Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang
diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan
kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah
hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya
secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang
menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk
teguran rakyat lain didengar?
Anda seorang menteri, bukannya
tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara
ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan
tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila
saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat
Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat,
dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.
Dalam aturan dunia
yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai
hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada
hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela
dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung
untuk membela perkara yang salah.
Saya bukan ahli politik. Saya
hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya
bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai
tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk
mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.
Akan tiba
suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan
masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan
membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa
depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk
rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan
kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.
Saya
tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya
sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan
tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh
terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya
anda.
Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang
selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya
sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini
berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar
imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya
rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.
Jangan gunakan saya
untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara
ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan
tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.
-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
------
MESSAGE FOR MALAYSIANS
Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who
has been entrusted with the responsibility to not blame the people for
losing trust and confidence in them, but think of why the people no
longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle
reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If
I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?
You are a minister, not a God from the heavens who lord above
everybody. Do not think the people of this country exist to provide you
with position and wealth, but the position exists for you to serve the
people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf
of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the
country that they have a responsibility to serve the people, and for
this, I am attacked.
In the new world order, I envision a future
that every person has a right to voice their opinions. However, that is
not the case in Malaysia today, where ministers think they are
untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is
right, rather than be loved for defending what is wrong.
I am not
a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people
of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the
strings. Johor only has place for those who want to serve the people,
not for those who want to garner votes for their own interests.
There will come a time, when the Johorean people must decide what is
best for us and our future generations. Decide and unite we will, as
Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we
fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the
government, but to ensure the well-being of my people.
I never
told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their
roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows
your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a
comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to
the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So
for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number
one, the people are smarter than that, and they can think for
themselves.
Do not use me to divert the attention from national
issues. This country needs politicians who are clean and transparent,
who carry out their duties with sincerity and integrity.
-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.