Matinya seorang saksi utama
NASIB seorang saksi penting bagi kes salah guna peruntukan kerajaan Selangor berakhir dengan kematian yang tragis. Teoh Beng Hock ditemui mati di tingkat lima koridor luar bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, dipercayai dijatuhkan dari tingkat 14bangunan itu.
Pelbagai kesimpulan dibuat pihak tertentu berhubung kematian Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Selangor itu. Laporan awal pakar patologi mengatakan mendiang mati antara empat atau lima jam sebelum mayatnya ditemui orang ramai dalam keadaan ngeri itu pada petang Khamis lalu.
Hari ini masuk hari ketujuh kematiannya. Kehilangannya masih diratapi ahli keluarga, tunang dan sahabat taulan serta 'ditangisi' seorang dua pemimpin politik yang mengenali rapat beliau.
Apa pun spekulasi yang bertiup kencang berhubung kematian bakal ayah kepada bayi yang di kandung teman wanitanya itu (bakal mendaftar perkahwinan), sama-sama kita tunggu hasil siasatan yang dilakukan sepasukan anggota polis. Ada antara 40 hingga 30peratus lagi untuk polis siapkan kertas siasatan. Beberapa pemimpin, kenalan rapat mendiang telah dipanggil untuk soal siasat.
Ada juga dalam kalangan mereka dikatakan enggan memberi kerjasama kepada polis. Entah kenapa, tak tahulah. Diharapkan polis dapat merungkaikan misteri keengganan itu. Begitu juga dengan saksi lain, mereka perlu memberi kerjasama penuh jika mahukan punca sebenar kematian Beng Hock diketahui dalam tempoh terdekat.
Jangan cepat melatah menuding jari kepada orang lain. Tilik diri sendiri terlebih dahulu. Beng Hock adalah saksi utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tentunya, keselamatan mendiang atau sesiapa sahaja saksi akan dijaga sebaik mungkin. Seboleh-bolehnya pihak berkuasa tidak mahu setiap saksi mereka menerima atau menghadapi tekanan kerana ia akan mengganggu siasatan.
Begitu halnya dengan SPRM. Tidak logik untuk mengaitkan badan berkuasa itu dengan kematian mendiang Beng Hock. Dan secara logiknya, mana ada orang yang diperlukan untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan dianiayai oleh badan itu. Tidak munasabah dan memang tidak masuk akal.
Bagi penulis, pihak yang membuat bising secara keterlaluan atau yang menuduh secara membuta tuli juga harus diberi perhatian dan diambil keterangannya untuk mendapatkan maklumat. Tidak banyak, sedikit pun maklumat yang diperlukan pasukan penyiasat ada dengan mereka ini.
Kita jangan menjadi orang biadab yang melepaskan angin busuk (kentut) ketika berada dalam khalayak. Selepas itu bising dan riuh serta merungut akan bau yang dilepaskannya itu. Tidak cukup dengan itu, siap menuding jari lagi kepada rakan sebelah dengan melontarkan pertanyaan, "awakkah yang melepas ini? Kurang asam (kurang ajar)."
Cuma yang melepaskan kentut itu bernasib baik kerana tidak ada seorang pun dalam kelompok berkenaan bertanya, "Siapa yang lepaskan kentut, angkat tangan." Tidak perlulah penulis hurai panjang lebar contoh ini kerana semua pun tahu makna dan maksudnya.
Kepada anggota polis yang terlibat dengan siasatan kematian Beng Hock, selamat menyiasat. Jangan pedulikan suara-suara sumbang yang mempertikai dan mempersoalkan siasatan, kerana apa yang mereka 'pertikai' dan 'persoalkan' itu tidak lebih sebagai taktik untuk mereka mengetahui adakah nama mereka tersenarai dalam kertas siasatan itu. Siaran 23 Jul 2009
Sabtu, 25 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
1 ulasan:
Sdr. Manzaidi,
Baru2 ni kita tengok gambar di akhbar Nizar hadiri upacara pegang lilin.... sudah jagi kontroversi agama! Tp macam biasalah... "Salah Lapor" konon!
Hari ni... cuba buka www.youtube.com. Cari tajuk ANWAR "SEMBAH" MAYAT TEOH. Atau pun buka FACEBOOK.
Tengoklah dengan mata kepala anda sendiri... pasti anda akan mengucap berbakul2
Nauzubillah... Ya Allah! ampunkanlah dosa hamba2 Mu!
Daripada,
Kawan Lama.
Catat Ulasan