Jumaat, 2 Januari 2009
Tragedi 1 dan 2 Jan 2009 - Berita kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa di Gua Musang di bawah berita ini...
KUALA LIPIS (PAHANG) - Seramai 600 penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) dari Kuala Lumpur - Kelantan terkandas di Kilometer 208.75, dekat Kampung Lentang, apabila tergelincir selepas merempuh tanah runtuh di laluan itu.
Dalam kejadian antara jam 5 pagi hingga 5.30 pagi itu menyebabkan empat gerabak hadapan kereta api berkenaan tergelincir daripada landasan.
Keadaan gelap dan kadar penglihatan terhad menyebabkan kedua-dua pemandu tidak nampak ada tanah runtuh menghalang laluan landasan itu.
Akibatnya kereta api itu gagal diberhentikan kerana bimbang akan membahayakan penumpang lain lalu merempuh tanah itu.
Selepas rempuhan itu, empat gerabak paling hadapan tergelincir dan terjatuh ke kanan landasan.
Kejadian dijangka lebih buruk jika tiada bukit di kanan landasan kerana berhampiran bukit itu ialah Sungai Jelai.
Dua pemandu kereta api, Japri Jaapar, 35, dari Kuala Krai dan Mohd Nasir Abd Rahman, 42, dari Gemas, Negeri Sembilan mengalami kecederaan di kepala.
Semua penumpang dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Buat sementara waktu, laluan Gemas-Kelantan tidak dapat digunakan seperti biasa berikutan kerja pengalihan gerabak dilakukan.
KTM Berhad menjangkakan kerja pengalihan tanah, pembersihan dan pengalihan tren yang tergelincir akan selesai pada jam 2 petang ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
2 ulasan:
salam
salam takziah buat mereka yang ditimpa malapetaka..
salam kembali
Selamat datang dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada 'akuduniaku'.
Kita yang masih ada sisa hidup ni harus menjadikannya sebagai ikhtibar. Walaupun ajal, maut dan jodoh itu di tangan Tuhan, tetapi Tuhan juga menggalakkan umat-Nya berikhtiar.
Catat Ulasan