MEMANG wajar kalau Tun Dr Mahathir Mohamad tidak hadir di Perhimpunan Agung UMNO yang bersidang dari 24 hingga 28 Mac lalu (kelmarin). Anaknya, Datuk Mukhriz kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pusat.
Kekalahan Mukhriz bukan kerana dia tidak ada pengaruh atau hilang sokongan, tetapi kelebihan undi kepada Khairy Jamaluddin disebabkan sikap perwakilan yang mementingkan wang.
Saya tidak kata Khairy menyogok perwakilan, tetapi Lembaga Disiplin UMNO telah membuktikan melalui hasil siasatannya bahawa Khairy didapati bersalah terlibat dalam politik wang.
Saya percaya, seratus peratus perwakilan yang ada di Perhimpunan Agung bukan berdasarkan pilihan oleh ahli akar umbi. Kemenangan mereka sebagai perwakilan disebab sikap kroni dan yang dipilih oleh pemimpin bertanding melalui sogokan duit.
Kalau perwakilan itu benar-benar bersih dan dia diberi tempat sebagai perwakilan kerana pilihan secara telus daripada ahli akar umbi, sudah tentu ramai pemimpin @ perasuah yang bertanding merebut jawatan tertinggi parti dan sayap parti, tidak akan menang.
Jadi, betullah tindakan Tun Mahathir tidak mahu hadir di awal perhimpunan agung, sebab dia kecewa, kaki rasuah menang. Kenapa Tun perlu hadir di tempat sekotor itu?
Saya pun, kalau diberi surat jemputan, saya tidak akan hadir. Saya tidak sanggup melihat parti Melayu didokongi pemimpin yang kotor dan merosakkan bangsa sendiri. Saya cukup benci dengan pemimpin seperti ini.
Saya sudah beritahu kepada anak-anak saya, apabila mereka sudah tahu erti politik, janganlah sekali-kali menyertai parti yang mengamalkan politik kotor. Pilihlah parti yang benar-benar berjuang untuk rakyat.
Bagi saya, di Malaysia ini tidak ada parti yang berjuang untuk rakyat, melainkan yang ada sekarang ialah parti yang menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka.
UMNO bukan parti orang Melayu. Di dalamnya sudah ada ramai mamak mamak dan ahli kacukan. Ramai pemimpinnya dari golongan atau jenis yang perasuah. Menang sesuatu jawatan secara kotor.
Pas bukan parti memperjuangkan Islam. Di dalamnya sudah ada pemimpin yang mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat miskin dan miskin tegar. Mereka hanya tahu menyebut Insya-Allah, Insya-Allah dan Insya-Allah... tunainya tidak.
PKR bukan parti Melayu/Islam. Kebanyakan pemimpin di dalamnya adalah dari golongan yang sudah dibeli oleh kaum dan bangsa lain. Pemimpin PKR hanya menggunakan rakyat dan imej kemelayuan untuk mendapatkan sokongan, sedangkan perjuangannya adalah lebih kepada kepentingan diri dan bangsa lain.
Masya-Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
1 ulasan:
Orang Melayu/Islam kena hati2 kerane PKR hanya pentingkan diri sendiri. Malaui internet, lebih khusus, dari www.wakeupproject.com, ada persamaan antara lambang parti perikatan rakyat teraju Dt Anwar Ibrahim dengan lambang jinn mata satu. (dajjal). Hanya yg beza pada warna dan tidak tajam pada 2 hujung mata. Apakah Parti Keadilan Rakyat telah menjadi ajen Dajjal? Atau hanya satu kebetulan?
Catat Ulasan