Seorang pelajar Malaysia mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur, malam tadi.
Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang.
Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam itu (8hb Nov 2011), Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri berkenaan dan mati di tempat kejadian.
Education Malaysia (EM) (dahulu Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia sedang mendapatkan butiran rasmi mengenai kejadian itu daripada pihak polis Indonesia dan menguruskan pengiriman pulang mayatnya ke Malaysia.
Pereira berasal dari Klang, Selangor.
Atase Pendidikan Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, telah berlepas ke Malang dengan pesawat paling awal hari ini.
Seramai 173 pelajar Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan