Isnin, 19 September 2011

KOLEKSI ANALISAS ANALISIS POLITIK - JUN 2011

Perebutan Jawatan, Pas Sama Teruk Dengan PKR
Published Wednesday, June 1, 2011


Siapa kata Pas tidak gilakan jawatan. Kalau tidak ada keinginan itu, kenapa sampai tiga calon berebut timbalan presiden, enam naib presiden dan 53 calon akan berentap jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja pada Muktamar Tahunan Pas ke-57 pada 3 hingga 5 Jun ini.

Sehingga tarikh pencalonan ditutup pada 27 Mei lalu, itulah yang direkodkan. Hanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menang tanpa bertanding dan kekal sebagai presiden bagi penggal 2011/2013.

Nampaknya tidak ada seorang pun dalam kalangan yang menggelarkan diri mereka sebagai Tuan Guru, Tok Guru, Ulamak dan ustaz menawarkan diri menentang Abdul Hadi.

Bukan mereka tidak berani menentang atau mahukan perubahan, tetapi untuk seketika ini berpegang pada perumpamaan, ‘tak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia’.

Dengan perumpamaan itu, masing-masing sepakat mengekalkan Abdul Hadi sebagai presiden, yang mungkin penggal terakhir bagi Ahli Parlimen Marang itu menerajui Pas.

Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa sebelum ini dilihat antara dua individu yang lebih suka kepada penyatuan nasional dengan Umno, tetapi dibantah keras oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang anti Umno akibat dendam lama.

Namun, pengekalan itu tidak lain hanya kerana sikap hormat kepada Abdul Hadi sebagai orang tua dan orang lama dalam Pas. Walhal bagi Pas, Abdul Hadi tidak ada apa-apa peranan pun melainkan sebagai melukut tepi gantang.

Bagaimana pula nasib Nasharuddin selaku orang kanan Abdul Hadi? Adakah beliau akan kekal sebagai Timbalan Presiden atau kecundang di tangan dua pencabarnya? Sama-sama kita saksikan sehingga muktamar berakhir Ahad ini.

Perbahasan muktamar kali ini dijangka hangat apabila beberapa perwakilan sayap parti itu akan membangkitkan isu video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin mirip ketua pembangkang mereka, Anwar Ibrahim.

Mereka dikatakan kurang senang dengan sikap pemimpin parti yang mempertahankan Anwar secara membabi buta. Sepatutnya, Nik Aziz, Hadi Awang atau pemimpin lain melihat dahulu klik video itu sebagai bahan bukti sebelum mengeluarkan anwar.

Nik Aziz contohnya, beriya-iya mempertahankan Anwar, walaupun beliau seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan pasti dengan sumpah laknat bekas kawan baik Anwar, Datuk Eskay.

Tetapi demi membela Anwar, Menteri Besar Kelantan itu lebih rela menyerang secara buta tuli tanpa usul periksa.

Tidak salah bagi Pas melihat klik video berkenaan dengan tujuan yang baik iaitu bagi membela Anwar. Dan mustahil lelaki yang mirip Anwar itu bukan Anwar, walaupun Anwar mengakui lelaki itu mempunyai persamaan wajah dengannya.

Mungkin juga lelaki itu kembar Anwar. Atau kalau bukan kembar, mustahil ada lelaki yang seratus peratus menyerupainya. Amat bertuah bagi Datuk Eskay kerana menjumpai lelaki seiras rakan baiknya itu.

Di sini yang menyebabkan Nik Aziz dan barisan kepimpinan Pas berada dalam keadaan tersepit. Mereka akan dipersoalkan oleh para perwakilan yang mahukan kepastian dengan pendirian parti berhubung isu video seks Anwar.

********************************

Nik Aziz Rayu Perwakilan Beri Undi Kepada Calon Dari Kelantan
Published Thursday, June 2, 2011


Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa menggunakan pentas ceramah yang dihadirinya untuk merayu-rayu para perwakilan parti itu supaya memberi kemenangan kepada satu atau tiga calon dari Pas Kelantan pada muktamar parti itu awal Jun ini.

Beliau berbuat demikian kerana hasratnya untuk menaikkan anak didiknya, Datuk Husam Musa bertanding jawatan Naib Presiden pada muktamar parti itu tahun lalu tidak kesampaian.

Kekalahan Husam itu membuktikan perwakilan tidak sukakan kepimpinan Pas Kelantan bawah pimpinan Nik Aziz, walaupun hakikatnya mereka menang dalam pilihan raya umum dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Namun, tahun ini Husam yang pada awalnya cuba jual mahal dan menafikan spekulasi media yang akan bertanding jawatan naib presiden, akhirnya terpaksa mengakui hasrat itu pada saat akhir tarikh pencalonan ditutup 27 Mei lalu.

Dua lagi calon Pas Kelantan yang menawarkan diri bertanding jawatan nombor tiga parti itu ialah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja.

Memandangkan sehingga kini sokongan untuk Husam, Mohd Amar dan Nik Abduh agak lesu dan tercorot, Nik Aziz terpaksa menyingsing lengan menggunakan kuasa Mursyidul Am yang dipegangnya untuk melobi.

Harapannya, dengan pengaruh yang ada padanya sebagai orang tua yang dilihat sebagai ‘alim’ dalam Pas itu dapat membantu menambahkan undi kepada ketiga-tiga ayam tambatannya itu.

Apabila Nik Aziz turun padang berkempen untuk tiga calonnya itu, ini menunjukkan Pas Kelantan sudah hilang sokongan daripada ahli parti itu sendiri.

Menang kerusi DUN dan Parlimen dalam pilihan raya umum di Kelantan bukan bererti wakil rakyat ini turut diterima oleh ahli-ahli akar umbi dari seluruh negara.

Pas Kelantan boleh meletakkan siapa sahaja calon bertanding kerusi DUN dan Parlimen tanpa perlu bekerja keras untuk menang, tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan calon merebut jawatan dalam barisan kepimpinan Pas Pusat tanpa bekerja keras dan mengadakan program amal makruf nahi mungkar iaitu melalui amalan ‘politik sumbangan’, ‘politik jumpa-jumpa, minum-minum dan sembang-sembang’ untuk dapatkan undi.

Kalau dalam UMNO, program seumpama itu dicapkan oleh Pas sebagai amalan ‘politik wang’.

Justeru, Nik Aziz terpaksa mengerahkan kudratnya yang sudah kering dan hampir lupus itu untuk membantu memenangkan tiga calon pilihannya.

Katanya, kepimpinan Pas Kelantan diperlukan dalam pentadbiran pusat parti itu bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/ 2013 apabila tiada nama lain dicalonkan.

Jawatan Timbalan Presiden Pas menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Nasharudin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, Idris Ahmad, Mohamad Nizar Jamaluddin, Husam dan Mohd Amar.

Nama-nama itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
PRESIDEN

1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu
2. Nasharudin Mat Isa
3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

NAIB PRESIDEN

1. Datuk Husam Musa
2. Idris Haji Ahmad
3. Datuk Mahfuz Omar
4. Datuk Mohd Amar Abdullah
5. Datuk Seri Nizar Jamaluddin
6. Salahuddin Ayub

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman
2. Abdul Ghani Shamsuddin
3. Abdul Wahid Endut
4. Datuk Abu Bakar Chik
5. Ahmad Sabki Yusof
6. Aiman Athirah Al-Jundi
7. Amiruddin Hamzah
8. Apandi Mohamad
9. Asmuni Awi
10. Datuk Seri Azizan Abdul Razak
11. Azman Shapawi
12. Dr Dzulkefly Ahmad
13. Dr Halimah Ali
14. Hamzah Abdullah
15. Dr Hamzah Jaafar
16. Hanipa Maidin
17. Datuk Dr Hassan Ali 18. Hishamuddin Sulaiman, ( dari Pas Sabah)
19. Iskandar Abdul Samad
20. Kamal Ashaari
21. Datuk Kamarudin Jaffar
22. Khalid Abd Samad
23. Khalil Idham Lim
24. Dr Lo’Lo Dato Ghazali
25. Datuk Dr Mahfodz Mohamed
26. Mazlan Aliman
27. Misbahul Munir Masduki
28. Mohamad Nor Mohamad
29. Mohamad Taufek Abdul Ghani
30. Datuk Mohd Amar Abdullah
31. Mohd Anuar Tahir
32. Mohd Firdaus Jaafar
33. Dr Mohd Hatta Md Ramli
34. Mohd Nasir Mustafa
35. Mohd Salleh Man
36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof
37. Dr Mohd Zuhdi Marzuki
38. Muhammad Husin
39. Dr Mujahid Yusof Rawa
40. Mumtaz bt. Mohd Nawi
41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
42. Nik Zawawi Nik Salleh
43. Norazli Musa
44. Normala Sudirman
45. Nuridah Salleh
46. Razman Zakaria
47. Riduan Mohd Nor
48. Rosidi Hussin
49. Sa’ari Sungib
50. Dr Siti Mariah Mahmud
51. Suhaizan Kaiat
52. Wan Hasrina Wan Hassan
53. Zulkefly Muhamad Omar

************************************

Kemenangan Mat Sabu, Perwakilan PAS Tolak Golongan Ulamak
Published Saturday, June 4, 2011


Mohamad bin Sabu atau Mat Sabu adalah seorang daripada tiga calon yang menawarkan diri bertanding merebut kerusi nombor dua parti pada Muktamar Tahunan PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun.

Dalam keputusan itu, Mat Sabu disahkan mendahului senarai pemenang bagi jawatan Timbalan Presiden, mengalahkan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan calon lain, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Setelah satu penggal menunggu, selepas tewas dalam pertandingan jawatan sama tahun lalu, kemenangannya kali ini sangat-sangat mengejutkan semua pihak termasuk barisan penganalisis politik.

Kini, beliau akan berganding bahu dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerajui parti itu yang menjadi sebuah parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun tidak dijangka, kemenangan Mat Sabu adalah sebagai petanda awal kepada pemimpin PAS yang lain agar tidak terlalu ghairah merebut jawatan tertinggi parti.

Mat Sabu, sehingga namanya diumumkan mendapat undi terbanyak, adalah seorang pemimpin yang suka membuat lawak. Dalam ceramahnya, beliau gemar memaki hamun musuhnya dengan perkataan-perkataan lucu.

Kelucuan dan sikapnya suka melawak itu menyebabkan beliau dikenali semua lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Jadi, tidak mustahil namanya lebih glamor, berbanding jika disebut nama Husam Musa, Nasharuddin Mat Isa, Salahuddin Ayub, Nik Abdul Aziz dan Mahfuz Omar.

Calon lain terpaksa bekerja keras dan bertungku lumus melobi termasuk menggunakan politik wang untuk memberi sumbangan, derma dan menaja makan minum ahlinya di peringkat cawangan dengan tujuan mendapatkan undi.

Tetapi Mat Sabu seorang pemimpin atau calon yang dilihat cukup tenang

menghadapi pertandingan, walaupun beliau sedar berhadapan dengan rakan- rakan atau calon yang lebih gah dan ternama. Bagi jawatan Naib Presiden pula, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar masing-masing menduduki kerusi nombor tiga parti.

Dengan kemenangan Abdul Hadi sebagai presiden, Mat Sabu (naib presiden), Husam, Salahuddin, Mahfuz (naib presiden), Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS dan Siti Zailah Mohd Yusof sebagai Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, maka berakhirnya persidangan PAS bagi penggal ini.

Ketiadaan Nasharuddin dalam barisan PAS pusat tidak bermakna matlamat Abdul Hadi meneruskan usahanya menyatukan perpaduan nasional terbantut, sebaliknya inilah masanya beliau lebih bersikap tegas bagi menjayakannya, walau di sekelilingnya barisan baru bagi beliau.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 ini juga menyaksikan golongan ulamak tidak lagi menjadi pilihan perwakilan. Kebanyakan yang menang adalah golongan profesional yang mudah dilentur.

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA PAS PUSAT 2011-2013

Keputusan ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Pengerusi Tetap: Abu Kassim Abdullah (menang tanpa bertanding).
Timbalan Pengerusi Tetap: Hussin Ismail (menang tanpa bertanding).
Presiden: Abdul Hadi Awang (menang tanpa bertanding).
Timbalan Presiden: Mohamad Sabu.
Naib Presiden: Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar.
Ketua Dewan Pemuda: Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Muslimat: Siti Zailah Mohd Yusof

************************************

Hadi Berdolak Dalih Isu Video Seks Anwar
Published Monday, June 6, 2011


Pas terus berdolak-dalik dalam soal rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menganggap video tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, video meskipun memaparkan aksi seks, tidak lebih hanya sebuah besi sedangkan Islam berpegang kepada konsep empat saksi.

“Kita berpegang kepada konsep empat saksi yang adil dalam kes zina dan liwat. Video tidak boleh jadi saksi kerana video ini besi, dia tiada mata dan telinga.

“Kalau kes khalwat dengan wanita dan lelaki, ada saksi dia dan yang boleh selesaikan kes ini adalah syariat Islam,” katanya semasa menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Pas Ke- 57 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut skandal tersebut, Abdul Hadi bagaimanapun menasihatkan kepada semua ahli Pas supaya jangan terlalu beremosi, sebaliknya perlu berdepan dengan ‘fitnah’ itu secara berilmu.

Dalam pada itu, Presiden Pas tersebut sekali lagi terpaksa ‘bersilat’ untuk menyakinkan ahli Pas bahawa barisan kepimpinan baru parti itu bukan kumpulan yang menyokong Anwar.

Langkah itu terpaksa dibuat secara berterusan oleh Abdul Hadi, memandangkan penjelasannya semalam gagal menghentikan tafsiran pelbagai pihak bahawa pengaruh Anwar semakin mencengkam Pas.

“Ada yang mengatakan bahawa kepimpinan baru ini adalah kumpulan erdogan (pro Anwar). Saya katakan ini bukan kumpulan erdogan. Ini kumpulan Nik Abdul Aziz (Datuk) dan Abdul Hadi Awang.

“Saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang dipilih, saudara perwakilan telah melakukan pemilihan yang sangat bijak,” jelasnya.

Sementara itu, dalam usaha yang dilihat cuba untuk meredakan kebimbangan golongan ulama selepas kumpulan pro Anwar menguasai pucuk pimpinan Pas, Abdul Hadi berkata, calon yang tewas akan turut diberi tempat.

Katanya perlembagaan parti membenarkan enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat, empat Anggota Dewan Ulama dan 14 pesuruhjaya dilantik daripada calon yang kalah bagi turut sama berperanan di peringkat pusat.

Sebagai rekod, semua calon ulama tewas dalam perebutan jawatan Timbalan dan Naib Presiden, manakala daripada 18 anggota AJK Pusat hanya lapan sahaja mampu diisi oleh wakil ulama.

***************************************

Matlamat DAP Lihat Islam Berpecah Sudah Tercapai
Published Wednesday, June 8, 2011


Apa yang dibimbangkan oleh umat Islam di negara ini mengenai niat orang kafir mempermainkan kesucian Islam untuk memecahbelahkan ummah sudah sampai ke kemuncak.

Kalau sebelum ini ada pemimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam memberi sokongan kepada bukan Islam mempersendakan ayat suci al-Quran dan mempertikaikan soal hokum hakam agama, kini propaganda kafir makin teruk.

Namun, agak menyedihkan pemimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam itu tidak pernah mempersoalkan apa yang dilakukan oleh bukan Islam menghina agama suci Nabi Muhammad SAW.

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang misalnya, memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa Kariah masjid menggunakan sistem pengundian sama seperti pilihan raya adalah suatu tindakan halus yang makin memuncak untuk meruntuhkan institusi Islam.

Sama ada PAS sedar atau tidak, tahu atau tidak, DAP pimpinan Lim Guan Eng telah berjaya memecah belahkan umat Islam secara halus, sebagaimana Yahudi memasukkan unsur hasutan melalui filem, barangan mainan dan makanan yang diedar ke serata dunia.

Taktik DAP untuk menjahanamkan Islam pun hampir sama dengan yang dilakukan oleh Yahudi.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam, negeri yang diperintah oleh Islam mahupun bukan Islam, cuba memasukkan unsur pemilihan secara pilihan raya dalam kaedah memilih ahli jawatankuasa masjid.

Selama ini ahli jawatankuasa dipilih oleh kerajaan negeri atau pengurusan masjid dengan persetujuan exco atau kerajaan negeri, tetapi keeajaan DAP Pulau Pinang cuba untuk menerapkan nilai-nilai politik dalam institusi masjid.

Ini suatu yang bahaya. Yang harus ditangani segera oleh pihak berkaitan bagi menyekat usaha DAP mendidik umat Islam berpolitik dalam masjid.

Ada yang bertanyakan apa akan berlaku jika DAP benar-benar laksanakan usaha itu?

Jawapannya: Kerajaan negeri DAP akan memilih seramai mungkin calon yang dianggapnya sesuai untuk memegang kerusi AJK. Kemudian calon ini akan turun padang berkempen dalam kelompok kariah minta mereka diberi undi.

Bagaimana cara kempen, itu terpulang kepada calon AJK masing-masing. Dan mungkin mereka akan menggunakan wang untuk membeli undi. Calon-calon akan mengadakan ceramah di setiap kampung untuk melobi diri mereka.

Maka tertampallah poster-poster mengikut lambang pilihan calon masing-masing yang bergayutan di pokok-pokok, tiang-tiang letrik, pagar-pagar, rumah-rumah, pekarangan masjid dan sebagainya dengan seribu satu bentuk wajah calon.

Kariah yang selama ini hidup harmoni dan hanya berpecah kerana parti, kini akan berpecah lagi kerana perebutan calon AJK Masjid pilihan mereka.

Inilah yang DAP mahukan. Mereka mahu melihat umat Islam berpecah belah dan tertawa dengan kebodohan pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi pada masa sama menolak matlamat perjuangan parti untuk membangun bersama Islam dan menjadikan Malaysia negara Islam.

*************************************

Dua pemimpin tidak bermoral pembangkang anjur himpinan haram
Published Thursday, June 16, 2011


Sabtu, 9 Julai ini, pembangkang yang diketuai pemimpin tidak bermoral dalam Pas, Mohamad Sabu akan membuat kacau dan huru hara di sekitar ibu negara Kuala Lumpur menerusi perhimpunan Bersih 2.

Perhimpunan yang turut didalangi Anwar Ibrahim itu diadakan dengan tujuan menuntut kerajaan supaya memastikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil akan datang diadakan secara lebih adil dan saksama.

Dengan kata lain, mereka mahukan pilihan raya kali ini betul-betul bersih dan dapat memerintah 11 negeri, bukan semua atau separuh daripadanya diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Selama ini, pembangkang menganggap pilihan raya yang diadakan itu tidak sebersih seperti dikehendaki, walaupun PR telah menang satu negeri (Selangor), PAS dua negeri (Kelantan dan Kedah) dan DAP satu negeri (Pulau Pinang).

Paling menyakitkan hati dan dianggap terkotor oleh pembangkang ialah Perak. Pada PRU 12, negeri itu dimenangi PR, tetapi 11 bulan kemudian tiga ADUN PR lompat parti menyertai Bebas, menyebabkan majoriti kerusi DUN berpihak kepada BN.

Para pemerhati politik telah membuat tekaan, apa maksud pilihan raya bersih yang dikehendaki oleh pembangkang sehingga menamakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini sebagai BERSIH 2?

Adakah maksud bersih bagi pembangkang sebersih-bersih pemimpin-pemimpin dalam PR seperti Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu?

Adakah Anwar dianggap bersih selepas terlibat dalam kes liwat bekas pemandunya, Azian Abu Bakar 13 tahun lalu. Terlibat dalam kes liwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari dan terkini menidurkan pelacur?

Adakah Mohamad Sabu yang ketika itu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) dianggap bersih selepas ditangkap berkhalwat dengan isteri sahabatnya sendiri di Hotel Perdana bilik 121 pada malam 31 Januari 1995?

Ketika serbuan oleh tujuh Penyelia Agama Jabatan Agama Islam Kelantan (JAIK) ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai tuala berwana hijau (Hak Milik Kerajaan), manakala Puan Norma, isteri kepada Shukri (kawan baik Mat Sabu) tidak bertudung kepala. Tidak menutup aurat di depan pasangan bukan muhrimnya dan berdua-duaan dalam sebuah bilik.

Keadaan pasangan bukan muhrim itu pula dengan Mohamad Sabu menyandar di kepala katil, di tangan Norma pula ada sebotol kecil ubat seperti makjun, yang dikatakan Norma, itu ubat buasir.

Selepas soal siasat, Norma bukan ‘doktor’ peribadi Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Pas itu pula tidak ada penyakit buasir.

Kalau mengikut hudud yang dicanangkan Nik Aziz, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, Mohamad Sabu dan Norma boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan.

Inilah pemimpin bersih dan tidak bermoral dalam Pas yang hendak menganjurkan perhimpunan haram dinamakan BERSIH. Diri sendiri tidak bersih, mahu kerajaan laksanakan pilihan raya secara bersih dan adil.

Kalau kerajaan tidak adil, mustahil pembangkang dapat menguasai empat negeri. Pengambilalihan Perak oleh BN daripada PR tidak boleh dikatakan mainan kotor BN, sebaliknya sikap kecewa tiga ADUN PR (sekarang empat, termasuk Keshvinder Singh – DUN Malim Nawar) terhadap kepimpinan bekas MBnya, Nizar Jamaluddin.

*************************************

Anwar melenting video seksnya gagal dihalang polis
Published Friday, June 17, 2011


Al kisah, maka melenting marahlah Anwar Ibrahim akan polis kerana tidak menghalang penyebaran video seks yang dikatakan lelaki yang sedang bersenggama dengan pelacur China itu mirip beliau.

Maka menuduhlah Anwar kepada polis itu sebagai hamba kepada kerajaan kerana berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa untuk menyekat video seks berkenaan daripada tersebar luas.

Anwar lupa barangkali, sebelum ini beliau menafikan lelaki itu dirinya. Begitu juga isteri dan anaknya yang turut menidakkan lelaki yang sedang berasmara dengan pelacur atas katil sebuah hotel itu akan suami dan bapaknya.

Mengikut adat resam, kalau bukan kita yang terlibat dalam skandal seks itu, kenapa kita melenting marah dan tidak senang duduk?

Dah lelaki itu bukan dirinya, biarlah video seks itu terbesar luas sebagaimana penjualan video-video lucah yang lain. Kenapa pula Anwar tiba-tiba takut dan bimbang?

Sebelum ini ramai yang mendesaknya supaya bersumpah laknat sahaja bagi menafikan lelaki itu adalah beliau, tetapi beliau enggan. Beliau hanya membuat laporan polis kononnya bagi mengelirukan orang ramai.

Kalau lelaki itu bukan dirinya, Anwar tidak perlu rasa takut atau bimbang. Biarlah video seks itu disebar pun, apa nak dimalukan.

Walaupun Anwar, Azizah dan Nurul Izzah pernah kata, lelaki itu mirip dirinya, suaminya dan bapanya, tetapi ia bukan dirinya, suaminya dan bapanya.

Dalam dunia ini ada tujuh lelaki yang hampir menyamai setiap dari kita. Dan kemungkinan lelaki kedua yang sama mirip dengan Anwar itu berada di Malaysia, manakala enam lagi berada di Israel, Australia, England, Amerika, German dan Mexico.

Anwar tidak perlu melatah. Tidak perlu menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sebab kelatahannya itu akan menimbulkan tanda tanya dan keraguan orang ramai terhadap dirinya dan sekali gus mengesahkan lelaki dalam klik video seks itu.

Ketika penulis menonton klik video seks itu beberapa kali. Penulis cuba mengamati perwatakan lelaki berkenaan. Baik ketika lelaki itu keluar dari bilik air sambil mengelap sesuatu di celah kangkang, mahupun ketika lelaki itu sedang memakai pakaian selepas selesai melakukan ‘kerja’.

Pada penulis, lelaki itu bukan lagi mirip Anwar, malah ia seratus peratus seperti Anwar Ibrahim yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kini berstatus sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat dan Ketua Umum PKR.

Bagi yang belum menonton video itu dan masih ragu-ragu dengan cerita yang mengatakan Anwar adalah lelaki itu, cubalah tonton dan amat-amati lelaki berkenaan. Selamat menonton.

****************************************

Perhimpunan Bersih bertentangan dengan Islam
Published Sunday, June 19, 2011


KUALA LUMPUR – Perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini bertentangan dengan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu jelas tidak mengikut landasan ditetapkan agama.

Malah katanya, ia lebih bersifat mengikut hawa nafsu sehingga menyusahkan orang ramai dan menjejaskan rezeki peniaga.

“Kita tahu perhimpuan ini adalah haram dan sudah tentu tidak akan memberi kebaikan kepada semua pihak. Ia akan mengundangkan kacau bilau dan mengganggu kestabilan negara.

“Dalam Islam, jika bergaduh, kita perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis. Begitu juga dalam kerajaan, jika tidak puas hati, rujuk kepada kerajaan dan cari jalan penyelesaian berlandaskan ajaran serta prinsip agama,” katanya.

Beliau diminta mengulas rancangan kumpulan Bersih hendak mengadakan demonstrasi secara haram di sekitar ibu negara 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Dr Mashitah yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Baling berkata, ramai dalam kalangan menyertai demonstrasi haram itu adalah orang Pas.

Menurutnya, Pas mahu kepada negara kebajikan, tetapi adakah demonstrasi haram itu akan membawa kepada kebajikan atau hanya bermatlamat politik sempit untuk mendatangkan kerosakan.

Beliau berkata, ada kemungkinan perhimpunan itu diadakan bagi mencantumkan semula puak yang wujud dalam Pas berikutan pemilihan parti itu baru-baru ini.

“Pemimpin Pas harap puak-puak yang berpecah belah akibat pemilihan dalam muktamar parti itu baru-baru ini dapat bersatu semula melalui demonstrasi ini dan sekali gus dapat mengalihkan tumpuan berbalah sesama sendiri kepada satu isu yang lain.

“Pas jelas bertuhankan politik. Segalanya dihalakan demi politik mereka. Keamanan, prinsip dan kebajikan rakyat sanggup digadaikan demi politik,” katanya.

*******************************************

Mat Sabu mahu tebus dosanya kepada Anwar
Published Monday, June 20, 2011


Kenapa Mat Sabu tidak senang duduk, fikiran bercelaru dan rasa bersalah amat sangat kepada Anwar Ibrahim selepas beliau memenangi jawatan nombor dua parti pada muktamar tahunan Pas awal Julai lalu?

Tidak lain kerana sebelum ini beliau antara pemimpin Pas yang paling lantang menghina, mengutuk, mencaci dan mencela Anwar yang ketika itu terlibat dalam kes meliwat bekas pemandu dan rakan baiknya, Sukma Darmawan.

Malah untuk menyedapkan lagi kutukannya, beliau menggelarkan Anwar sebagai Al- Juburi. Di mana-mana sahaja beliau pergi dan berceramah, mulutnya tidak pernah lekang menyebut Anwar Al-Juburi.

Sebelum muktamar tahunan Pas berlangsung awal minggu lalu pun, Mat Sabu masih berdiam diri dan tidak ada tanda-tanda beliau insaf atau mahu memohon maaf kepada Anwar atas kata-kata hina itu.

Sehinggalah beliau mencalonkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas dan ditakdirkan memenangi jawatan itu, pintu hati Mat Sabu tiba-tiba terbuka untuk menebus dosanya terhadap Anwar.

Cara penebusan atau dengan kata lain, kaedah Mat Sabu hendak membersihkan nama ‘baik’ Anwar daripada gelaran Al-Juburi itu ialah dengan menganjurkan perhimpunan haram melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mat Sabu menaruh harapan tinggi untuk memastikan perhimpunan haram yang akan diadakan di sekitar ibu negara itu berjaya. Kalau tidak sudah tentu Anwar tidak akan memaafkannya sampai ke akhir hayat.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Zahid Md Arip berkata, semua tahu Mat Sabu pernah melabelkan Anwar dengan gelaran ‘Al-Juburi’ sekitar 1990-an dan perhimpunan haram itu dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti homoseksual ketua pembangkang itu.

“Mat Sabu adalah orang pertama memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’ dan pada ketika itu, ketua pembangkang tersebut belum didakwa atas kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar.

“Kenapa secara tiba-tiba dia memanggil Anwar dengan gelaran ‘al-juburi’? Saya yakin Mat Sabu cukup mengetahui sebabnya. Tapi, kini suasana berbeza, mereka jadi rakan akrab dan demi membersih ‘dosa’ itu, beliau menganjurkan perhimpunan Bersih.

“Ini kerana Mat Sabu malu untuk mohon maaf secara terbuka kerana dia orang nombor dua Pas. Jadi, Bersih ini diharap mampu jadi pemangkin untuk menawan semula kepercayaan Anwar,”kata Mohd Zahid.

*****************************************

Kerajaan BN prihatin perkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia
Published Friday, June 24, 2011


Syabas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas inisiatif membantu rakyat berpendapatan kecil dan sederhana dengan memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Buat permulaan, Kedai Rakyat 1Malaysia ini dilancarkan di Kelana Jaya semalam oleh Perdana Menteri dengan Mydin Mohamed Holdings Bhd diberi kepercayaan untuk menguruskannya.

Inilah konsep negara berkebajikan yang dilaksanakan kerajaan BN. Prihatin dengan setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Bukan sahaja harga petrol RON95 diturunkan sebanyak 10 seliter, pelbagai jenis barangan yang dikatakan dinaikkan harga oleh peniaga yang tamak pun telah dikawal oleh kerajaan dengan membukakan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Barangkali tercenggang dan terlopong mulut para pemimpin pembangkang dengan kewujudan kedai itu oleh kerajaan BN. Mungkin mereka masih tidak pernah Perdana Menteri boleh tercetus idea itu dan diterjemahkan semalam di Kelana Jaya.

Selama ini pembangkang lantang menghasut rakyat, menanam rasa benci masyarakat kepada kerajaan BN dengan membohongi kononnya kadar inflasi akan naik mendadak setelah banyak barang keperluan dinaikkan harga.

Kini, segala tohmahan itu tidak menjadi. Pembangkang gagal mengemukakan senarai harga barang keperluan yang dikatakan naik. Jika mereka menyatakan barang yang mahal itu dijual di pasar-pasar raya, kerajaan BN mempunyai alasan untuk meminta rakyat beralih kepada Kedai Rakyat 1Malaysia.

Kita tahu di Mydin ada menjual barang keperluan dengan harga murah, kenapa kita mesti berkunjung ke kedai yang menjual harga mahal? Kita diberi pilihan untuk membuat penilaian. Kita seharusnya menilai secara bijak.

Menurut Perdana Menteri, kedai itu terletak di Stesen LRT Kelana Jaya dan diurus oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd dengan kerjasama kerajaan.

Ia berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas tanpa jenama dan pada harga berpatutan berbanding banyak jenama lain yang terdapat dalam pasaran.

“Melalui Kedai Rakyat 1Malaysia ini, saya difahamkan selain daripada menawarkan barangan keperluan pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pasar raya lain, ia turut menjadi ejen pemangkin untuk pembangunan industri kecil tempatan menerusi penyumberan bekalan daripada perusahaan kecil dan sederhana dalam negara,” kata Perdana Menteri.

****************************************

Apa lagi Samad Said mahu?
Published Tuesday, June 28, 2011


Terkejut, terkesima, sedih dan kecewa. Itulah yang dapat dikatakan sebaik sahaja melihat seorang lelaki tua yang suatu ketika dahulu gempar dengan perbuatannya mogok seni.

Beliau ialah Sasterawan Negara (SN), A Samad Said, yang dilihat mengiringi ketua Bersih, Ambiga ketika hadir di Balai Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur Isnin lalu untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Sesekali tidak disangka, lelaki tua berambut dan berjanggut panjang serba putih kehitaman itu terlibat secara langsung dalam gerakan mendesak kerajaan supaya berlaku adil dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai seorang sasterawan negara, yang pakar pemikir kerana dapat menghasilkan berpuluh-puluh novel hasil daripada kerahan otak, tidak disangka Samad sanggup bersengkokol dengan Ambiga yang dari kaum mendesak supaya novel Interlok, karya SN Dr Abdullah Hussain diharamkan.

Tidak disangka sama sekali, Samad sanggup membelakangkan rakan sejawatan dan sahabat sepenggiat hanya semata-mata kerana hendak menunjukkan sokongan kepada pembangkang yang menuntut keadilan.

Walaupun dunia dikejutkan dengan kehadiran Samad dalam kumpulan yang mendesak supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMBI) dibatalkan, tetapi kehadirannya bersama Ambiga di Balai Polis Dang Wangi, lebih mengejutkan umum.

Selepas itu ramai yang tertanya-tanya apa yang Samad mahu? Meletak jawatan sebagai Ketua Pengarang Berita Minggu, kemudian melancarkan mogok seni, terlibat dalam kumpulan pendesak PPSMBI dan kini bersengkokol dengan Bersih.

Semua kemudahan yang kerajaan berikan, selepas habis dinikmatinya, beliau menunjukkan protes. Apa yang beliau mahu? Di sini menimbulkan tanda tanya. SN lain tidak pernah berperangai kebudak-budakan sepertinya, cepat merajuk.

Samad menjangkakan, apabila beliau sudah bergelar SN, kerajaan akan gerun dengan tingkah lakunya. Tidak. Kerajaan tidak pernah gentar. Malah kerajaan enggan melayan orang tua seperti Samad kerana ada puluhan juta lagi rakyat yang perlu kerajaan berikan perhatian dan bela.

Siapa Samad ketika beliau melancarkan mogok seni tidak lama dahulu? Beliau adalah seorang novelis yang mencipta nama menerusi novel Salina – seorang perempuan murahan yang mencari rezeki dengan menjual tubuh.

Sebagaimana imej Salina, begitulah Samad barangkalinya. Manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dengan nikmat yang dikecapinya hasil daripada pembangunan negara dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Samad sepatutnya bersyukur kerana hidup di bawah kerajaan BN, beliau mendapat pelbagai kemudahan dalam menghasilkan novel, cerpen dan puisi. Buku-bukunya dan hasil karyanya dipasarkan secara meluas dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian termasuk Kementerian Penerangan.

Tiga kementerian terlibat membantu beliau sekeluarga sejak beliau terlibat dalam dunia seni, tetapi masih menganggap apa yang kerajaan buat itu tidak bersih. Masih lagi menunjukkan rasa tidak puas hati dan sikap suka memprotes.

Barangkali Samad mahu kerajaan hanya memberi tumpuan kepadanya seorang. Barangkali beliau cemburu jika rakan-rakannya turut mendapat anugerah SN dan menerima kemudahan sebagaimana yang diterimanya.

Samad yang kini sudah menjangkau usia 76 tahun seharusnya menunjukkan sikap dan teladan yang baik kepada rakan-rakan penggiat seni, rakan-rakan politik dan rakan-rakan biasa.

**********************************

Isu Wardina: masuk kandang kambing, tak akan berbau lembu
Published Wednesday, June 29, 2011


Baru-baru ini, pengacara televisyen, Wardina Safiyyah dilihat bersembang-sembang dengan pemimpin nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, dan sebelah malam pula beliau sekali lagi dilihat berdiri atas pentas pembangkang, sedang berucap.

Ribuan penyokong pembangkang, termasuk yang memakai baju berwana kuning memaparkan lambang BERSIH berdiri di hadapan pentas, tempat Wardina berucap. Entah apa si butir ucapannya, penulis tidak tahu.

Tetapi ramai rakan blogger mengatakan Wardina berkempen menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan haram anjuran Bersih pada 9 Julai ini. Betul atau tidak, penulis tidak ketahui dengan tepat.

Kemudian hari ini, Wardina bangun membuat kenyataan balas berhubung desas desus itu. Katanya, beliau amat kecewa sekali kerana dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuk menyokong perhimpunan Bersih.

Menurutnya, imej beliau telah tercemar apabila ada blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan itu sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya.

“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu, Wardina akan mengadakan sidang media tergempar di Kelab Darul Ehsan, Ampang kira-kira jam 9 pagi ini untuk menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan itu.

“Saya akan terangkan kepada pihak media mengenai dakwaan yang diperkatakan kepada saya,” ujarnya.

Elok sangatlah Wardina jelaskan keadaan sebenar bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. Tetapi yang jelasnya kalau dia masuk kandang kambing, tak akan berbau jebat lembu. Kambing tetap kambing, bukan lembu atau gajah.

Tetapi jika Wardina rasakan dapat menyakinkan orang ramai yang bau itu lembu, bukan kambing, eloklah. Sekurang-kurangnya ia dapat ‘membersihkan’ imej Wardina yang ‘tercalar’ itu.

Tiada ulasan: