Selasa, 27 September 2011

Koleksi Analisa Analisis Ogos 2011

Tok janggut putih berserban besar pegang jawatan sampai ke liang lahad
Published Monday, August 1, 2011 Episod ketiga)


Agak aneh dan lucu kenyataan tok janggut putih berserban besar yang mahu memegang jawatan ketua sehingga ke liang lahad itu membuat tuduhan. Awal-awal dia membuat kenyataan bodoh tanpa usul periksa dan tahu hujung pangkal.

Sebaik tok janggut putih berserban besar itu berkata sedemikian, maka berduyung-duyunglah persoalan datang. Pertama, ramai yang tahu, perempuan bernama amroN itu adalah kenalan rapat Mama Sabut, bukan perempuan yang diupah oleh parti aliran kerajaan.

Kedua, suami amroN dikatakan sudah mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. Bukan sekali amroN serta Mamat Sabut bertemu secara sulit, sudah berpuluh-puluh kali dan entah apa yang berlaku pada setiap kali pertemuan secara diam-diam ubi berisi itu.

Ketiga, sumber jabatan agama memberitahu, suami amroN yang membuat laporan supaya penyelia agama menyerbu bilik sebuah hotel di bandaraya Islam negeri yang mahu melaksanakan hukum hudud itu.

Keempat, ketika serbuan, tidak ada seorang pun pemimpin, wakil atau orang-orang upahan dari paryi aliran kerajaan negeri berada di sekitar atau dengan tepat di lobi hotel itu untuk menyaksikan kerja penangkapan Mamat Sabut dengan amroN itu.

Jadi, di mana yang dikatakan oleh tok janggut putih berserban besar akan penangkapan kedua-dua pasangan bukan muhrim itu dirancang oleh parti aliran kerajaan?

Tok janggut putih berserban besar kena ingat, tidak semua pemimpin atau wakil rakyat atau para penyokong parti berlambangkan bulan itu baik-baik dan maksum. Semuanya makhluk Allah yang setiap daripadanya ditanam seketul darah beku hitam yang menjadi sarang syaitan.

Dengan penangkapan wakil rakyat parti berlambangkan bulan itu, maka berkuat kuasa serta merta juga tok janggut putih berserban besar mengumumkan akan menunda pelaksanaan hukum hudud di negeri tadbirannya.

Tanpa memberi alasan kukuh, akhirnya hukuman hudud yang dicanangkan terpaksa direhatkan seketika. Tidak lagi kedengaran tuduhan sesiapa yang menolak hudud bermakna menolak hukum Allah. Pokok pangkalnya, tidak ada sesiapa pun di kalangan dari parti aliran kerajaan yang menolak hukum Allah.

Malah parti aliran kerajaan kata, kalau tok janggut putih berserban besar nak laksanakan, laksanakan di negeri tadbirannya dulu. Kalau berjaya, barulah boleh diperluaskan di negeri-negeri lain.

--------------------------------------------------

Islam di Pulau Pinang makin terhakis
Published Sunday, August 14, 2011


Umat Islam di Pulau Pinang semakin hari semakin ditindas oleh kerajaan negeri pimpinan DAP. Daripada arahan supaya pemilihan jawatankuasa masjid diadakan mengikut sistem pilihan raya, sehinggalah kepada rungutan bising suara bacaan ayat suci al-Quran di masjid-masjid.

Walaupun hakikatnya umat Islam di Pulau Pinang semakin tidak selesa dan berasakan kebebasan beragama mula dipersoalkan, parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu seperti Pas dan PKR, hanya diam membisu.

Nampak sangat Pas dan PKR tunduk alah kepada rakan gabungannya dalam pakatan pembangkang DAP, tanpa menunjukkan sebarang reaksi di atas perbuatan melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam di Pulau Pinang itu.

Yang menyedihkan, dengan hanya penduduk bukan Islam mengadu kepada kerajaan negeri mereka berhubung bunyi bising suara bacaan al-Quran di masjid, lalu Ketua Menterinya, Lim Guang Eng membangkitkan masalah itu pada mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang terus akur dengan arahan itu.

Beginikah jawatankuasa fatwa negeri dan parti-parti Islam di Pulau Pinang mengambil hati orang bukan Islam dengan menamatkan adat dan budaya yang dilakukan umat Islam sejak turun temurun?

Hanya dengan aduan sahaja, budaya rutin halwa telinga umat Islam yang selama ini diperdengarkan dengan bacaan ayat suci al-Quran, maka hari ini ia hilang dalam sekelip mata. Bangun subuh, penduduk berdekatan masjid tidak lagi mendengarnya, kecuali suara azan masuk waktu.

Amat malang sekali nasib umat Islam di Pulau Pinang dan Malaysia amnya selepas ini, kalau rakyat seronok dengan hasutan dan fitnah pembangkang sehingga memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang pada PRU ke 13 ini.

Percayalah, jika pakatan pembangkang memerintah, bukan sahaja bacaan ayat suci al-Quran dihapuskan, suara azan pun tidak mustahil dilarang menggunakan pembesar suara, manakala setiap penggal, institusi masjid akan berdepan dengan gelombang perpecahan apabila pemilihan jawatankuasanya dilakukan mengikut sistem pilihan raya iaitu mengundi.

Betapa mudahnya DAP memainkan peranan hendak menghapuskan Islam di negara ini. Dan itulah yang dikehendaki oleh Pas serta PKR dalam perjuangan mereka selama ini. Pas tidak boleh berbuat apa-apa kerana terlalu takut kepada PKR dan DAP.

Sekali PKR dan DAP berdehem, Pas akan terus menikus, tunduk takut. Itulah apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Islam sewenang-wenangnya dipermainkan oleh orang bukan Islam.

---------------------------------------------------------

Hubungan sejenis mula menular di Malaysia
Published Monday, August 15, 2011


Sebelum ini kita hanya sering mendengar berita atau laporan mengenai pasangan sejenis di negara barat berkahwin sesama mereka – lelaki kahwin dengan lelaki, perempuan kahwin dengan perempuan.

Kita juga sering kali mengeji, mengecam dan mengutuk perbuatan menjijikkan itu kerana kita tidak dapat menerimanya dengan logik akal.

Ya, perempuan sama perempuan berkahwin dan lelaki sama lelaki bersanding – entah siapa yang jadi suami dan entah siapa pula yang jadi isteri.

Namun, apa yang kita dengar selama ini sudah sampai ke negara kita, Malaysia. Bahkan, yang berkahwin itu bukan calang-calang manusia. Mereka ialah seorang paderi kristian yang dari jenis gay telah mencadangkan untuk berkahwin dengan pasangan sejenisnya.

Menjijikkan. Bagai bangkai babi yang sudah kembung dan bengkak, begitulah umpamanya dengan pastor (paderi) Ou Yang Wen Feng, apabila mahu berkahwin dengan lelaki pilihannya untuk dijadikan suami atau isterinya – tertakluk pada perbincangan mereka selepas berkahwin nanti.

Mengikut kamus, paderi ialah orang Kristian (terutama lelaki) yang dilantik khas untuk mengendalikan perkara-¬perkara yang berkaitan dengan agama Kristian di gereja dan sebagainya.

Kalau kerjanya sebagai paderi, sudah tentu beliau memahami selok belok hukum hakam yang terkandung dalam kitab bible (isi kandungan asalnya sudah diubah oleh pendeta nasrani sejak Nabi Isa mangkat).

Tetapi, hal ini tidak berlaku. Malah paderinya menjadikan dirinya sebagai contoh buruk untuk pengikutnya mengikut cara beliau lakukan untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Itulah yang ditetapkan oleh fahaman kristian, paderi lelaki tidak boleh berkahwin.

Justeru, untuk memuaskan nafsu, mereka berkahwin sesama jenis, sebab kaedah itu tidak terkandung dalam kitab kepercayaan mereka – percaya Nabi Isa itu tuhan, padahal lelaki yang disalib itu bukan Nabi Isa, tetapi seorang lelaki yang menyerupai Nabi Isa.

Betapa ramainya manusia sesat di muka bumi ini. Sudahlah mereka bergelumbang dalam kesesatan, mereka turut berusaha untuk menyesatkan umat Islam, yang telah mengikut ajaran sebenar alam semesta – Islam bawaan Nabi Muhammad SAW.

Dengan tindakan terkutuk Ou Yang Wen Feng itu, rakyat Malaysia mengutuk keras cadangannya hendak berkahwin sesama jenis. Kita tidak mahu budaya karut ini mencemarkan bumi Malaysia.

Kalau hendak berkahwin juga, beliau boleh memohon kerakyatan di mana-mana negara barat yang mengamalkan hubungan sejenis, bukan bumi Malaysia yang bersih suci ini. Rakyat Malaysia harus bangkit menentang perbuatan ini.

Persoalannya kenapa sudah ada yang berani mengamalkan hubungan sejenis di Malaysia? Jawapannya, kerana mereka ada ketua yang turut mengamalkan hubungan luar tabii. Siapa ketua itu? Tepuk dada tanya selera.

Adakah ketua itu beragama kristian? Sudah tentunya tidak. Lelaki itu beragama Islam, tetapi gaya hidupnya menjurus ke arah murtad.

----------------------------------------------

Hukum membaca al-Quran sebelum waktu Subuh dengan pembesar suara adalah salah disisi syarak????
Published Wednesday, August 17, 2011


Dah teruk kena hentam dengan umat Islam seluruh negara, terus tukar statement. Baik punya konar nampaknya Exco Agama ni dalam isu larangan baca Quran sebelum subuh di Penang.

Hari tu dia kata larangan baca Quran diFATWAkan sebab ia menyalahi syarak dan surat arahan melarang bacaan Quran sebelum subuh dikeluarkan untuk semua masjid di dalam negeri.

Sekarang ni bila rakyat bising, dia sudah tukar kata yang tu hanyalah surat pemberitahuan. Kononnya larangan baca Quran tu untuk jaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum yang nak tidur waktu subuh.

Kan dah terbukti bahawa bacaan Quran sebelum subuh terpaksa di”HARAM”kan di Penang sebab nak jaga hati puak-puak DAP.

So sekarang ni orang bukan Islam lagi berkuasa terhadap Islam yang jadi agama rasmi di Malaysia lah. Lepas ni kalau diorang tak boleh tidur pasal AZAN kena perlahankan jugak lahh..?

Memang betul lah Exco Agama Penang ni barua DAP. Kalau dia dan kerajaan DAP tak masuk campur dalam hal ni, kenapa dia asyik buat statement saja? Kenapa bukan pihak JHEIPP yang buat kenyataan akhbar?

Patutlah orang Penang panggil dia Malik ITIK. Mulut dia memang celupar sama macam ITIK. Eloklah dia jadi barua DAP pun. Geng-geng tu memang suka sangat makan ITIK. Tambah-tambah itik gantung.

Pekeliling yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bersabit hukum membaca al-Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara adalah salah disisi syarak, adalah pemberitahuan, bukan arahan mutlak, menurut Exco Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Justeru beliau berkata, terpulang kepada kebijaksanaan pengurusan masjid dan surau seluruh negeri itu, sama ada mahu menerima pemberitahuan tersebut ataupun tidak.
“Ini bukan surat arahan, tetapi surat pemberitahuan untuk masyarakat setempat mengamalkannya dalam kehidupan bermasyarakat.

“Terpulanglah kepada masjid-masjid dan surau untuk melihat keputusan ini dan menerima keputusan jawatankuasa fatwa tersebut,” tegasnya.

Malik menjelaskan hukum itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri sejak April lalu dan hanya disahkan pada bulan Jun 2011.

Tambahnya lagi, mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad dan disertai ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk dihebahkan kepada setiap masjid dan surau dinegeri ini.

“Keputusan itu kemudiannya disampaikan kepada Jabatan Agama Islam untuk dipanjangkan sebagai maklumat kepada masjid-masjid,” katanya.

Keputusan tersebut dicapai setelah mendapati bacaan ayat suci al-Quran sebelum waktu Subuh menggunakan pembesar suara mengganggu masyarakat setempat dan menerbitkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat berbilang bangsa.

Mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan kerajaan negeri dengan keputusan tersebut, Malik menegaskan kerajaan negeri tidak pernah campur tangan dalam isu tersebut berikutan ia adalah di bawah bidang kuasa majlis fatwa.

“Perkara ini langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan tidak pernah dibincangkan pada mana-mana peringkat,” jelasnya.

--------------------------------------------------

22 Ogos – Sama ada ke Sungai Buloh atau sebaliknya
Published Thursday, August 18, 2011


Sebenarnya, rakyat tidak sabar-sabar menunggu tarikh 22 Ogos 2011. Tarikh ini adalah tarikh keramat bagi Saiful Bukhari Azlan yang sudah menunggu lebih tiga tahun untuk membawa Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh ke kandang saksi bagi disoal peguam dan memberi keterangan kepada Mahkamah.

Tarikh 22 Ogos ini bakal bermulanya pelbagai helah, tipu muslihat dan konspirasi Anwar serta para peguamnya untuk melepaskan diri dari pertuduhan meliwat Saiful Bukhari. Banyak yang perlu diperjelaskan kepada mahkamah dan sudah tentu segala yang diperdengarkan di mahkamah itu akan turut disampaikan ke telinga rakyat.

Sama ada rakyat mahu mempercayai segala yang terbongkar di mahkamah kelak, itu terserah pada mereka. Yang penting Anwar sudah terhukum seawal pendakwaan kes liwat I pada tahun 1998 lagi. Tiada siapa, meskipun Anwar sendiri mampu menafikan pengesahan mahkamah ketika itu bahawa pengkhianat bangsa ini sememangnya terlibat melakukan aktiviti meliwat.

Namun, itu bukan klimaksnya. Klimaksnya bakal ditentukan di dalam kes Saiful. Rakyat teruja untuk mendengar alasan Anwar mengenai bagaimana air maninya boleh diperoleh dari dalam dubur Saiful. Apakah air mani itu dibekalkan Wan Azizah kepada Saiful ketika mereka melakukan hubungan suami isteri dan Saiful memasukkan sendiri air mani itu ke dalam duburnya? Itu hujah Anwar? Rasanya, budak sekolah pun tak dapat terima alasan begitu?

Anwar perlu perjelaskan ayat-ayat yang pernah dilontarkan kepada Saiful seperti “Can I F**k you today?” dan sebagainya. Anwar juga perlu memberitahu asal usul kewujudan kata laluan “Mokhtar!”. Siapa “Mokhtar”? Mokhtar Dahari, kah? Anwar peminat Mokhtar Dahari? Apa rahsia dan signifikannya nama “Mokhtar” sehingga dijadikan kata laluan?

Tentunya 22 Ogos ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta akan dipenuhi dengan pemberita-pemberita dari dalam dan luar negara. Media-media pro-Pakatan Haram seperti Malaysian Insider, Malaysiakini, Harakah Daily, Malaysian Today, Free Malaysian Today dan blogger-blogger mereka akan memenuhi perkarangan mahkamah.

Mungkin ketika itu, Utusan, Berita Harian, TV3 dan RTM akan dihimpit ke tepi begitu saja. Maklumlah, kes itu membicarakan “Sivaji”, boss mereka…

Jika di tahun 1998-1999 dahulu, perkarangan mahkamah penuh dengan ribuan penyokong Anwar. Mungkinkah ribuan penyokong itu akan hadir pada perbicaraan kes liwat Anwar kali ini? Dulu Anwar berbalut di leher dan apakah kali ini Anwar turut akan mengenakan “pakaian rasmi”nya itu untuk ke kandang saksi memberi keterangan lagi?

Banyak peristiwa menarik akan terakam pada 22 Ogos ini nanti…

15 Ogos lalu, genaplah 3 tahun Saiful Bukhari bersumpah laknat terhadap Anwar. Walaupun Anwar takut dan enggan menyahut permintaan Saiful untuk bersumpah balas, Saiful teruskan juga sumpah itu dengan sabar. Pelbagai tohmahan dilemparkan padanya sepanjang 3 tahun ini. Namun, berkat kesabaran dan istiqamah yang ditunjukkan Saiful, segalanya semakin dipermudahkan Allah padanya…

Saiful bagaimanapun diingatkan supaya jangan terlalu yakin bahawa Anwar akan disabitkan kesalahan kali ini. Undang-Undang di dunia ini hanyalah ciptaan manusia dan justeru itu sudah tentu banyak pincangnya. Bukankah manusia itu tidak sempurna? Namun, berserahlah kepada Allah. Dialah yang bakal menentukan segalanya. Saiful sudah berusaha menuntut keadilan di dunia, biarlah Pemiliknya yang menentukan…

Namun, sekiranya Anwar berjaya melepaskan diri kali ini, usahlah Saiful lemah semangat atau berkecil hati. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Namun rakyat yakin dan pasti, sekiranya Anwar terlepas di dunia, insyaAllah, binatang itu tidak akan terlepas di akhirat, di depan Allah kelak. Dia yang Maha Adil, sudah tentu memberikan segala keadilan pada hamba-Nya.

-------------------------------------------------

Nik Aziz mengiyakan pemimpin kafir ‘berfatwa’
Published Tuesday, August 23, 2011


Adalah suatu perkara yang tidak mengejutkan bagi umat Islam negara ini berhubung maklum balas Nik Aziz Nik Mat mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masuk ke gereja di Damansara Utama untuk menghalang usaha memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Dan juga tidak mengejutkan kalau Nik Aziz menyokong arahan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang semua masjid di negeri itu tidak menggunakan pembesar suara bagi bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum masuk waktu azan.

Bagi penulis, sebelum Nik Aziz membuat kenyataan balas untuk kedua-dua isu itu, beliau terlebih dahulu akan mengambil kira hati dan perasaan rakan pakatannya, DAP. Dan tentunya, setiap kenyataan balasnya berhubung sesuatu isu berkaitan keagamaan, ia tidak akan mengguris hati Cina kafir itu.

Walaupun Nik Aziz telah melukai hati dan perasaan umat Islam, baginya “apa aku peduli”. Asalkan puak-puak kafir menyokong dan memberi kemenangan kepadanya dan terus memerintah Kelantan pada PRU 13 ini, beliau sanggup menjual dan menggadaikan agama.

Sebab itu dalam isu sekumpulan Pegawai Agama Jais masuk ke gereja di Damansara, Kuala Lumpur kerana ada unsur daripada gereja itu hendak memurtadkan 12 orang beragama Islam, Nik Aziz mengambil masa lama untuk memberi ulasan.

Seluruh umat Islam menjangkakan Nik Aziz yang digelar tok guru oleh rakyat Kelantan akan mengecam tindakan pihak gereja itu, tetapi sebaliknya pula berlaku. Beliau seperti enggan campur tangan. Takut nanti akan hilang kepercayaan Kristian terhadapnya.

Untuk mencari jalan selamat, beliau hanya menjawab ringkas, “saya tidak mahu campur. Biar kerajaan negeri Selangor kendalikan, sebab kes itu berlaku di Selangor.”

Namun selang dua hari, timbul pula isu di Pulau Pinang, yang mana kerajaan negeri itu meminta jawatankuasa masjid di seluruh negeri menghentikan memasang bacaan ayat suci al-Quran dengan alat pembesar suara.

Alasannya, bacaan itu terutama pada waktu Subuh telah mengganggu tidur kaum-kaum kafir di sekeliling.

Apa kata Nik Aziz? Tanpa berfikir panjang beliau terus membuat kenyataan bersetuju dengan larangan itu. Alasannya, Nabi Muhammad SAW pun tak suka bacaan itu mengganggu ketenteraman awam.

Persoalannya, di Kelantan sebelum ini dan sekarang pun, di mana-mana masjid atau surau tetap memasang bacaan ayat suci al-Quran dengan pembesar suara. Kenapa Nik Aziz tidak keluarkan fatwa mengatakan itu tidak boleh dan dilarang dalam Islam selama ini?

Boleh dikatakan, sejak Pas mengambil alih Kelantan pada tahun 1990, sehingga kini tidak ada satu memo atau pekeliling pun dikeluarkan kepada masjid-masjid meminta pengurusan supaya tidak berbuat demikian.

Tetapi, kenapa setelah ustaz Guan Eng mengeluarkan arahan di negerinya baru-baru ini, tiba-tiba Nik Aziz pun turut melatah sama mengiyakan larangan itu? Nampak sangat Nik Aziz membenarkan tindakan orang kafir, pemimpin kafir.

Dan nampak sangat Nik Aziz sebenarnya tidak mempunyai ilmu agama yang banyak sebagaimana sangkaan penyokongnya. Pemimpin Islam apa kalau orang kafir dahulu yang keluarkan ‘fatwa’, baru beliau keluarkan ‘fatwa’?

Sepatutnya, kalau Nik Aziz pemimpin Islam tulen, pemimpin Islam yang memimpin mengikut ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi, beliau tidak perlu menunggu orang kafir bertindak dahulu. Ini tidak berlaku ke atasnya.

-------------------------------------------------

Kenapa Anwar takut sumpah laknat?
Published Tuesday, August 23, 2011


Anwar Ibrahim dan rombongannya hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin. Beliau datang kerana diarah membela diri bagi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari kira-kira tiga tahun lalu.

Berlagak selamba seolah-olah tidak pernah terlibat dalam kes sosial itu, beliau yang diiringi isteri bersama barisan peguamnya masuk ke kandang Orang Kena Tuduh (OKT) untuk membela diri.

Bagaimanapun, beliau membuat hal di mahkamah apabila enggan bersumpah bagi memberi keterangan atas pertuduhan yang dibacakan. Walaupun, apa yang dilakukannya itu temaktub dalam undang-undang mahkamah, namun perbuatan itu membuktikan segala-galanya.

Kenapa Anwar enggan bersumpah? Jika beliau enggan berbuat demikian di luar mahkamah, orang ramai boleh terima, tetapi kalau di mahkamah pun beliau menolak daripada bersumpah, sudah jelas dan nyata… takut kerana salah.

Hanya orang yang melakukan maksiat takut hendak bersumpah. Takut Allah turunkan bala dan melaknatnya dunia akhirat kerana menggunakan nama Allah bagi melepaskan diri daripada perbuatan yang dilakukan.

Jika dilihat dari sudut hukum agama, apa yang berlaku ke atas Anwar sepanjang tempoh beliau menghadapi pertuduhan meliwat sejak pertengahan tahun 1990-an, ia adalah bala daripada Allah.

Allah menurunkan bala ke atas manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa. Tidak semestinya seseorang yang bersalah atau yang dilaknat itu mati akibat kemalangan, maut bunuh diri akibat kemurungan dan jadi gila.

Manusia yang mempunyai hati keras, degil dan bijak menipu pun antara bala yang diturunkan Allah. Cuma kita manusia yang berakal harus bijak menggunakan minda untuk membuat tafsiran mengenainya.

Antara kebijaksanaan Anwar menipu bagi menyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah atau beliau tidak pernah terlibat dalam kes liwat ialah dengan meletakkan kesalahan itu kepada Perdana Menteri. Kononnya ia adalah konspirasi Perdana Menteri.

Jika benar dakwaan Anwar, Malaysia adalah sebuah negara yang aneh. Aneh kerana mempunyai tiga perdana menteri iaitu zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan zaman Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai cita rasa sama untuk menjatuhkan Anwar iaitu melibatkan beliau dalam kes seks luar tabi’i.

Siapa Anwar yang membuatkan ketiga-tiga perdana menteri ini tidak senang duduk dan merancang untuk menamatkan karier ketua pembangkang itu daripada politik negara? Adakah beliau yang dimaksudkan Imam Mahadi? Atau beliaulah Dajjal bermata satu?

Sehinggakan gambaran yang dibuat Anwar seolah-oleh ketiga-tiga perdana menteri ini amat takut dengan kehadirannya?

Itulah alasan yang diberikan oleh orang yang hobinya suka melakukan seks di luar tabi’i dan bergelumbang dalam maksiat, tetapi pada masa sama mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi perdana menteri.

Kita lihat secara logik akal, apa sebab dan alasan Tun Mahathir tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri, sebaliknya menyerahkan jawatan itu kepada Pak Lah.

Kemudian kita lihat apa sebab dan alasan Pak Lah tidak mahu Anwar menggantikannya, sebaliknya menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Najib?

Dan apakah untungnya Datuk Seri Najib hendak memegang jawatan perdana menteri selama-lamanya tanpa memberikan kepada Anwar dengan menjatuhkannya melalui kes seks luar tabi’i? Semuanya tidak ada kena mengena dengan kes itu.

Sebenarnya Anwar yang mencari balanya sendiri. Beliau yang melibatkan dirinya dalam kancah maksiat. Beliau gagal mengawal nafsu seks luar biasanya dengan terpaksa melakukan perbuatan terkutuk itu semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

Sebab itu, sejak awal tahun 1990-an sehingga kini kes yang dihadapinya ialah liwat. Bukan rasuah atau salah laku lain. Malah bukan seorang yang diliwatnya, lebih daripada lima orang. Semua mangsa liwatnya telah membuat pengakuan dan melakukan sumpah laknat, termasuk Mohd Saiful yang tidak cukup bersumpah laknat di masjid, turut melakukannya di Makkah.

Kalau Datuk Seri Najib sanggup sumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam kes pembunuhan wanita Monggolia, kenapa Anwar enggan bersumpah? Tepuk dada tanya selera.

-----------------------------------------------

Anwar boleh berhujah di mahkamah, keputusannya di tangan hakim
Published Thursday, August 25, 2011


Sungguh luar biasa perbicaraan Anwar Ibrahim. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mahkamah negara apabila tertuduh yang dipanggil membela diri enggan bersumpah ketika berada di kandang orang salah.

Bukan itu saja, tertuduh dengan bebasnya berhujah, mengutuk dan memperlekehkan hakim yang menghakimi perbicaraan bagi tuduhan beliau meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari.

Seperti berada di padang ceramah politik mendengar hujah Anwar yang mendakwa pertuduhan yang dikenakan kepadanya adalah konspirasi kedua perdana menteri Malaysia untuk menjatuhkannya dalam karier politik.

Namun, kesabaran hakim dan pihak pendakwa dengan hujah lapuk dan tidak berasas yang dibentangkan Anwar meletakkan ketua pembangkang itu sebagai manusia jijik, yang cuba melepaskan diri daripada perbuatan terkutuknya.

Anwar berasakan mahkamah akan menerima pakai hujah pembelaan diri yang dikemukakannya kelmarin dan beliau menganggap masyarakat akan bersimpati dengan kata-kata belas ehsan darinya itu.

Sebenarnya, rakyat sudah bosan. Selain bosan dengan perbicaraan yang masuk tahun ke tiga, rakyat juga bosan dengan sikapnya bersama barisan peguam bela yang selalu menangguhkan tarikh perbicaraan.

Tindakannya yang enggan bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan Mohd Saiful juga sudah cukup dijadikan bukti oleh rakyat bahawa Anwar memang benar-benar terlibat dalam perbuatan tidak bermoral itu.

Disokong pula dengan rakaman video lelaki menyerupainya melakukan zina dengan pelacur dari negara China cukup untuk rakyat meludah loya dengan perbuatannya.
Anwar oh Anwar. Masa sudah tiba untuk beliau berundur dari arena politik kotor yang dilakukannya. Rakyat sudah bosan meluat dengan gelagat beliau, isterinya, Wan Azizah dan anak perempuannya, Nurul Izzah.

Dalam kes video klik beliau tidur dengan pelacur, makin banyak alasan diberikan Anwar, Wan Azizah, Nurul Izzah dan rakan politiknya, makin terserlah akan bukti nyata yang mengaitkan lelaki mirip Anwar itu dengannya.

Memang benar setiap daripada kita mempunyai tujuh kembar atau manusia yang menyerupai kita di dunia ini, tetapi dalam kes lelaki yang berzina dengan pelacur ini, ia bukan kembar atau manusia yang menyerupainya, tetapi lelaki itu adalah beliau.

Mustahil di Malaysia ini Anwar mempunyai klon yang menyamai rupanya, yang menyamai perangainya sukakan seks luar tabii dan seks normal. Sama-samalah kita fikirkan

-------------------------------------------------------

Apabila Ali Setan muncul tunjuk alim
Published Thursday, August 25, 2011


Setelah sekian lama menghilangkan diri dari dunia seni, Azmil Mustafa atau lebih dikenali dengan panggilan Ali Setan tampil berimejkan pak lebai. Jika lihat perwatakan barunya – berjanggut putih dan berserban – jelas kemunculan Ali Setan ini sama seperti pak sheikh yang mengajar agama di surau atau masjid.

Begitulah kehidupan artis. Setelah tidak lagi laris dipasaran, mulalah mencari cabang lain untuk menyambung rezeki atau mencipta nama.

Bagi Azmil, beliau lebih senang memilih jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai bekalan di akhirat. Baguslah, itu yang dianjurkan Islam. Nabi Muhammad SAW berjuang menegakkan syiar Islam pun untuk membawa umatnya ke jalan yang benar.

Tetapi entah macam mana si Azmil ni, agaknya tersilap lorong ketika menuntut ilmu. Beliau menamatkan tempoh menuntut dengan kaedah yang kurang betul. Mungkin beliau tersilap satu lorong sahaja atau menganggap ilmu yang dituntutnya itu sudah lebih dari mencukupi untuk beliau meletakkan dirinya sebagai tok guru.

Namun kecetekan ilmu yang dituntutnya telah terserlah apabila beliau dijemput menyampaikan ceramah agama di Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang, minggu lalu. Dalam ceramahnya, menurut bilal masjid itu, Ali Setan dikatakan menghina orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga sistem pemerintahan sekarang.

Dengan menyampaikan ceramah berbaur mengutuk bangsa sendiri, agama sendiri, negara dan raja yang dijunjungnya, ia tidak boleh dipanggil ustaz, tok guru atau tuan guru. Begitulah dengan Ali Setan, terlalu jauh untuk beliau mencapai ke tahap penceramah agama.

Beliau lebih sesuai menjadi seorang ayah atau suami untuk memberi didikan kepada anak dan isterinya di rumah. Untuk berdakwah kepada orang ramai terutama di surau atau masjid agak terlalu jauh ilmu pengetahuan mengenai agama yang dimilikinya.

Bagaimanapun, dengan memaki hamun orang Melayu, kerajaan memerintah dan raja-raja Melayu sebenarnya melayakkan Ali Setan untuk diambil sebagai ahli atau penceramah politik oleh parti Pas.

Pas cukup suka kepada orang seperti Ali Setan sebab isi ceramahnya lebih kepada memesongkan akidah umat Islam. Ia telah menepati ciri-ciri yang dicari dan dikehendaki oleh Pas.

Selepas ini beliau boleh bersama dengan rakan seartisnya, Bob Lokman menjadi kambing hitam Pas membantu parti itu berkempen menghadapi PRU 13.

-----------------------------------------------

Gereja boleh hulur bantuan, tapi bukan memurtadkan
Published Sunday, August 28, 2011


Siapa kata orang bukan Islam tak boleh hulur bantuan kepada orang Islam? Umno yang mentadbir negara ini tak pernah halang kalau ada mana-mana pihak dari kalangan kafir nak bantu orang Islam yang miskin.

Bagilah berapa ratus, berapa ribu, berapa juta ringgit. Pemimpin Umno terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, barisan Kabinet dan sesiapa sahaja dalam kalangan pemimpin Umno mengalu-alukan pemberian itu.

Malah, kalau pihak gereja nak pelihara, nak hulur bantuan bulanan sampai golongan sasar itu meninggal dunia pun kita alu-alukan. Silakanlah. Anda memberi, kita menerima. Terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi.

Cuma kita nak persoalkan sikit saja berhubung kenyataan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Kita tengok kenyataannya lebih bersifat peribadi. Bukan dalam konteks sebagai seorang pemimpin Islam yang mahir dalam bidang keagamaan.

Pada kita kenyataan Anwar lebih kepada menjerat bukan Islam untuk memberi sokongan kepada pembangkang dalam PRU 13. Inilah strategi dan taktik yang digunakan Anwar. Beliau sanggup lakukan apa saja termasuk menghina dan menguris hati serta perasaan umat Islam asalkan mendapat sokongan bukan Islam.

Kita mengikuti lebih dekat isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ‘menyerbu’ satu majlis makan malam muhibah yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama beberapa minggu lalu.

Dalam majlis itu ada 12 orang yang beragama Islam hadir. Mereka adalah ibu tunggal, anak-anak mereka dan keluarga miskin. Mereka diraikan dalam majlis itu. Mereka dijamu dengan makanan yang enak-enak. Diberi minuman yang pelbagai perisa. Kemudian mereka dihulurkan sedikit habuan.

Sebelum diberi makan minum dan sedikit habuan, keluarga-keluarga miskin yang naïf dari semua segi termasuk minda ini diberi ceramah motivasi berkaitan kepercayaan agama nasrani. Kenapa mereka diberi pendedahan mengenai agama kristian? Tidakkah perbuatan itu dikatakan seperti mengajak orang Islam meninggalkan agama Islam dan memeluk agama kristian?

Inilah yang berlaku dalam majlis makan malam di gereja itu. Ada usaha untuk mengajak keluarga berkenaan murtad. Bukannya hendak membela nasib mereka dengan memberi bantuan kewangan.

Sama ada Anwar faham atau tidak apa isu yang diperkatakan mengenai tindakan Jais ini, hanya Anwar sahaja yang tahu. Tetapi ramai kalangan pemerhati politik, termasuk kita menyifatkan Anwar sengaja berhelah. Kenyataannya lebih kepada menyelamatkan dirinya daripada dikecam orang bukan Islam.

Kalau Anwar faham isu yang berlaku dan beliau faham hukum hakam Islam, sudah tentu beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan yang memihak kepada kristian. Jawaban bagi isu ini ialah mudah sahaja. Pihak gereja boleh pada bila-bila masa memberi bantuan kewangan kepada keluarga miskin beragama Islam.

Tetapi beliau tidak boleh sekali-kali memperdayakan orang Islam itu supaya menukarkan agama. Mengajak mereka meninggalkan Islam dan memeluk kristian. Ini salah. Dalam Perlembagaan sendiri melarang orang bukan Islam memurtadkan orang Islam.

Siasatan Jais ke atas keluarga berkenaan ada unsur-unsur hendak memurtadkan mereka. Itu yang menakutkan umat Islam walaupun pemimpin pembangkang beragama Islam masih mengambil sikap berdiam diri.

-------------------------------------------------

Alim ulama doa untuk memburukkan sesama sendiri?
Published Sunday, August 28, 2011


Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memang seorang pemimpin Islam. Beliau memimpin Pas berlandaskan sistem Islam. Setiap apa yang beliau lakukan, semuanya mengikut Islam, al-Quran dan Hadis. Termasuklah memaki hamun pihak lawan yang beragama Islam dan berdoa supaya Allah membuncitkan perut orang beragama Islam.

Dalam Pas, Nik Aziz dilantik sebagai Mursyidul Am. Maknanya dialah ketua ulama yang murysid, yang kononnya mahir dalam hukum hakam dan yang kononnya patut dirujuk oleh pemimpin-pemimpin lain kalau tak faham agama dan tak tahu hukum hakam.

Berbesar hatilah Nik Aziz dengan penghormatan yang diberikan kepimpinan parti kepadanya. Dengan itu, ia seperti memberi lesen kepadanya untuk mengeluarkan apa sahaja fatwa tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada Nik Aziz, siapalah mufti-mufti yang ada dalam Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan itu? Lebih baik mereka menjaga pejabat-pejabat agama di negeri masing-masing daripada memikirkan untuk mengeluarkan sesuatu fatwa yang setiap satunya mengambil masa untuk diluluskan.

Dan, kalau fatwa itu memihak kepada parti politik seperti Pas, PKR dan DAP, tak mengapalah, tetapi kalau ia berpihak kepada UMNO, sudah tentu fatwa itu dianggap sebagai berat sebelah.

Oleh itu, bab fatwa ni kena serahkan kepada Nik Aziz. Tak perlu ambil masa. ‘Fatwanya’ akan berfungsi mengikut isu semasa.

Kalau kita kaji sikap para nabi, Nabi Muhammad SAW umpamanya. Baginda seorang yang sentiasa tersenyum, peramah dan mesra terhadap umatnya termasuk orang kafir dan musuh-musuhnya.

Baginda SAW bukan seorang yang pendendam. Baginda seorang yang sentiasa memberi maaf kepada sesiapa sahaja yang menjadi musuhnya, walaupun Baginda ditampar, disepak terajang dan diseksa.

Tetapi Nik Aziz, yang mahu berperangai seperti nabi tidak seperti yang dijangkakan. Beliau seorang yang pendendam, ponggoh, bengkeng, banggang dan pemarah. Beliau sanggup melakukan apa sahaja terhadap musuhnya. Kalau boleh biar musuhnya mati, seksa dan teraniaya.

Bagaimana cara beliau lakukan terhadap musuhnya? Beliau mengeluarkan fatwa mengharamkan apa yang musuh beliau buat. Beliau berdoa kepada Allah minta supaya musuhnya ditimpa bencana dan diterima bala.

Siapa musuhnya? Tidak lain adalah orang yang sebangsa dan seagama dengannya iaitu Melayu dan Islam dari Umno. Atau dari mana-mana parti yang tidak sehaluan dengan partinya. Itulah Nik Aziz.

Kalau rakyat kenal latar belakang Nik Aziz, rakyat tidak akan menganggapnya sebagai alim ulamak, tidak akan memanggilnya tok guru. Nik Aziz seorang yang pendendam. Beliau rela musuhnya diseksa.

Tetapi adakah doanya mustajab dan diterima Allah? Tentunya tidak. Allah tidak akan menerima doa orang yang mendakwa dirinya alim supaya menerima seksa. Itulah perangai menteri besar Kelantan. Apa sahaja diselesai dan diatasinya dengaan doa.

Bukan tidak boleh berdoa. Allah suka manusia berdoa, haiwan berdoaa, dan semua makhluk ciptaan-Nya berdoa. Tetapi berdoakan untuk kesejahteraan diri, bukan untuk mengaibka orang lain atau menjahanamkan kehidupan orang lain.

Contohnya, Nik Aziz mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi kelmarin daan berkata, hanya doa senjata akhir baginya untuk berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Siapa pihak ketiga yang dimaksudkan oleh Nik Aziz? Tidak lain adalah Umno. Apa yang Umo buat sampaikan Nik Aziz kata Umno main kotor? Tidak ada apa pun main kotor yang dilakukan setakat ini.

Habis tu kenapa Nik Aziz mencanangkan ke seluruh negara mengataka Umno jahat, Umno main kotor? Kerana Nik Aziz takut kepada Umno dan syiar Islam yang dibawa Umno.

Tiada ulasan: