Assalamualaikum kepada semua pembaca beragama Islam. Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua dan Gong Xi Fa Cai kepada masyarakat Cina yang akan menyambutnya dengan penuh meriah dan bermakna esok.
Setelah hampir dua bulan tidak bertemu pembaca, hari ini saya diberi kepercayaan untuk mendahului ruangan yang mendapat tempat dan sambutan dalam kalangan puluhan ribu pembaca akhbar 'Suara cakna komuniti anda ini'.
Kita kini dah sampai ke penghujung Muharam 1430 Hijrah. Musim memasak bubur Asyura yang 'gege riuh' diadakan di setiap bandar, kampung dan taman perumahan selama hampir sebulan ini pun akan berakhir esok.
Bagaimanapun, memasak bubur Asyura tidak semestinya pada bulan Muharam, bulan lain pun boleh, cuma tidak berapa afdal berbanding Maal Hijrah, bulan yang menyaksikan ribuan rakyat Palestin mati dibunuh tentera rejim Zionis laknatullah.
Selain pembunuhan umat Islam di Semenanjung Gaza, sepanjang dua bulan lalu juga banyak isu, cerita dan peristiwa yang berlaku dalam negeri dan negara ini.
Ia tidak dapat dipaparkan atau diulas oleh rakan-rakan Editor termasuk saya kerana ruangan ini berehat seketika untuk memberi laluan kepada iklan, peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa di Kuala Lumpur dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu di Terengganu.
Tambahan pula, kebanyakan Editor yang terlibat dengan ruangan ini mempunyai komitmen kerja masing-masing, termasuk saya sendiri perlu mengendalikan bengkel Gaya Penulisan Sinar Harian bermula awal Disember lalu dan dijangka berakhir penghujung Mac ini.
Sepanjang 'berehat', banyak perkara yang nak saya utarakan untuk paparan umum seperti pilihan raya kecil Kuala Terengganu, kekejaman tentera rejim Zionis, iklan televisyen yang memaparkan budak mencuri dan sebagainya, tetapi terpaksa pendam begitu sahaja kerana masa dan ruangan tidak mengizinkan.
Apapun, hari ini saya kembali semula. Tentunya dengan pandangan, idea dan pendapat seperti sebelumnya, yang mungkin memanaskan punggung dan cuping telinga mereka yang makan lada.
Seperti biasa, saya lebih suka melontarkan kritikan atau pandangan berkaitan politik dan isu semasa. Bagi saya, topik ini antara yang diminati pelbagai lapisan masyarakat kerana mempunyai kaitan antara satu sama lain. Tunggulah siaran akan datang. Hari ini hanya sekadar mukadimah untuk memanaskan enjin.
Bagi yang tidak suka tulisan saya, sabar sahajalah. Saya tidak bermaksud hendak hentam kromo pihak yang makan lada tidak tentu fasal, sebaliknya untuk pengajaran dan kesedaran bagi membolehkan mereka memperbetulkan diri atau akidah diri.
Bagi yang meminati tulisan ini (Sekilas Pandang), saya ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan diberikan. Semoga Allah kuatkan semangat dan daya pemikiran saya serta rakan-rakan Editor untuk meneruskan kesinambungan ruangan yang boleh dikatakan agak 'sejuk panas' ini.
Saya kata 'sejuk panas', kerana hampir setiap hari pejabat Sinar Harian Shah Alam menerima banyak panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pembaca. Ada yang setuju dan tidak sedikit tidak setuju dengan ulasan dipaparkan.
Pokoknya, coretan Sekilas Pandang akan menemui anda mulai hari ini. Selamat membaca.
(Siaran 26hb Jan 2009 - Ahad)
Ahad, 25 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
4 ulasan:
Salam..saya sentiasa menunggu pandangan dan komentar saudara Manzaidi dalam ruangan 'Sekilas Pandang' di akhbar Sinar Harian. Penulisan saudara saya jadikan rujukan kerana begitu banyak informasi yang saya peroleh daripadanya. Semoga saudara akan meneruskan perjuangan dalam memartabatkan dunia penulisan Melayu. SYABAS..!!
Terima kasih saudara fairus. kembang kempis lubang hidung saya. Aaa boleh tau sdr fairus ni kerja kat maner? Yalah, tak adillah kalau saya tak tau asal usul atau susur galur saudara.
Saya juga seangkatan dengan anda. Pengamal media...Keterangan lanjut boleh didapati di blog saya.
Ooo saudara pengamal media. Bagus. Saya bangga dengan saudara. Tapi ingat, pengamal media tidak semestinya dia hanya mengamal. Pengamal media perlu terjemahkan apa yang difikirkan baik untuk kepentingan rakyat. Pengamal media adalah wakil rakyat yang menyampai atau mendedahkan masalah rakyat kepada ADUN dan Ahli Parlimen yang kebanyakannya leka dengan amanah dan tanggungjawabnya. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan ini kepada saudara. Selamat Maju Jaya dalam lapangan yang diceburi. Bravo saudara fairus.
Catat Ulasan