PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 rumah penduduk di sekitar presint 8 di Putrajaya terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakannya mengenai kegiatan itu.
Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata, seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya juga telah dicuri.
Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki ini bukan sahaja memberitahu, malah menunjukkan barang-barang yang mereka curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya.
"Terkejut mendengar perbuatan itu, ayah rakan suspek berkenaan segera membuat laporan polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada jam 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," katanya.
Abdul Razak berkata, setelah disoal siasat, kedua-dua budak itu mengakui menjalankan kegiatan mencuri sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata, dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu itu, sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka menggunakan kunci yang ditemui dalam kasut di luar kediaman itu.
Bagaimanapun, ia tidak melibatkan barang-barang lain yang berharga dan kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda.
Abdul Razak berkata, kedua-dua budak itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletakkunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. - BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan