Sabtu, 10 Oktober 2015

Mangsa rayu nak makan ayam goreng


BERITA dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang ditemui masih hidup selepas 47 hari kehilangannya telah memberi sedikit sinar gembira buat seluruh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan muncul perasaan sayu, hiba dan pilu apabila melihat keadaan susuk tubuh dua kanak-kanak perempuan ini dalam keadaan yang amat lemah dan cukup kurus kering.

Langsung tidak tercapai dek akal, memikirkan nasib dua kanak-kanak ini, Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11; ketika mengharungi hutan tebal lebih sebulan lamanya tanpa sebarang sumber makanan.

Pendedahan bahawa kanak-kanak ini yang mendakwa hanya makan rumput dan minum air sungai untuk meneruskan hidup benar-benar meruntunkan jiwa bagi sesiapa sahaja mendengarnya.



Seorang wartawan Star TV, Desiree Gasper yang secara kebetulan berada di lokasi penemuan itu turut berkongsi cerita sedih pengalamannya tatkala menjumpai kanak-kanak tersebut.

Menurut Desiree, ketika dalam perjalanan balik ke Pos Tohoi, salah seorang kanak-kanak tersebut iaitu Miksudiar Aluj, 11; sempat meminta kepadanya makanan kerana berasa terlalu lapar.

“Saya lapar… saya lapar… saya nak makan ayam goreng,” bisik Miksudiar dalam nada lemah.
Rayuan teresak-esak kanak-kanak perempuan itu sekali gus membuatkan Desiree gagal mengawal emosi dirinya.

Tambahan pula, ketika itu memang tiada makanan yang dapat diberikan dan Miksudiar pula tidak boleh makan kerana saluran tiub drip air sedang dimasukkan ke dalam badannya.

Jelas Desire, setibanya di kawasan sekolah, kanak-kanak ‘bertuah’ tersebut kemudiannya segera dipindahkan ke dalam sebuah ambulans untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lebih lanjut.

Bagaimanapun, Desire berjanji akan kembali ke Pos Tohoi menunaikan janji terhadap Miksudiar yang menginginkan ayam goreng, nasi goreng dengan telur dan buah oren.


Tiada ulasan:

Pembangkang kitar semula manifesto lama

HAMPIR semua parti memerintah di seluruh negara sudah melancarkan manifesto pilihan raya umum masing-masing. Pelbagai janji dan tawaran d...