KUALA LUMPUR: Subjek kesusasteraan dalam sistem pembelajaran di sekolah tidak harus bertumpu kepada sastera Inggeris semata-mata, sebaliknya wajar meliputi semua bahasa dunia.
Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid berkata, menerusi langkah itu rakyat negara ini akan dapat memahami budaya bangsa lain di dunia ini.
"Sebab dalam masa 50 tahun dari sekarang mungkin budaya Inggeris tidak begitu penting dan diganti budaya lain. It's only temporary and it's already in decline as budaya (Budaya itu hanya sementara dan sudahpun merosot sebagai budaya)," katanya selepas merasmikan pameran lukisan solo artis veteran Sivem Selvaratnam, di Universiti Malaya.
Isnin lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan pembelajaran subjek kesusasteraan Inggeris peringkat sekolah menengah menerusi kajian semula sistem pendidikan nasional.-BERNAMA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan