PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak permohonan
Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama
Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah
mingguan Katolik, Herald.
Keputusan dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah
Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan
Hakim Datuk Rohana Yusuf.
Julai lalu, Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur
memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap
keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'Allah'
oleh majalah 'Herald'.
Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan
Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan
kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan
sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan
Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan berkenaan
adalah tidak sah, dankalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama
Islam.
Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan
kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa
Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh
digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
PUTRAJAYA: Lebih 1,000 berhimpun di perkarangan Kompleks Istana
Kehakiman di sini untuk mendengar permohonan Gereja Roman Katolik untuk
membatalkan rayuan Majlis Agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran
menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Mereka yang mewakili lebih 100 NGO Islam seperti Perkasa, Jati dan
Pembela tiba seawal pukul 7.30 pagi dengan menaiki bas khas,
bagaimanapun sebaik saja pintu mahkamah dibuka mereka dilarang masuk
kerana ruang yang tidak mencukupi.
Sepanjang menunggu keputuasn rayuan orng ramai berlegar di
perkarangan kompleks mahkamah dan antara mereka berkumpul sambil membaca
al-Quran manakala beberapa wakil NGO menyampaikan ceramah mengenai
sejarah Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Permohonan rayuan didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin.
Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali ketika ditemui berharap
kumpulan tiga hakim yang bersidang hari ini mencapai keputusan yang
bijak dan memihak kepada umat Islam.
"Umat Islam sedang menunggu keputusan yang amat penting ini. Kami
akan menunggu di sini sehingga keputusan diumumkan," katanya kepada
MalaysiaGazette.
Laungan Allahuakbar turut berkumandang selain bacaan Yaasin dari
beberapa kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut. Turut kelihatan
Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin dan bekas Timbalan
Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.
Mahkamah dijanga membuat keputusan pada pukul 2 petang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan