Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.
KRONOLOGI:
Kakitangan TV9 ditemui tidak sedarkan diri
Petaling Jaya: Polis setakat ini mengklasifikasikan kematian kakitangan TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29, di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, malam kelmarin sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata Nur Syaleza, ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah, dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam.
“Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB) sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya semalam.
Polis sudah merakam percakapan dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran mangsa.
Bapanya, Jaffar Bakri, 60, yang ditemui di bilik mayat HSB berkata, dia dimaklumkan mengenai kematian jam 9.30 malam sebelum bergegas ke hospital berkenaan dari Segamat, Johor.
“Nur Syaleza ada menghubungi saya Jumaat lalu dan kami berbual seperti biasa dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya.
Kali terakhir bertemu anak keduanya itu ketika dia pulang ke kampung bersama suami dan anak lelakinya berusia tiga tahun, sebulan yang lalu namun tidak melihat sesuatu yang mencurigakan.
Sementara itu polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau menghubungi Rakan Cop Polis Selangor, talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.
Apa Kaitan Status BBM Syaleza Dengan Kematiannya?
Pagi ini, negara kita dikejutkan dengan satu berita kematian seorang kakitangan sebuah stesen televisyen, TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29.
Syaleza ditemui meninggal dunia di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya malam kelmarin.
Kematiannya itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sebelum disahkan meninggal dunia, Syaleza ditemui tidak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah dalam salah sebuah biliknya di kediaman mereka sekitar jam tujuh malam.
Suaminya memberitahu, dia terdengar bunyi dentuman kuat dari dalam bilik dan bertindak memecahkan pintu bilik itu setelah beberapa panggilan memanggil Syaleza keluar dari bilik untuk berbuka bersama tidak disahut.
Namun, dia menemui isterinya yang sudah tidak sedarkan diri. Norazman kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan dan isterinya itu telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sejurus selepas itu.
Syaleza telah disahkan meninggal dunia dan setakat ini polis mendapati tidak ada unsur jenayah yang dilaporkan.
Sebelum Syaleza ditemui meninggal dunia, dia telah bertengkar dengan suaminya sebelum masuknya waktu untuk berbuka.
Syaleza dikatakan telah merajuk dan lari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik. Jiran rumahnya memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi antara Syaleza dan Norazman yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat.
Turut ditemui, telefon pintar milik Syaleza, Blackberry yang mempunyai status sedih iaitu‘Sabarlah duhai hati… :’(sebelum dirinya ditemui mati).
Apakah yang sebenarnya terjadi? Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut dari pihak polis berhubung kes ini sama ada terdapatnya unsur jenayah atau tidak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan