Ahad, 25 Januari 2009

Dah kata Obama ni juga syaitan besar

Berita Hari ini:
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Raja Arab Saudi, Raja Abdullah membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Betul sebagaimana saya kata. Mana-mana manusia yang menjadi presiden amerika, baik yang berkulit putih ke, hijau ke, kuning ke, hitam ke, semuanya sama. Kenyataan pertama Obama mengenai serangan Israel ke atas rakyat Palestin sudah menampakkan hala tuju dan visinya tidak ke mana.

Sepatutnya, Obama mendesak atau memberi amaran kepada Israel supaya tidak menyerang atau membunuh umat Islam di Palestin, sebaliknya meminta Raja Arab Saudi supaya membantu menghentikan penyeludupan senjata ke Gaza.

Ini seolah-olah beliau tidak mahupun rakyat Palestin mempunyai senjata atau mempertahankan diri daripada serangan tentera kejam Zionis laknatullah. Visi beliau ialah, apabila tentera Israel menceroboh tanah Gaza, tentera itu boleh membunuh rakyat palestin tanpa sebarang tentangan atau berbalas tembak.

Beliau mahu, hanya tentera Israel sahaja yang ada senjata moden dan masuk ke Gaza tanpa perlu rasa takut diserang oleh pejuang Hamas. Itu visi dan matlamat beliau. Sebab itu beliau mula menekan Raja Arab Saudi.

Pendek kata, mana-mana pihak yang menyokong Obama, mereka termasuk dalam golongan pendek akal. Buta sejarah dan bersubahat dengan golongan syaitan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yahudi adalah Amerika dan Amerika adalah Yahudi...semuanya sama sahaja..namun semuanya sudah termaktub bahawa hanya ada satu kaum sahaja yang mampu mengalahkan Bani Israel iaitu bangsa Arab. Tetapi kini, dengan perpecahan yang berlaku di dalam bangsa Arab itu sendiri, mana mungkin kemenangan mampu icapai oleh umat Islam. Kesimpulannya, bersatulah untuk menentang kebatilan. ALLAHUAKBARR..!!

manzaidi berkata...

Fuhh hebat betullah saudara Fairus ni. tentu masa kat U dulu saudara ni pemidato agung. Gaya pun sebiji macam Tun Dr Mahathir. Pakai tai, kemeja lengan panjang. Ni tentu umat Islam tulen ni sebab sependapat dgn saya yang bencikan Amerika Yahudi. Yahudi Amerika. Apapun selamat berjuang. Takbirrrr