KOMEN TETAMU:
Abg Man,
Secara ikhlas saya agak sangsi, adakah para pemimpin kita pada hari ini mempunyai niat yang ikhlas untuk memimpin tidak kira di mana sekalipun, hatta di Kelantan sendiri pun.
Sebagaimana contoh UMNO di Kelantan, sememangnya kita lihat kesepaduan tidak wujud. Bila mana, Ku Li menawarkan diri sebagai calon untuk jawatan Presiden, namun hanya Gua Musang sahaja mencalonnya sebagai Presiden. Dimana UMNO Kelantan yang lain. Ini persoalannya?
Memang diakui Ku Li pernah keluar masuk UMNO, namun 'dosa' Ku Li mengkhianati UMNO dan menubuhkan Parti S46 amat sukar diampun, malah populariti Ku Li makin berkurangan di Kelantan bila bertelagah dengan Pas, sedekad lalu.
Jika dikira, penglibatan Ku Li dalam pembangunan negara cukup besar, namun di pandang sepi, umpamanya penglibatannya selepas peristiwa 13 Mei yang membawa penggubalan DEB, penubuhan Petronas, sebagai Menteri Kewangan paling lama dan ketika itu kedudukan mata wang yang kukuh (Malaysia dan Singapore hampir sama).
Dalam hal ini, bukan bermaksud saya pro Ku Li. Malah diakui Ku Li pun mempunyai kontrovesi tersendiri. Tapi kebolehan dan kredibiliti seseorang tidak akan dipandang dalam politik Malaysia, hanya mereka lihat adalah kepentingan, wang, dia orang aku, aku orang dia.
Cuma pandang peribadi.
March 18, 2009 11:22 AM
JAWAPAN:
Untuk makluman. UMNO sekarang bukan UMNO yang ditubuhkan tahun 1946. Ingat tak Mahkamah Tinggi Persekutuan mengisytiharkan UMNO sebagai haram tidak lama dulu? Sehingga mendorong Tun Dr. Mahathir menubuhkan UMNO baru?
UMNO tahun 1946 yang dibarisi pemimpin yang seratus peratus bersih, pemimpin yang mengutamakan berjuang dari wang, mementingkan rakyat dari diri sendiri dan pemimpin yang merintih menangis apabila Melayu goyah sebenarnya sudah lama bersemadi.
Yang ada sekarang ialah pemimpin UMNO baru yang ditubuhkan selepas UMNO terdahulu diharamkan. Sebab itu, pemimpin sekarang adalah yang seratus peratus jenis penyanggak.
Pemimpin yang seratus peratus dilumuri lumpur (kotor), pemimpin yang mengutamakan wang dari perjuangan, pemimpin yang pentingkan diri sendiri daripada rakyat. Mereka ini yang menghuni dan menghiasi UMNO sekarang.
Jadi, apa yang dikatakan oleh saudara itu memang benar dan tepat sekali. Mana-mana yang dilihat bersih dan mempunyai keikhlasan untuk berjuang atau memimpin, tidak akan sekali-kali diberi tempat dalam parti.
Ini adalah syarat untuk menyertai UMNO baru. Sebab itu, kita sering kali dihidangkan dengan seribu satu kes salah laku yang melibatkan pemimpin tertinggi, pertengahan dan bawahan.
Pemimpin bertaraf tinggi, tetapi pada masa sama tidak tersohor atau tidak disukai oleh pemimpin seangkatan, akan disenaraikan sebagai pihak yang akan dijatuhkan. Sama ada jatuhnya dengan cara baik atau lebih hina, terletak kepada perancangan dan strategi pihak tertentu.
Dalam kes Ku Li. Beliau adalah antara pemimpin yang seangkatan dengan pemimpin yang bersih yang telah bersemadi. Jarang, malah langsung tidak kedengaran beliau terlibat dalam skandal itu skandal ini. Tetapi kerana dia pemimpin yang berimej bersih, maka tidak menepati syarat untuk menjadi pemimpin tertinggi UMNO baru sekarang.
Hanya pemimpin yang ada rekod peribadi seperti kaki perempuan (macam seorang pemimpin di Kelantan), pemimpin yang ada rekod menerima dan memberi rasuah paling banyak dan kaki ampu sahaja diterima masuk dalam UMNO. Ini adalah hakikat.
Berbalik kepada kes Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin. Kedua-duanya didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Tetapi anehnya, kenapa Mohd Ali digantung, manakala Khairy diberi amaran?
Adakah kerana Mohd Ali menggunakan banyak wang maka dia digantung daripada bertanding, dan Khairy pula hanya guna sedikit wang, dia hanya diberi amaran serta dibenarkan bertanding?
Aneh bin ajaib. UMNO mahu menampilkan dirinya sebagai parti yang adil dan saksama, tetapi secara fizikal dan praktikalnya mereka telah menunjukkan ketidakadilan yang secara jelas lagi nyata kepada rakyat.
Sejak berita Mohd Ali Rustam digantung dan Khairy diberi amaran, rakyat terus menerus mempertikaikan bentuk hukuman.
Topik utama mereka bukan lagi berkisarkan penglibatan kedua-dua pemimpin itu dalam politik wang, tetapi BAGAIMANA Khairy yang didapati bersalah HANYA diberi amaran dan dibenarkan bertanding jawatan Ketua Pemuda pada Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.
Kita semua tahu kes Mona Fandy kan. Zuraimi tukang membunuh, manakala Mona dan Afendi tukang mengarah. Ketiga-tiganya didapati bersalah dan bersubahat lalu hukumannya ialah gantung sampai mati. Tiga sekali masuk lubang kubur. Bukan seorang atau dua orang.
Fikir-fikirkanlah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
BANI Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau &...
2 ulasan:
TQ abg Man,
Kerana memberi komen pada komen sy.
Salam.. Abg Man,
Seronok bila membaca blog2 ni, kdg pertimbangan yang rasional menjadi emosional bila berbicara tentang parti2 ini, UMNO maki PAS, PAS maki BN, PKR maki UMNO. Kadang2 perlu ke kita bercakaran tentang semua ini. Amat menggelikan hati melihat gelagat2 mereka.
UMNO gah bercerita tentang pembangunan, disana sini, kami lah yang mebangunkan Malaysia menjadi negara yang disegani, realiti nya rakyat sudah mual dengan gelagat UMNO yang macam best dan hebat.
PAS pula parti Islam yang cukup tegas memperjuangkan Islam, tp pada masa sama menganggap UMNO (sesama Islam) sebagai musuh. Kebnykan pengikut PAS petah memberi hujah, namun kredibiliti mereka belum pun terbukti sbg negarawan. Malah dia, jika dikaitkan Islam hanya PAS je betol. Ulamak pun sudah dibagi kepada dua.
Setelah sekian lama 2 parti ini bercakaran. Umat Melayu khususnya menjadi 2 puak, dan timbul PKR, yang mewarwarkan keadilan sebagai asas mereka.
Namun keadilan mereka atas dasar apa, melainkan kepentingan peribadi seseorang.
Umat Melayu dan yang beragama Islam semakin pening dek situasi begini, saya orang Melayu kene sokong UMNO, tp Islam kene sokong PAS, ah.. PKR lebih adil...
Apakah semua ini????
Apa mereka mau??
Sedarlah wahai sahabatku... jangan lah taksub... ada byk lagi perkara lebih penting dalam hidup ini, dari bertelagah sesama sendiri...
Catat Ulasan