Ahad, 26 Ogos 2012
Anwar Ibahim tidak berjaya "mengIslamkan" UMNO, tetapi berjaya memurtadkan kepimpinan Pas menjadi "UMNO Celup" termasuk Dr. Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden Pas Salahudin Ayub.
Demi untuk menjaga hubungannya dengan PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin Pas telah mengambil rasional UMNO atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam menolak pelaksanaan hukum hudud pada masa ini.
UMNO dari sejak pimpinan Tunku Abdul Rahman hingga kepada Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Najib telah menjalankan politik seimbang demi untuk memelihara keharmonian kaum dan perpaduan parti, sekalipun menghadapi tekanan dari kaumnya sendiri, terutama dari Pas; yang bersifat primitif, fanatik dan pelampau.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata "dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagan itu sendiri."
Beliau menyusul kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menyuarakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Pendapat ini mendapat sokongan beberapa orang lagi pemimpin Pas.
Apakah bezanya penolakan Tun Dr.Mahahtir dari mereka ini, tetapi untuk menutup malu dan cuba untuk mengelirukan pengikut-pengikut "Bahalol," mereka meletakkan kesalahan kepada Tun Dr. Mahathir sebagai penghalang seolah-olah bila berkuasa, maka mereka boleh dengan mudah menghapuskan batasan kuasa bidang kuasa Mahkmah Syariah yang tertakluk bawah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang merupakan Undang undang Perseektuan.
Pengikut pengikut " Bahalol" mereka percaya kepada kemungkinan ini.
Jika diambil kira politik antarabangsa sekarang yang menghadapi tekanan "American Globalisation," maka untuk pelaksanaan hudud di Malaysia akan menjadi semakin sukar dan akan mendatangkan berbagai tekanan politik dan ekonomi.
Sebenarnya kemurtadan Pas dari prinsip asalnya, adalah kejayaan besar penerapan anasir Anwar Ibrahim. Anwar gagal untuk mengislamkan UMNO, tetapi berjaya memurtadkan Pas menjadi UMNO celup, namun pengikut -pengikut bahalol Pas dan juga pemimpin-pemimpin mereka yang dalam kegilaan kuasa tidak sedar, kecuali sesudah mereka benar-benar teperangkap kelak.
Tidak ada orang seperti Dr.Mahathir dalam Pas untuk melihat bahaya ini dan mempunyai kepintaran, kenikatan,keberanian dan kecekapan setanding dengannya untuk menolak Anwar ke pintu neraka, malah setakat ini orang Pas, termasuk para ulamanya memejamkan mata merelakan seorang penzina dan homsekasual menjadi ketua mereka.
Adakah kepimpinan Islam dengan nilai hidup seperti ini boleh kita harapkan untuk melaksanakan hukum hudud? Jika mereka berkuasa bukan sahaja hudud tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat malah sampai ke hari kiamat.
TERKINI:
Dalam usaha untuk memperkecilkan bekas Timbalan Presidennya ,Nasharudin Mat Isa, Pas malam ini (26 Ogos) membuat kenyataan mengatakan pekara kenyataan Nasharudin yang meminta Pas mengakji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat hanya akan dibincangkan dalam ajenda lain lain hal sahaja,itu pun kalau ada masa.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Nik Zawawi Salleh dalam kenyataan kepada Harakah Daily malam ini (26 Ogos) berkata mesyuarat 9 September ini akan lebih menumpukan kepada perbincangan memperkuatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Adalah jelas kenyataan ini terpaksa dibuat untuk tidak mahu menjadikan Nasarudin sangat penting pada pandangan umum setelah kenyataanya mencedera parahkan imej Pas kepada ahli ahlinya di akar umbi dan semakin menjelaskan kepada umum Pas berada dalam ketakutan kepada DAP.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan