KETIKA pulang ke Kelantan minggu lalu, saya tak sabar-sabar hendak meninjau 'perkembangan' projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Kedua yang menghubungkan daerah Tumpat ke Kota Bharu.
Setelah hampir dua tahun menunggu penuh sabar untuk melihat jambatan baru tersergam gagah, saya rasa terpanggil untuk meninjau perkembangannya. Ini kerana, mengikut janji kontraktornya kepada Pak Lah pada hari perasmian pecah tanah tidak lama dulu, jambatan berharga lebih RM150 juta itu akan siap sepenuhnya Ogos tahun ini.
Ogos? Emmmm... tinggal lima bulan sahaja lagi nak cecah Ogos, tapi selama dua jam saya berada di tapak itu, bayang sebatang tiang pun tak ada, apatah lagi kesan cerucuk. Yang ada hanya najis lembu dan lumpur busuk.
Saya takut melihat struktur jambatan lama yang semakin hari semakin uzur. Kenderaan pula dari semasa ke semasa semakin bertambah sehingga laluan jambatan dua lorong berusia lebih 45 tahun itu sesak sesesak sesaknya.
Nampaknya, saya tidak berbohong ketika menulis sebuah artikel tahun lalu. Dalam artikel itu saya ulas panjang lebar dengan membuat kesimpulannya projek itu gagal dan rakyat Kelantan akan berasa kecewa.
Kebenaran itu semakin menjadi kenyataan. Saya ada tempoh lima bulan lagi untuk saya bebas daripada belenggu hukuman dikutuk, dicaci dan dimaki oleh beberapa pemimpin UMNO Kelantan termasuk orang-orang kuat kontraktor itu.
Mereka mencabar saya, jika jambatan itu siap pada Ogos ini, artikel saya itu akan dijadikan bukti kukuh untuk mereka kemukakan saman malu.
Saya hanya mampu menjawab ringkas, "Silakan (saman saya)..."
Kini setelah setahun lebih berlalu, tidak keterlaluan saya katakan, 'Rakyat Kelantan ditipu hidup-hidup' oleh janji manis UMNO. Impian rakyat untuk melihat sebuah jambatan yang digambarkan oleh Pak Lah (ketika merasmikan pecah tanah tapak) sebagai gah dan termoden itu, hanya bagai angan-angan Mat Jenin.
Apa dah terjadi dengan pemimpin UMNO Kelantan? Sampai bila mereka mahu menipu rakyat dengan janji-janji manis, tetapi sebenarnya pahit bagai hempedu?
Beginikah cara UMNO hendak memenangi hati rakyat Kelantan? Dengan cara menipu?. Patutlah selama 19 tahun UMNO berjuang untuk merampas semula Kelantan daripada Pas sejak tahun 1990 tidak berjaya.
Rupanya rakyat seperti saya juga, sudah tahu mereka adalah kaki putar belit, bohong dan penipu. Kesian rakyat Kelantan... kena tipu lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
4 ulasan:
salam...mmg betul kata abg abg man tentang perkara ni..saya kenal rapat dgn kontraktornya itu..Datuk .... xpayahla nk disebut kn namanya..nti sy pulak yg kena saman.. masa br dpt projek..janji mcm2..tp sebatang tiang pn xde..apa sudah jd? duit pendahuluan dah dpt..ntahla apa nk jd dgn 'org ini'..apa yg sy nampak..jambatan xnaik pn..tapi rumah beliau yg makin naik..dh mcm istana sy tgk..insafla..sedarla diri.jgn la lg menipu rakyat...rakyat harus berfikir secara matang dalam memilih ketua yg boleh membela demi msa dpn..
Pmimpin UMNO ni bukan tipu rakyat Kelantan jer, satu Mesia ni dia tipu. Kikis duit rakyat lagi ada larrrr...
Tapi gua respek ngn MB Kelantan dan rakyat Kelantan, kaya dengan budi bahasa dan beragama. Memartabatkan negeri berkat usaha sendiri... tahniah!
Salam Abg Man,
Pernah ada satu cerita, seorang kontraktor Malaysia kaya orangnya datang ke US bertemu rakan kongsi. Kawannya tu boleh dikatakan kaya, lantas dia tanya kenapa kawannya kaya. Jadi kawannya membawanya ke bandar dan menunujukkan pencakar langit yang pernah dibina nya. Kemudian kawannya datang ke Malaysia, menziarah kontraktor itu. Lantas dia bertanya balik pada kawannya. kenapa si kontraktor tu kaya? Lantas dia pun membawa ke kawasan lalang (kawasan terbengkalai) .. dan menunujkkan tu la projek saya....
Terima kasih kpd tetamu dihormati. Apa yang berlaku dalam UMNO sekarang adalah realiti. UMNO tidak akan lagi dapat memenangi hati rakyat selagi UMNO mempunyai pemimpin yang suka menipu untuk naik dan popular dalam politik. Saya tidak takut untuk memerangi pemimpin seperti ini. Bagi saya mereka ini sama seperti Yahudi.
Catat Ulasan