Kepada tetamu blog yang dihormati. Saya lampirkan jawapan Mufti Perak berhubung tindakan orang Islam memegang lilin.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta mereka yang pernah hadir dalam perhimpunan lilin bagi memperingati kematian segera bertaubat kerana perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.
Beliau berkata, Islam tidak pernah berkompromi dalam perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah kerana ia merupakan tunjang kepada keimanan dan keislaman seseorang.
"Kita harus jelas tentang perkara ini iaitu setiap majlis yang dianjurkan oleh orang bukan Islam bagi memperingati kematian dalam apa jua bentuk sekalipun adalah haram bagi seseorang Islam menyertainya.
"Kita (Muslim) hanya dibenarkan melakukan ziarah sahaja. Perkara ini jangan dipandang ringan kerana mereka yang melakukannya boleh jatuh syirik. Saya amat berharap umat Islam mengambil berat tentang perkara ini.
Harussani berkata, Rasulullah dalam satu hadisnya pernah memberitahu bahawa sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum itu, dia akan termasuk di dalam kaum tersebut.
"Orang Islam dilarang meniru cara dan tindak tanduk kaum lain dan ini telah pun dipesan oleh Rasulullah dalam satu hadisnya. Sebagai umatnya, kita wajib menjadikan hadis ini sebagai panduan.
Sementara itu, beliau berkata, orang Islam yang menziarah kematian orang bukan Islam dilarang membaca doa ke atas mayatnya.
Manakala, Dewan Ulama Pas pula menyifatkan majlis yang disertai oleh Mohammad Nizar itu sebagai meragukan dan sepatutnya beliau tidak hadir kerana adanya sifat berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
7 ulasan:
bagaimana konsert sure heboh yg pernah difatwa haram? apakah pelanggaran fatwa tidak haram
teringat pada ketika black metal pernah diperangi habis-habisan. ada antara mereka yang melampau sehingga menghadiri upacara memegang lilin dan duduk di sekeliling lilin yang membentuk pentagram (bintang) walaupun mereka menganut agama Islam. mereka bukan memuja syaitan tp mgkin taksub kepada muzik tersebut . semua bersetuju apabila dikatakan apa yg dilakukan tersebut bertentangan dgn ajaran Islam. Dan cuba bandingkan pula dgn skarang. Bezanya ramai plk yg mempertahankan. Bukalah minda..benda seperti ini takkan tak tau...Tiada dlm agama dan budaya kita pun..
:: Mungkin nizar dulu black metalisme kot..
kalu dah kapla dia kata buleh..halal semuanya..tak mustahil mereka melakukannya..itu sahaja..
tak payah nak pening hal diowa nie..yang haram halal yang halal mmg halallah cuma sekarang ini apakah jawapan dari owg sebelah..kasi fatwa sikit tok goku..
apa-apa je la...
Muzaidi,
Memang konsert sure heboh pernah difatwakan haram... so what? yang haram tetap haram. Sapa yg melanggar fatwa haram hukumnya tetap haram... so berdosa... yg membuatnya tanggunglah sendiri. Jadi tak payahlah nak menegakkan benang basah dengan mengaitkan upacara pegang lilin yg dah tentu haram dan tak ada dalam islam... terpulanglah kalau u nak katakan upacara pegang lilin dengan "sembah" mayat teoh beng hock tu HALAL!
Allah sahaja yang maha mengetahui!
Nauzubillah!
Anonymous said...
Muzaidi,
Memang konsert sure heboh pernah difatwakan haram... so what? yang haram tetap haram. Sapa yg melanggar fatwa haram hukumnya tetap haram... so berdosa... yg membuatnya tanggunglah sendiri. Jadi tak payahlah nak menegakkan benang basah dengan mengaitkan upacara pegang lilin yg dah tentu haram dan tak ada dalam islam... terpulanglah kalau u nak katakan upacara pegang lilin dengan "sembah" mayat teoh beng hock tu HALAL!
Allah sahaja yang maha mengetahui!
Nauzubillah!
==================================== Sebelum saudara menetapkan hukum saudara ada baiknya perlu tahu, kaji dan belajar apakah bakar lilin itu sebahagian daripada ibadat org china atau tak lebih sebagai adat mereka. kalau saudara dah berjumpa dengan jawapannya, barulah saudara boleh berdebat berpandukan ilmu.
Kalau Najib, Rosmah pegang lilin... tu haper? Tak nak pulak org pertikaikan... pembangkang ni kalo berdiri tegak pun org nk ngata, bodo punyer olang....
Catat Ulasan