Saya sambut baik langkah Polis Selangor nak jalin kerjasama dengan pengendali pusat beli balah berhubung kegiatan jenayah yang berleluasa terutama di tempat letak kereta kompleks berkenaan.
Sejak saya alami sendiri kejadian itu pada 20 Mei 2012 lalu, saya berasa perit, trauma dan fobia nak pergi ke pusat beli belah, lebih-lebih lagi ketika nak letak kenderaan di tempat meletak kereta.
Walaupun pengendali pusat beli belah berkenaan menyediakan pengawal keselamatan, kebanyakan daripada mereka langsung tidak menjalankan tugas mengawal, sebaliknya lepak di kerusi, bersembunyi di tempat tertentu untuk menghisap rokok atau berbual dengan telefon bimbit.
Sedangkan pencuri yang menyamar sebagai orang biasa - sukar untuk kita cam mereka ini - berkeliaran dan sentiasa memerhati kita letak kereta dan tinggalkan kereta di tempat parkir.
Pencuri juga sentiasa memerhatikan gerak geri pengawal keselamatan. Biasanya, pencuri akan lebih berani dan kerap mencuri di tempat yang pengawal keselamatan menjalankan kerja sambil lewa.
Begitulah yang berlaku pada saya dalam kejadian pecah kereta di tempat letak kereta di Giant Batu Cave, Selangor. Apabila saya menyedari semua barang yang diletak dalam bonet belakang hilang, saya pergi mendapatkan pengawal keselamatan (mereka tidak ada di sekitar tempat meletak kereta. Saya jumpanya sedang merokok di bawah pokok, agak jauh dari tempat letak kereta) untuk bertanyakannya kalau-kalau dia ada ternampak kejadian itu.
Dengan mudah saja dia mengeleng kepala tak faham apa yang saya tanya kerana dia orang Bangla dan Myanmar. Sedih dan menyedihkan. Betapa rapuhnya kawalan keselamatan di pekarangan pusat beli belah.
Oleh itu, kepada pengguna berhati-hatilah ketika meletakkan kenderaan anda di tempat meletak kereta. Jangan harapkan kepada kawalan keselamatan yang disediakan di pusat beli belah itu kerana mereka hanya bekerja untuk makan gaji buta dan menghabiskan masa bekerja lapan atau 10 jam dengan melepak di tempat sunyi-sunyi tanpa menghiraukan langkah-langkah keselamatan yang diletakkan bawah tanggungjawabnya.
Halang Jenayah Tempat Letak Kereta
PETALING JAYA: Polis akan menjalinkan kerjasama rapat dengan pengendali pusat membeli-belah sambil memberi penerangan mengenai langkah keselamatan bagi membendung kes jenayah di premis berkenaan termasuk penculikan di tempat letak kereta.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata beliau telah mengarahkan semua ketua polis daerah supaya mendekati pihak pengurusan keselamatan pusat membeli-belah di kawasan masing-masing.
"Kakitangan keselamatan swasta yang dilantik oleh pusat membeli-belah juga perlu dilatih untuk bertindak secara berkesan dan ini hanya boleh dilakukan melalui latihan yang sesuai," katanya kepada The Star di sini.
Beliau berkata polis akan menganjurkan kempen bagi meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan peribadi kerana menurutnya pengetahuan adalah kunci untuk mengelak daripada menjadi mangsa.
Sementara itu Tun Hisan turut menasihati orang ramai agar melaporkan segera sebarang tindakan atau situasi yang mencurigakan.
"Bagi mereka yang menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan aplikasi My Distress untuk mendapatkan bantuan polis jika mereka berada dalam situasi tersebut.
"Jika sesuatu yang aneh menghampiri anda, cuba untuk menuju ke kawasan yang mempunyai ramai orang serta elakkan konfrontasi.
"Jangan keluar bersendirian dan elak meletakkan kenderaan anda di kawasan yang terpencil," katanya sambil menggesa orang ramai, terutamanya wanita agar lebih berhati-hati.
Tambah beliau pusat membeli-belah harus mempamerkan nombor kecemasan mereka bagi memudahkan orang ramai menghubungi kakitangan keselamatan.
Tun Hisan berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai apa-apa jenayah yang berlaku di pusat membeli-belah boleh menghubungi 03-5514 5222 atau pergi ke balai polis yang berdekatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan