Datuk Ibrahim Ali mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis menyiasat kenyataan yang dikeluarkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid, bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengawal 20 akaun peribadi (Master Akaun) bernilai lebih RM3 bilion.
Presiden Perkasa itu menegaskan, siasatan itu perlu dilakukan bagi memastikan kesasihan kenyataan Murad atau ia hanya sekadar satu fitnah terhadap Ketua Pembangkang tersebut.
"Oleh kerana dakwaan ini begitu serius, Perkasa mendesak SPRM dan polis menyiasat perkara ini demi keluhuran undang-undang negara.
"Perkara ini perlu disiasat bagi memastikan kebenaran kenyataan itu sama ada ianya melibatkan unsur fitnah terhadap Anwar, ataupun kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan, atau wujudnya unsur rasuah," kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Murad sebelum ini dalam temu ramah dengan akhbar Umno, Utusan Malaysia, bertarikh 2 Jun 2012, berkata, Ketua Umum PKR itu mengawal sebanyak 20 akaun individu (Master Akaun) yang diuruskan kroni yang membabitkan aset, saham, dan wang dengan nilai lebih RM3 bilion.
Selain itu, Murad turut mendakwa, beliau telah menguruskan pembayaran sejumlah USD10 juta (RM38 juta) kepada kumpulan pemikir Amerika Syarikat, Asia Pasific Policy Centre (APPC) dan mengakui melalui penglibatannya telah membayar lebih RM120 juta Anwar dan kroninya demi menjayakan matlamat politik Anwar pada 1992 dan 1997.
"Ini pengakuan paling serius berhubung kait dengan Anwar kerana pendedahan Murad ini begitu serius kerana ia melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
"Oleh sebab itu saya terpanggil untuk membuat laporan polis kerana jika saya tidak buat demikian, saya adalah ahli Parlimen yang gagal," kata Ibrahim.
Jelas Ibrahim lagi, "laporan polis dan SPRM dibuat supaya siasatan segera dilakukan. Ia perlu disiasat bagi membuktikan dakwaan itu benar atau fitnah.
"Jika tidak ia mungkin fitnah kepada Anwar."
Ibrahim juga mendesak Murad supaya mendedahkan dengan terperinci individu yang dikatakan kroni dan organisasi, yang dikaitkan dengan Anwar serta sumber kewangan tersebut.
"Kita mahu tahu dari mana sumber kewangan ini. Ini jumlah yang amat besar. Wajar juga pihak LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) turut siasat sama ada penyumbang akaun ini bayar cukai dengan betul," katanya dan menambah, "saya buat ini atas nama kepentingan awam."
Ibrahim juga menegaskan, Murad juga tidak terlepas dari tanggungjawab apabila beliau melakukan perkara itu atas arahan Anwar yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Sebagai penjawat awam kanan, beliau tidak boleh beri alasan takut kepada Anwar kerana ada lagi orang yang lebih tinggi seperti perdana menteri masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kalau beliau kata beliau tidak bersalah kerana menurut arahan, bagaimana dengan penjawat awam lain?" soal Ibrahim.
"Beliau tidak akan terlepas dari hukuman walaupun telah meminta maaf," tegasnya.
Sebelum ini Murad juga pernah melakukan akuan bersumpah berhubung perkara itu pada 13 tahun lalu.
"Kerajaan boleh tubuh Suruhanjaya Diraja atau kerajaan keluarkan kertas putih untuk tentukan kebenaran ini.
"Jika benar, orang yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan tanpa terkecuali. Kami mahu kebenaran. Ia juga baik untuk Anwar, kalau didapati tak benar, ini akan bantu Anwar bersihkan diri," tambahnya lagi.
Sehubungan itu, Ibrahim telah membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi termasuk menyerahkan surat kepada Ketua Pengarah SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed supaya memulakan siasatan berhubung perkara itu semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan