapatkan simpati doktor untuk membolehkannya memakai alat penyokong tengkok bagi menunjukkan kepada rakyat beliau benar-benar sakit.
‘Kesakitan’ yang dikatakan berpunca daripada beliau bersama sekumpulan penunjuk perasaan merempuh hadangan polis pada perhimpunan haram Bersih di pekarangan KL Sentral pada Sabtu lalu.
Setakat ini tidak ada sesiapa pun dalam kalangan rakyat jelata yang majoriti menyokong kerajaan BN bersimpati dengan Anwar.
Bahkan, rakyat tahu Anwar hanya berlakon dan berpura-pura sakit dengan mengupah jurugambarnya merakamkan gambar yang memaparkan keadaan beliau dalam keadaan nazak dan seperti hampir mati.
Serentak itu juga, para pemimpin pembangkang mengeluarkan kenyataan bohong mereka mendakwa kononnya Anwar telah dipukul teruk oleh anggota polis upahan BN yang dikerah mengawal KL Sentral dan beberapa lokasi lain di ibu negara daripada ancaman kumpulan haram Bersih diketuai Ambiga Sreenevasan.
Dalam perhimpunan haram itu juga, seorang penyokong pembangkang, Baharuddin Ahmad, 59, dilaporkan meninggal dunia kerana serangan sakit jantung kira-kira jam 6 petang ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Allahyarham Baharuddin, suami kepada Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa, Rosni, dikatakan pembangkang telah mati akibat terhidu terlalu banyak gas pemedih mata yang dilepaskan anggota FRU bagi menyuraikan kumpulan himpunan haram Bersih di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.
Tuduhan itu bagaimanapun disangkal polis, yang menyifatkannya sebagai melampau dan tidak berasas sama sekali. Malah doktor yang merawat mengesahkan arwah mati kerana serangan sakit jantung dan diakui sendiri anak mangsa, bapanya memang penghidap setia penyakit jantung.
Dalam hal ini, anggota polis tidak boleh dipersalahkan. Mereka telah melakukan tindakan yang betul jika sekali pun terpaksa melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan untuk menyuraikan kumpulan besar penyokong pembangkang yang masing-masing memegang botol air untuk dibalingkan ke arah polis.
Sebagai anggota polis yang dilatih bertahan daripada melakukan sebarang tindak balas yang boleh menjejaskan orang ramai, mereka akan tetap bertahan selagi boleh. Namun, mereka juga manusia seperti kebanyakan penunjuk perasaan.
Mereka boleh berasa sakit dan luka sekiranya terkena objek keras yang dibaling ke arah mereka. Di situ, selama mana mereka mahu mempertahankan diri mengelak daripada pelbagai jenis objek yang dilempar penunjuk perasaan?
Mereka juga tahu rasa sakit dan sebagai usaha mempertahankan diri, mereka hanya sekadar mampu melepaskan gas pemedih mata. Asap ini tidak bahaya, tidak membolehkan seseorang itu buta jika terkena pada mata.
Ia dicipta untuk memedihkan mata penunjuk perasaan dan dengan harapan kumpulan haram itu akan lari menyelamatkan diri. Kaedah ini sekurang-kurangnya dapat meredakan keadaan.
Mungkin dalam keadaan orang ramai yang bersesak-sesak melarikan diri itu, lalu Baharuddin yang menghidap penyakit jantung ini tiba-tiba sesak nafas. Beliau sesak nafas kerana berlari, bukan menghidu asap gas pemedih mata.
Tetapi telah dimanipulasikan oleh pembangkang, kononnya arwah mati kerana tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan si mati sesak nafas lalu nyawanya tercabut.
Polis dari awal lagi, iaitu sebulan sebelum jatuh pada 9 Julai lagi mengeluarkan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak keluar pada perhimpunan haram itu, malangnya mereka yang menerima bayaran ini berdegil dan keluar juga menunjuk perasaan.
Cegah sudah, tegah pun sudah, tetapi kumpulan haram itu tetap keluar dan membuat kacau bilau di ibu negara sehingga mendorong pasukan polis bertindak tegas untuk menyuraikan keadaan.
Sekarang, pemimpin pembangkang seperti Ambiga, Anwar, Mat Sabu, Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat yang harus dipertanggungjawabkan di atas kematian penyokong tegar mereka. Tanpa arahan dan galakan daripada pemimpin ini, nescaya orang ramai termasuk arwah Baharuddin tidak akan keluar menunjuk perasaan.
Tanpa desakan dan provokasi pemimpin pembangkang ini, sudah tentu arwah dan ribuan yang lain tidak akan turun bersesak-sesak serta membuat huru hara di bandar Kuala Lumpur. Kesimpulannya, mati sia- sialah arwah Baharuddin.
Hendak dikatakan mati syahid, beliau bukan dalam peperangan melawan musuh Islam. Beliau juga tidak pernah didaftarkan sebagai antara tentera yang disahkan untuk berjuang membela tanah air daripada diceroboh musuh negara.
Beliau hanya bersama ribuan yang lain turun ke bandar Kuala Lumpur untuk memekik melolong dan menjerit memaki hamun kerajaan serta pasukan keselamatan.
Kalau pemimpin pembangkang mendakwa arwah Baharuddin mati syahid, itu tidak lebih hanya untuk sedapkan hati ahli keluarga yag kehilangan suami dan ayah sahaja. Sedangkan yang menentukan syahid atau tidak seseorang umat Islam itu ialah Allah Taala.
************************************
Speaker DUN Selangor bagai kera dapat bunga
Published Wednesday, July 13, 2011
“Bagaikan keling dapat gandum”, “kera dapat bunga”, begitulah yang berlaku kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Kim apabila menggunakan kuasanya untuk menghalau keluar beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Barisan Nasional (BN) pada persidangan DUN itu semalam.
Selepas menggantung Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang mempertikaikan seorang ADUN bukan Islam dari DAP membaca hadis, Teng Chan Kim menggunakan pula menggunakan Peraturan 36 (7) peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor ke atas ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus.
Dalam tempoh tidak sampai satu hari DUN Selangor bersidang, Teng Chang Kim menjalankan tugasnya bagaikan kera mendapat bunga, keling mendapat gandum. Bersikap ghairah menggunakan buku undang-undang bagi menjatuhkan hukuman ke atas ADUN pembangkang.
Sepatutnya sebagai Speaker, beliau harus bijak mengawal keadaan atau memberi nasihat kepada ADUN-ADUN kerajaan dan ADUN-ADUN pembangkang supaya berbahas secara berhemah serta lebih matang, bukan mengambil jalan mudah menggunakan buku peraturan bagi menghentikan perbahasan atau pertengkaran lidah kedua-dua pihak.
Teng Chang Kim mungkin lupa bahawa undang-undang terletak sepenuh di tangan beliau dan tindakannya berlaku tidak adil kepada ahli-ahli dewan pembangkang membuktikan beliau tidak layak untuk diberi tanggungjawab memegang tugasan penting itu.
Ini sudah tentu akan memalukan diri beliau kerana persidangan DUN Selangor itu diikuti lebih rapat oleh pelbagai lapisan masyarakat dan segala peristiwa atau perkembangan yang berlaku dalam persidangan itu turut mendapat liputan blogger, yang kemudian dipaparkan dalam laman sosial facebook dan twitter.
Hanya kerana menegur tindakan ADUN Sekincang dari DAP, Ng Suee Lim mempermain-mainkan bacaan hadis Rasulullah ketika membahas perbekalan tambahan yang diperuntukkan ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Datuk Mohamad Satim Diman digantung selama tiga hari.
Menurut Speaker itu, Datuk Mohamad Satim Diman telah melanggar Peraturan Tetap Mesyuarat 36 (1) iaitu seseorang ahli hendaklah mengehadkan percakapannya kepada perkara yang dibincangkan sahaja dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang tidak berkait dengan perkara yang dibincangkan itu.
Kependekan akal Teng Chang Kim dalam mengendalikan persidangan DUN itu menyebabkan Datuk Mohamad Satin Diman menjadi mangsa, begitu juga dengan Abdul Shukor Idrus yang turut digantung selama tiga hari.
Nampaknya persidangan DUN Selangor gagal sepenuhnya. Mereka langsung tidak tahu mengendalikan perjalanan persidangan itu dan asyik merujuk buku undang-undang untuk menjatuhkan hukuman ke atas ADUN pembangkang jika beliau mendapati ADUN kerajaan negeri ‘diserang’ atau gagal menjawab dengan fakta yang tepat.
Sikap Speaker berat sebelah dan memihak kepada satu-satu pihak dianggap tidak adil dan beliau tidak layak menjalankan tugasan untuk mengendalikan persidangan DUN.
Kalau sebelum ini pembangkang dari pakatan rakyat mempersoalkan tindakan Speaker yang dikuasai kerajaan BN, kini ia terpalit ke muka sendiri, malah pengendalian yang dilakukan speaker kerajaan pakatan rakyat lebih teruk dan memalukan.
Teng Chang Kim sepatutnya memberi amaran atau sekurang-kurangnya nasihat kepada rakan partinya, Ng Suee Lim agar tidak menyentuh sensitiviti umat Islam dengan membaca hadis tanpa memahami isi kandungan dan fahaman maksudnya, bukan menggantung ADUN yang menegur.
Bagi umat Islam, ayat suci al-Quran, hadis, masjid dan tempat-tempat suci tidak boleh dipermainkan sewenang-wenangnya oleh puak bukan Islam iaitu golongan kafir. Mereka ini tidak dibolehkan membacanya tanpa tunjuk ajar atau dengan iat hendak mendalami ajaran agama Islam.
Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah kebanyakan orang politik bukan Islam membacanya bukan kerana hendak mempelajari atau mengenali Islam, sebaliknya dengan niat hendak mempermainkannya dan perbuatan mungkar golongan kafir ini mendapat restu daripada pemimpin Pas dan Keadilan.
Cuba nyatakan nama seorang pemimpin bukan Islam yang sudah memeluk Islam selepas Pas menyertai mereka dalam gabungan pakatan rakyat? Atau sekurang-kurang pemimpin bukan Islam itu sedang mengikuti kelas mengenali agama Islam.
Setakat ini tidak ada seorang pun yang memeluk Islam atau menghadiri kelas mengenali Islam, tetapi yang mempermainkan agama Islam agak ramai, malah semakin berani kerana mendapat restu daripada Pas.
Sebab itu, kalau kita lihat dan mengikuti program ceramah pembangkang, ramai dalam kalangan pemimpin bukan Islam mempersendakan ayat suci al-Quran dan hadis. Pemimpin Pas pula menyampuk dengan bertakbir. Masya-Allah.
***************************************
Perhimpunan haram Bersih sudah selesai
Published Friday, July 15, 2011
Perhimpunan haram Bersih sudah selesai. Rakyat kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala. Peniaga yang menanggung kerugian pada Sabtu lalu pula terpaksa bekerja keras untuk memperoleh pendapatan dua kali ganda bagi mengelak target perniagaan tersasar.
Selepas hampir seminggu berlalu, sehingga kini rakyat tidak dimaklumkan mengenai apa matlamat, motif dan tujuan pembangkang menganjurkan perhimpunan haram itu, yang menyaksikan banyak harta benda awam rosak termasuk menyusahkan jutaan orang awam merancang menghabiskan hujung minggu dengan keluarga dan orang tersayang.
Perhimpunan haram Bersih yang diketuai seorang wanita keling, Ambiga Sreenevasan itu sebenarnya menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang, malah tinjauan juga menunjukkan tidak sedikit penyokong pembangkang marah kepada pemimpin mereka.
Selama ini rakyat memberi sokongan kepada pembangkang kerana mahukan pemimpin berkenaan memainkan peranan menegur, menasihat dan memberi pandangan secara berhemah serta profesional kepada kerajaan memerintah.
Sebab itulah peranan sebenar pembangkang bukan merancang atau merencanakan sesuatu yang jahat seperti hendak menjatuh, mengguling dan merampas kuasa. Perbuatan itu sebenarnya memberi kesan buruk kepada negara, sekali gus memberi peluang kepada pihak luar masuk campur lalu mengambil alih pentadbiran sebagaimana berlaku di negara Islam Iraq.
Ini tidak berlaku dalam negara. Pemimpin pembangkang kita masing-masing sibuk merangka strategi untuk merebut kuasa, bukan merancang bagaimana hendak meningkatkan taraf hidup rakyat.
Sebagai orang Islam yang mengaku dirinya Islam, berjalan, tidur bangun, tutur kata dan segala jenis perbuatan berlandaskan al-Quran dan Hadis, seharusnya sedar apa yang mereka lakukan sejak dahulu, kini dan mungkin selama-lamanya bukan bersandarkan Islam.
Mereka hanya bercakap sahaja lebih, hakikatnya jauh sekali mereka ini Islam yang syumul. Masing-masing mengutamakan kepentingan peribadi daripada menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat.
Kembali kepada pokok asal. Apa motif utama pembangkang menganjurkan perhimpunan haram Sabtu lalu? Hendak menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai ‘ketidakadilan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?
Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perkenan untuk terima menghadap pemimpin Bersih tiga hari sebelum Sabtu 9 Julai, tetapi kenapa dengan peluang yang ada itu mereka tidak menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri?
Sepatutnya, kalau mereka ini ada otak dan letaknya di kepala, ketika itulah memorandum diserahkan ke tangan Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Sekarang selepas perhimpunan haram diadakan, siapa yang menerima memorandum itu? Yang di-Pertuan Agong atau pihak istana? Sudah tentulah pihak istana, bukan Yang di-Pertuan Agong.
Sekali imbas memang ramai manusia tidak cerdik daripada cerdik.
********************************
Larangan hiburan di kedah, Pas tunduk akur kepada DAP
Published Sunday, July 17, 2011
Pas sekali lagi kena tempelak DAP apabila parti yang majoriti bukan Islam itu mendesak Pas Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak membatalkan laranganya untuk menghentikan operasi semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang Ramadan ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak Pas Kedah supaya tidak berbuat demikian dengan alasan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu tidak pernah menguatkuasakan undang-undang Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat hiburan 1997.
Apa alasan Azizan? Apa kata Nik Abdul Aziz Nik Mat dan apa komen Hadi Awang atau Mat Sabu atau Mahfuz Omar atau Nasrudin Hasan atau Salehudin Ayub mengenai ketidaksetujuan DAP itu?
Nik Aziz dari dulu lagi nak laksanakan negara Islam dengan menjadikan semua peraturan dan undang-undang yang ada mengikut hadis dan al-Quran, manakala Hadi Awang pula mengatakan tidak ada istilah negara Islam dalam al-Quran.
Yang mana satu boleh diterima pakai sebab semuanya ilmuwan, bijak dan pandai dalam bab hukum hakam agama. Namun, dalam kebijaksanaan mereka ada juga yang bercanggah pendapat, berbeza tafsiran, sedangkan mereka merujuk kepada satu hadis dan satu al-Quran.
Pas pula selepas bergabung dengan DAP, telah meletakkan parti itu dalam keadaan serba salah. DAP kini bukan lagi musuh Islam, malah telah dijadikan idola dan ikutan oleh para pemimpin tertinggi Pas.
DAP meminta Azizzan mempertimbangkan semula serta memansuhkan keputusan itu dengan alasan kerajaan Kedah ketika diperintah oleh Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008 tidak pernah berbuat demikian.
Lagi-lagi UMNO yang dipersalahkan. Pas Kedah hendak laksanakan, DAP menegah, UMNO terkena tempelaknya. Beginikah cara dan kaedah Pas untuk melepaskan diri daripada dituduh sebagai parti yang tidak konsisten dengan Islam?
Bagi Azizan pula, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan bukan satu perkara baru kerana ia sudah wujud sejak 1997, namun tidak dikuatkuasakan sepenuhnya dan sekarang selepas tiga tahun memerintah baru merancang hendak melaksanakannya.
Menurut Azian, di bawah enakmen itu terdapat pengecualian terutama bagi pertunjukan berkaitan keagamaan seperti ‘Festival Hantu Lapar’ yang akan disambut oleh masyarakat Cina pada bulan Ogos.
Jelasnya, setiap perayaan atau pertunjukan adalah dibenarkan, namun mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan serta mendapat lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Bagaimanapun, bagi pusat snuker dan kafe siber pula, Azizan berkata, kerajaan negeri akan menyemaknya semula kerana ia diletakkan di bawah kategori hiburan.
Lim Kit Siang memberitahu, beliau telah menghubungi Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan di negeri itu.
Dakwa Lim Kit Siang, Lee Guan Aik mendakwa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Kedah.
“Beliau juga menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya.
Nampaknya Pas, baik Pas Kedah mahu Pas Kelantan terpaksa tunduk kepada kemahuan DAP. Demi persahabatan, Pas terpaksa membelakangkan agama Islam.
Betapa mudahnya Pas menjual beli agama Islam.
****************************
Pas pengecut, bacul kepada DAP
Published Friday, July 22, 2011
Bercakap pasal judi, arak dan pusat hiburan, kita selalu dihidangkan dengan kritikan, kutukan, cacian dan makian daripada pemimpin dan penyokong Pas terhadap kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.
Bermacam-macam alasan, dalil dan firman Allah mereka sertakan bagi menguatkan hujah dan bangkangan mereka kepada kerajaan BN berhubung penguatkuasaan benda-benda haram ini.
Paling lantang dan dijadikan isu sampai sekarang ialah kelulusan lesen judi dan pusat hiburan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Genting Highland, kilang membuat arak di Selangor dan pusat-pusat hiburan di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Semua itu diluluskan dalam zaman BN memerintah. Kemudian setelah Pas mengambil alih Kelantan pada tahun 1990, Nik Aziz Nik Mat mengakui tidak boleh menghapuskan atau menarik balik lesen jualan arak, mereka hanya dapat menarik balik lesen judi, tetapi tidak melarang judi haram diwujudkan.
Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat pula mengambilalih Selangor. Namun, tidak ada seorang pun dalam kalangan wakil rakyat Pas seperti Datuk Dr Hasan Ali dan Khalid Samad mengemukakan cadangan kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim supaya menutup kilang arak itu.
Sebelum ini mereka yang lantang mengkritik dan mendesak kerajaan BN hapuskan judi, arak dan pusat hiburan, tapi setelah diberi peluang memerintah, satu pun mereka tidak dapat hapuskan, bahkah semakin jumlah pengeluaran lesen arak dan pusat hiburan semakin bertambah.
Islam jenis apa yang Pas amal dan anuti? Sebelum dapat, lantang menegur, setelah dapat, diam membisu. Malah mereka meneruskan undang-undang sedia ada yang dilaksanakan BN, yang dituduh mereka selama ini sebagai undang-undang sekular.
Apabila diajukan pertanyaan kepada Kelantan dan Selangor kenapa apabila mereka mempunyai kuasa, mereka tidak dapat menunaikan apa yang mereka kecam terhadap kerajaan BN selama ini?
Mereka hanya menjawab, mereka tidak hapuskan lesen judi, arak dan pusat hiburan kerana mereka tidak mahu menyekat kebebasan orang bukan Islam. Mereka menghormati hak orang bukan Islam yang mana agama mereka tidak melarangnya.
Jadi, selama ini apa yang UMNO BN lakukan adalah untuk orang Islam? UMNO dan BN menggalakkan umat Islam berjudi, minum arak dan mengunjungi pusat hiburan? Kalau Pas Kelantan tidak dapat mengawal orang Islam minum arak secara curi-curi, jangan cepat melatah menuding jari kepada orang lain.
Pas sepatutnya memeriksa pakaian yang mereka pakai terlebih dahulu, sebelum ghairah menegur pakaian yang dipakai oleh orang lain. Kalau pakaian sendiri banyak yang koyak rabak, jangan sekali-kali menegur apa yang orang lain pakai. Jahit dan tampal pakaian yang dipakai itu dahulu.
Pastikan diri itu sempurna dan tidak pernah berbuat dosa, barulah boleh tegur orang lain dan orang akan menghormati kita.
Sebagaimana berlaku di Kedah. Jelas menunjukkan Pas Kedah tidak sehaluan dengan Pas Pusat. Minggu lalu, menteri besarnya, Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri itu akan menutup pusat hiburan sepanjang umat Islam menyambut Ramadan Ogos ini.
Sehari kemudian, DAP tanpa menghormati kesucian Islam, dengan lantang dan marah menegur kerajaan Pas Kedah dengan mendesaknya supaya tidak berbuat demikian.
Tiga hari kemudian, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa pusat hiburan di Kedah tidak akan ditutup sepanjang Ramadan ini dengan alasan ketika BN memerintah Kedah, BN pun tidak menutupnya.
Jawapan yang mengelirukan ini jelas menunjukkan Pas Pusat tunduk kepada gertakan atau tekanan DAP. Kalau DAP kata, jangan. Maka janganlah pada Pas. Kalau DAP kata iya, maka iya lah pada Pas.
Betapa takut dan kecut perutnya Pas Pusat dan mana-mana Pas negeri kepada DAP. Ini bermakna DAP adalah panduan dan landasan perjuangan Pas sehingga sanggup mencemarkan bulan suci dan mulia semata-mata untuk memuaskan hati DAP.
**********************************
Anwar dan Mat Sabu terus membohongi rakyat
Published Friday, July 22, 2011
Perhimpunan haram Bersih sudah berlalu. Dengan kata lain sudah selesai. Bandar raya Kuala Lumpur kembali sibuk seperti biasa. Peniaga yang kerugian pada Sabtu dua minggu lalu sudah mendapat untung labanya semula.
Walaupun mengikut laporan atas kertas huru hara sudah selesai, namun dilihat hasil daripada perhimpunan itu, pembangkang memperoleh banyak isu untuk diketengahkan bagi memburuk-burukkan kerajaan BN dan pasukan keselamatan.
Dalam tempoh seminggu sehingga kini selepas perhimpunan haram itu, beberapa isu terbaru cuba dicipta oleh dua manusia malang bernama Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Dua-dua ini sama-sama pernah terlibat dalam jenayah seks.
Seorang dari mereka terlibat dalam seks luar tabii iaitu meliwat, selain suka melanggan pelacur, manakala seorang lagi terlibat dalam seks luar dugaan iaitu berkhalwat dengan isteri sahabatnya sendiri.
Perbuatan ini walaupun keji dan dikutuk Allah, tetapi mendapat restu daripada ketua mereka, Hadi dan Nik Aziz. Dua-dua pemimpin ternama dalam Pas ini menyifatkan apa yang berlaku kepada Anwar dan Mat Sabu itu adalah fitnah yang dicipta oleh UMNO bagi menjatuhkan mereka.
Berbalik kepada hasil perhimpunan haram. Disangkakan selepas selesai perhimpunan haram itu, ia kembali normal dan masing-masing kembali ke Parlimen serta DUN untuk memberi tumpuan kepada rakyat, tetapi tidak rupanya.
Anwar dan Mat Sabu mengambil masa seminggu selepas itu untuk mengumpul isu fitnah yang kemudian dibangkitkan satu persatu sejak awal minggu ini.
Bermula dengan lakonan Anwar ‘patah tengkok’ sehingga terlantar separuh nyawa di katil hospital dan Mat Sabu yang patah kaki dan terduduk di atas kerusi roda, kedua-duanya mula mereka cerita bagaimana tengkoknya patah begitu juga bagaimana kakinya patah.
Anwar mendakwa, tengkoknya patah berikutan ‘tindakan’ anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arahnya menyebabkan kelongsong tin yang mengandungi asap pemedih mata itu terkena pada pipi pembantu peribadinya sehingga ‘hancur lebur dan koyak rabak’ pipi anak muda itu. Kesian.
Anwar bercerita lagi, berikutan ‘tindakan’ anggota polis itu menyebabkan beliau yang berada agak jauh daripada pembantu perbadinya yang baru dan masih bergetah itu terpelanting jatuh dalam longkang.
Beliau terpelanting bukan kerana terkena tin gas pemedih mata, tapi ditolak oleh rakan-rakan sebelahnya yang cuba melarikan diri daripada terkena asap yang boleh memedihkan mata itu. Sekali lagi Anwar berbohong.
Kisah Mat Sabu patah kaki pula. Katanya, dia dilanggar oleh landrover polis yang mengejarnya pada hari perhimpunan haram itu. Ketika itu, Mat Sabu membonceng sebuah motosikal dan penunggangnya cuba mengelak daripada dikejar polis, lalu terjatuh.
Motosikal itu pula terjatuh ketika enjinnya dalam keadaan amat perlahan dan hampir-hampir tidak bergerak selepas menekan brek dan cuba membuat pusingan U untuk melarikan diri daripada polis.
Ketika cubaan membuat pusingan U itulah tiba-tiba motosikal dibonceng Mat Sabu terbalik. Secara logiknya motosikal yang terbalik ketika itu tidak akan memberi sebarang kesan kecederaan ringan pun kepada penunggang dan pembonceng kerana jatuhnya bukan dalam keadaan bergerak laju.
Lainlah kalau motosikal itu dipandu dalam kelajuan 20km/sj, jika terjatuh atau terbalik, sekurang-kurangnya penunggang atau pembonceng hanya mengalami calar kecil yang tidak memudaratkan.
Tetapi kerana hendak menyatakan kepada dunia betapa kejamnya polis dan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin, maka Mat Sabu dan Anwar terpaksa berlakon. Tengkok yang langsung tidak terkehel, apatah lagi tidak patah itu dibalutnya dengan alat penyokong untuk menunjukkan betapa seriusnya kecederaan yang dialami.
Begitu juga dengan Mat Sabu, terjatuh dari motosikal yang tidak bergerak dan tidak memberikan kesan kecederaan akan memalukan beliau kalau dimaklumkan kepada dunia. Justeru, beliau menyewa sebuah kerusi roda dan membalut tebal kaki yang tidak cedera itu untuk mengatakan kononnya kaki itu patah.
Setakat ini lakonan dan sandiwara Anwar dan Mat Sabu hanya dipercayai oleh Hadi Awang dan Nik Aziz serta penyokong pembangkang. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia langsung tidak mempercayainya.
***************************************
Kisah Mamat Sabut dan taulan
Published Tuesday, July 26, 2011
(Episod Pertama)
Tersebutlah al kisah seorang lelaki bernama Mamat Sabut. Tinggal di sebuah perkampungan di utara tanah air. Sejak kecil dia dianugerahkan Tuhan satu akal yang tidak dimiliki orang lain – sedikit terencat.
Di kampung, dia dipanggil Mamat Sabut, walaupun namanya mengikut kad pengenalan ialah Mamat dan Sabut ialah nama bapaknya. Dia berminat dengan program majlis rakyat atau dengan kata lain politik sejak kecil lagi.
Selepas tamat pengajian, dia terus menyertai sebuah parti yang bukan aliran kerajaan. Dia seorang politikus yang memiliki cita-cita besar dalam dirinya untuk menjadi menteri penuh. Setiap penggal dia mengharapkan partinya itu beroleh kemenangan besar dalam pilihan rakyat.
Namun, dia lupa parti aliran bukan kerajaan yang disertainya itu mempunyai barisan kepimpinan dari jenis penakut dan pengecut. Semua barisan pemimpin atasan mempunyai cita-cita yang sama tinggi dengannya, tetapi pada masa sama apabila tiba pilihan rakyat, mereka meletakkan calon yang tidak mencukupi untuk menang majoriti.
Ini yang dikatakan angan-angan Mamat Sabut. Bercita-cita hendak memerintah negara, tetapi dalam gabungan bersama-sama parti tidak sealiran kerajaan, parti yang beliau sertai hanya satu per empat kerusi sahaja. Selebihnya diberikan kepada parti mata lebam dan appolo.
Berbalik kepada kisah Mamat Sabut. Dia dikatakan diambil menyertai parti berlambangkan kosong itu kerana perwatakan dan kebolehannya berlakon, berbohong, memutar belitkan isu sebenar, suka membuat fitnah, memaki hamun pihak lawan dan kaki perempuan, terutama suri rumah tangga.
Kreteria yang dimiliki Mamat bin Sabut ini yang diminati oleh parti lambang kosong. Beliau layak untuk dijadikan lembu cucuk hidung. Kalau diminta berlakon mati pun dia boleh menjiwai watak itu dengan baik sehingga membuatkan para pengikutnya percaya bulat-bulat, sebulat lambang kosong.
Pada pilihan raya awal 1990-an, dia kalah teruk di negeri kelahirannya. Ini menandakan rakyat di kawasan dia keluar dari perut ibunya sudah tidak menerimanya lagi. Bukan rakyat tidak terima anak tempatan, tetapi rakyat meluat dengan sikapnya yang suka berbohong, memaki hamun dan membuat fitnah.
Justeru, pucuk pimpinan tertinggi parti berlambangkan kosong itu meletakkannya di sebuah negeri yang dikatakan mengamalkan ajaran Islam sejati. Di negeri itu, Mamat Sabut menang. Ketika itu rakyat di negeri yang mendakwa mengamalkan ajaran Islam sejati itu tidak kenal secara mendalam siapa Mamat Sabut.
Rakyat negeri pimpinan tok janggut putih berserban besar yang sama besar cakap kosongnya itu minat kepada Mamat Sabut kerana celotehnya yang dianggap melucukan, selain mukanya muka pak tolol. Rakyat negeri itu cukup suka manusia bersifat sedemikian. BERSAMBUNG
************************
Batal hudud kes Mamat Sabut kena tangkap khalwat (Episod Dua)
Published Thursday, July 28, 2011
Akhirnya pada pilihan pertengahan tahun 1990-an dia menang dan menjadilah dia akan wakil rakyat di negeri yang heboh nak laksanakan undang-undang jenayah syariah atau lebih sinonim dengan sebutan hudud.
Ditakdirkan, ketika heboh tok janggut putih berserban besar mencela pemimpin parti kerajaan yang dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri Islam itu hendak melaksanakan hudud, maka Tuhan menurunkan bala kepada Mamat Sabut, yang ditangkap khalwat dengan seorang perempuan bukan muhrimnya.
Perempuan itu adalah isteri kepada kawan baik Mamat Sabut. Anak mukim dalam Parlimen Mamat Sabut sebagai wakil rakyatnya. Diajaknya perempuan bernama amroN itu berjumpa di sebuah hotel di negeri yang sudah bersiap sedia hendak melaksanakan hukum hudud itu.
Malang tidak berbau, perbuatan Mamat Sabut dan amroN diketahui Penguatkuasa Agama Islam yang kemudian bersama tujuh anggota penyelia agama menyerbu bilik hotel itu. Ketika serbuan, Mamat Sabut yang hanya memakai tuala berwarna sama dengan lambang parti kosong itu sedang bersandar di katil.
Manakala isteri kawan baiknya itu tidak memakai tudung. Ketika penyelia menyerbu masuk, perbuatan Mamat Sabut dan amroN itu baru di peringkat mukadimah zina. Baru peringkat buka-bukaan, walaupun tidak sepenuhnya.
Mungkin kalau penyelia agama itu tunggu dalam 15 minit atau 30 minit lagi, sudah pasti tuala yang dipakai Mamat Sabut sudah tiada dan pakaian amroN juga sudah terlucut sepenuhnya. Namun, Tuhan Maha Esa, Tuhan tidak mengizinkan Mamat Sabut yang bergelar suami dan amroN yang bergelar isteri itu berzina.
Mereka berdua hanya dituduh berkhalwat. Memang dalam Islam pun kalau pasangan bukan muhrim duduk berdua-duaan dalam sebuah bilik yang senyap dan sunyi, ia boleh mendatangkan keraguan munasabah untuk berlakunya perbuatan keji lagi terkutuk.
Berikutan berita penangkapan Mamat Sabut dan amroN atas tuduhan khalwat, maka keesokkan hari tok janggut putih berserban besar tanpa usul periksa terus membuat kenyataan membela anak lembu cucuk hidung itu.
Tok janggut putih berserban besar itu kata, “ini semua perancangan jahat pihak dari parti kerajaan yang ada niat nak jatuhkan Mamat Sabut dan parti berlambangkan bulan.” BERSAMBUNG…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan