Sabtu, 10 Oktober 2015

Kronologi kehilangan 7 murid Orang Asli


KES kehilangan tujuh orang murid Orang Asli sejak 47 hari lalu ternyata memberi impak dan kesan kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Setakat ini, laporan media tempatan telah melaporkan lima orang murid daripada tujuh yang hilang telah ditemui.

Bagaimanapun, hanya dua daripada anak Orang Asli tersebut dijumpai selamat, manakala empat lagi telah meninggal dunia.

Ikuti kronologi kes kehilangan tujuh murid Orang Asli berkenaan sejak 47 hari lalu di bawah ini:
23 Ogos 2015 

– Tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah guru selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

– Mereka adalah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

– Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 2.25 pagi.

NSTP
Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.
25 Ogos 2015

– Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

1 September 2015

– Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

– Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

17 September 2015

– Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.

– Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan JAKOA termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

28 September 2015

– Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

7 Oktober 2015

– Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

– Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

8 Oktober 2015

– Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

– Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

Sasa Sobrie ditemui mati
 Sasa Sobrie

9 Oktober 2015
– Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

– Dua orang kanak-kanak yang terselamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. - Foto BHarian Online
Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. – Foto BH Online

– Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

– Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

– Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun. 

10 September
- Rangka dipercayai milik Juvina David ditemui kira-kira 10 meter dari tempat Mirsudiar Aluj dan Norieen Yaakob ditemukan. Sehingga hari ini empat mayat (termasuk rangka@tengkorak) ditemukan dan dua masih hidup.

Tiada ulasan:

Transkrip penuh temuramah KP SPRM Mohd Shukri:

"I want to see yo u cerita pengalaman i dalam siasatan kes  personal  1MDB.  Before i proceed I am gonna because, just now i got meet...