Sabtu, 26 November 2011

Rumah Saifuddin Nasution di Machang dan Australia

RUMAH DI MACHANG
RUMAH DI AUSTRALIA
















Ini adalah dua gambar rumah Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution. Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR sebelum ini lantang mengkritik dan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Umno. Hari ini, Allah Maha Adil telah menunjukkan siapa Saifuddin yang sebenar.

Rumah Saifuddin di Australia ini (gambar bawah) dikatakan bernilai RM73.3 juta. Ketika beliau turun bertemu rakyat di kampung-kampung, beliau mendakwa dirinya seorang yang sederhana dan tidak kaya sebagaimana pemimpin UMNO.

Kalau tidak kaya, bagaimana Saifuddin boleh memiliki sebuah rumah agam bernilai RM73.3 juta dan terletak di Australia pulak tu? Kalau miskin, sudah tentu tak akan ada rumah di luar negara.

Rakyat ketika ini terperanjat menerima berita sahih ini yang mendedahkan kekayaan serta kemewahan yang didakwa milik Saifuddin, kerana mana mungkin Ahli Parlimen yang melebelkan dirinya bersih boleh terlibat dengan pengumpulan harta dan kekayaan sebegini banyak.

Kalau benar ini rumahnya maka jelaslah Saifuddin adalah pemimpin munafik dan sesuai sangatlah berada di dalam parti munafik seperti PKR itu.

Rumah mewah milik Saiffudin di Machang juga turut didedahkan. Rumah itu dibina dengan kualiti kayu bermutu tinggi hingga mencecah harga jutaan ringgit dan sebuah lagi rumah mewahnya di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran