Isnin, 30 Mac 2009

Lantak kau la manzaidi...

Anonymous said...
lantak kau la manzaidi...
Baik ko g duduk selatan thailand.
ko nak harapkan pas dan pkr ke utk bela melayu.
makan taik DAP la jawabnya...
walaupun UMNO penuh masalah tapi parti lain lg bermasalah.X nampak sbb mrk tak berada d puncak.bila berada d puncak semua jd perhatian.
UMNO & BN tetap relevan untuk Melayu dan bangsa Malaysia
March 29, 2009 11:48 PM


Itu adalah komen seorang pengunjung laman blog MZ. Dia marah-marah dengan ulasan MZ bertajuk UMNO baru, jangan sokong membawa rebah.

Fanatik benar saudara/saudari tidak bernama ini terhadap UMNO. Baguslah. Jangan ada apa-apa dengan UMNO dahlah. Jangan nanti perut buncit memboyot hasil daripada duit haram. Hahahaha...

Untuk pengetahuan pengunjung tak bernama, Saya bukan anti UMNO, saya juga bukan pro PKR dan Pas. Kalau saudara/saudari baca blog ini dari A sampai Z, saudara/saudari akan dapat menyelami aliran saya.

Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada saudara/saudari tak bernama yang mengulas pasal artikel itu. Segala yang buruk dan jahat adalah dari saya, yang baik-baik itu datang dari Allah SWT.

Saya doakan saudara/saudari yak bernama sentiasa dirahmati Allah dan semoga Allah menjauhkan saudara/saudari dari terlibat atau bersubahat dengan politik wang dalam UMNO.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Bang man,politik kat serata dunia ni mana ada yang clean.seme ada personal interest cuma nampak atau yg pandai cover line je.lagi baik jadi pemerhati.tengok gaya org beso-beso jadi pemimpin.pokoknya NAFSU-manusia tidak pernah puas.Tu pasal adanya malaikat dan syaitan.Tuhan tu adil dia jadikan syaitan tujuannya untuk menguji manusia.(ini bukan kursus esq ok-saya belum dipanggil lagi,he..he..)sampai kiamat pun manusia tak pernah puas,especially DUIT dan KUASA.

fikrah islamiah berkata...

Ramai yang tidak sedar politik wang yang paling besar dilakukan oleh kerajaan dan orangnya. Contoh terbaru: Nelayan di bukit gantang dapat bot baru. walaupun sekadar janji ia adalah rasuah untuk memancing undi. Rasuah ialah pemberian sesuatu sogokan untuk membolehkah sesuatu yang sukar menjadi mudah, yang kalah supaya jadi menang dan sebagainya. Pemimpin kita sudah lama mendidik kita dengan amalan rasuah.

Unknown berkata...

Memang dari dulu kita dididik oleh pemimpin dengan aliran 'rasuah' sampai terbawa-bawa ke semua organisasi baik kerajaan mahupun swasta. Semua rakyat tidak menyedari hakikat ini sebab termakan dengan duit RM300, Kain pelikat sehelai dan juga janji manis. Pemimpin atasan pula boroi dengan wang haram berpuluh juta, joli sana joli sini, kita yang di bawah ni tau ke..?? Tau, tapi TAU FOO FAH je...

manzaidi berkata...

Terima kasih pada Skuad Langkawi, Ustaz Ahmad Baei dan saudara Fairus. Setiap pemimpin, selagi mereka bernama pemimpin, tidak ada seorang pun yang bersih. Pemimpin Pas yang berperwatakan alim tak boleh mengatakan pada pemimpin UMNO yang perangai macam setan, sebab dalam diri mereka pun setan juga. Begitu juga pemimpin PKR, mereka tak boleh sifatkan pemimpin Pas sebagai alim sampai tak lakukan kesalahan, sebab pemimpin UMNO pun ada juga yang bersih.