Khamis, 12 Mac 2009

Persoalan

Assalamualaikum...
Dah lama tak jengok laman ni...kesibukan menghambat diri.

Hari ni MZ nak bangkitkan beberapa persoalan hangat dan panas mengenai politik tanah air yang MZ nampak makin gila. Nampak lebih teruk dari Iraq, dari Thailand dan dari mana-mana negara yang bergolak.

Politik Malaysia agak aneh. Lebih aneh dari wajah-wajah hantu dan setan dalam filem-filem Melayu dan barat masa kini. Betul tak tetamu dihormati?

Apahalnya dengan Karpal Singh yang begitu celupar melemparkan kata-kata yang telah menguris hati anak Melayu dengan perkataan 'CELAKA' kepada Pemuda UMNO.

Apahalnya dengan Barisan Nasional (BN) Perak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bukan melalui pilihan raya? Selama ini mereka melaungkan demokrasi. Mereka memperjuangkan demokrasi, tetapi demokrasikah mereka apabila dengan mengambil alih kerajaan negeri secara yang berlaku itu?

Apahalnya pula dengan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak pimpinan Muhammad Nizar Jamaluddin yang dijatuhkan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar di bawah pokok sena sehingga pokok itu dijadikan tempat memuja oleh kaum-kaum tertentu termasuk orang Islam. Tidakkah kaedah yang dilakukan oleh PR itu menyebabkan berlaku keruntuhan akidah dan khurafat?

Apahalnya pula tok guru Nik Aziz berdiam diri apabila ditanya pendapatnya mengenai pembinaan tugu di bawah pokok demokrasi di Perak? Sebelum ini beliau lantang membidas kerajaan membina Tugu Negara. Katanya, berdosa menyembah Tugu Negara yang disifatkan sebagai berhala. Tetapi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dengan perbuatan kerajaan PR membina tugu di bawah pokok demokrasi.

Di mana sifat-sifat kepimpinan Islam yang ada pada diri tok guru? Adakah kerana ia dilakukan oleh orang yang sebulu dengannya, walaupun salah, dikatakan betul atau sekurang-kurangnya mengambil sikap berdiam diri? Kata orang tua-tua, kalau diam, maknanya bersetuju.

Apahalnya dengan Husam Musa mempersoalkan dari mana kerajaan pusat dapat wang RM60 bilion untuk menyuntik modal bagi menangani krisis ekonomi? Di mana sikap dan semangat Islam yang ada dalam jiwa Husam? Tidak adakah semangat hendak membantu kerajaan menangani masalah ekonomi supaya rakyat tidak merana? Jangan hanya tahu mengkritik sahaja.

Inilah sifat ayam. Berkokok serata kampung, ekor terpalit taik. Menuding satu jari ke arah orang, empat jari lagi ke arah diri sendiri. Sepatutnya sebagai pemimpin besar dalam Pas, beliau harus tunjuk sikap kepimpinan, bukan sikap kebudak-budakan.

Apahalnya dengan kepimpinan tertinggi UMNO tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pemimpin-pemimpinnya yang didapati dengan sah dan jelas terlibat dalam politik wang. Mustahil daripada 1,000 laporan yang dihantar kepada Lembaga Disiplin, satu kes pun tidak ada? Apa sudah jadi?

Kenapa kes yang boleh menyebabkan parti, maruah, agama dan negara tergadai itu dibuang begitu sahaja? Kenapa tidak ada usaha untuk mengheret mereka ke muka pengadilan agar dapat memberi pengajaran kepada malaun yang lain? Adakah UMNO lebih suka partinya dipenuhi dengan malaun-malaun ini?

Apahalnya apahalnya apahalnya...bersambung...

3 ulasan:

Mr Priceless berkata...

SALAM ABG MAN,

APA PUN SAYA NAMPAK BANYAK MUSANG BERBULU AYAM DALAM POLITIK MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Tun ckp Najib kena cukur semua bulu belang tu abg sebelum tubuh kabinet baru.
Adakah perkara itu akan jelas berlaku, jika najib gagal bermakna rapuhlah kerajaan kita kelak,..

manzaidi berkata...

Sama-sama kita saksikan episod seterusnya dan apa akan berlaku kepada negara yang kita cintai ini. Negara yang ditadbir oleh sebagaimana yang saudara Proceless kata, 'banyak musang berbulu ayam'. Sebagai rakyat, nak tak nak kita kena peka dgn politik. kita kena tau perkembangan politik dan kita harus tahu perjalanannya. Kalau kita apla, kita akan teraniaya. Wassalam...

Kes Hafizul: Peringatan dan pengajaran