HEBATNYA Kelantan, negeri pimpinan ulamak yang mendakwa pula negeri serambi Mekah dan membangun bersama Islam. Dalam tempoh satu setengah bulan dari 1 Jun sehingga hari ini sudah tiga kes buang bayi dilaporkan.
Bukan bayi haiwan atau bayi binatang, tapi bayi manusia. Bayi yang dilahirkan oleh seorang perempuan yang mengandung. Perempuan itu mengandung kerana dia telah melakukan zina dengan lelaki bukan muhrim.
Persoalannya, bolehkah pasangan bukan muhrim berzina di Kelantan? Ada peluangkah mereka hendak melakukan maksiat? Sebab Kelantan dipimpin oleh tok guru yang disanjung tinggi oleh para penyokongnya sebagai ulamak-umarak.
Atau pun mereka lakukan benda terkutuk itu di Kuala Lumpur? Lalu bila termengandung, mereka lari pulang ke kampung di Kelantan sementara tunggu anak haram itu dilahirkan dan dibuang, dengan harapan nama Kelantan akan tercemar? Boleh jadi juga.
Lagipun baru dua minggu lepas ketika berkempen di Manek Urai, tok guru kata, "tak ada sebab UMNO nak lawan Pas sebab Pas adalah Islam dan Kelantan telah ditadbir secara Islam sepenuhnya.
Tapi tok guru, mustahil ketiga-tiga 'ibu muda' itu sepakat melakukan maksiat di Kuala
Lumpur dan kemudian sepakat pula untuk buang bayi mereka di kampung halaman di Kelantan.
Kuala Lumpur pun bukan UMNO yang memerintah sekarang. Negeri itu telah ditadbir sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat (PR). Dan dalam PR ada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. UMNO hanya minoriti saja.
Dan di Kuala Lumpur sekarang ini semakin banyak pusat-pusat hiburan diwujudkan. Malah restoran yang menyediakan pelayan bogel pun banyak. Apa yang Datuk Hassan Ali dan Khalid Samad buat dalam kerajaan PR?
Mustahil mereka tak sedar?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
6 ulasan:
walaupun kelantan dibawah tok guru tapi masih ramai juga yg berfahaman umno/BN tengoklah keputusan undi di manek urai.
yela tu bila time salah sendiri tak nak mengaku..
ko memang kaki putaralam la geng2 pas ni.. macam tok guru dia tu.. lagi kaki bom..
kalau dah semua rakyat sokon unmo di kelantan tak ada lah kelantan selama 19 ditadbir oleh pas.. samdol!!!
Adakah anda tahu bahawa Kuala Lumpur adalah negeri persekutuan yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan (BN) dan bukan bawah tadbiran Kerajaan PR. Patutnya anda tahu bahawa KL tiada Menteri Besar atau Ketua Menteri. Dan anda patut tahu siapakah Menteri Wilayah Persekutuan (Orang UMNO juga). Apakah tugas Menteri Wilayah Persekutuan?
Di kelantan, walaupun berlaku kes pelanggaran syariat, tetapi kerajaan telah berusaha menguranginya. tetapi jika dibandingkan dengan negeri lain, kes2 jenyah syariah jauh lebih pelik dan tinggi. Penulisan saudara ini menggambarkan seoalah2 saudara mahu jaminan daripda Pas supaya kes langgar syariah tidak berlaku di kelantan. saya nak, tanya siapakah saudara nak minta jaminan itu. sebelum menulis kaji dulu sejarah di mana zaman rasulullah dulupun ada org munafik, berlaku zina, mencuri dan sebagainya. tetapi Rasulullah sedaya upaya membasminya. Tindakan saudara yag hanya nampak satu dua kes sudahpun menhukum kelantan adalah menampakkan kecetekan fikiran saudara untuk membahaskan bab perundangan dan pelaksaan syariah. Janganlah kita terlalu bencikan Pas sehingga sanggup menjadi tukang karut dalam menulis artikel.
Salam,
Sukar bagi saya hendak mengulas dan memberi pandangan, apa pun bagi saya sebagai umat Islam kesal dengan tindakan sedemikian, saya berdoa kita semua dijauhi dengan tindakan yang dilaknat ini.
Bagi saya, kes ini bukan sekadar berkait dengan politik semata2 tetapi kes sejagat dimana keruntuhan moral dan akhlak umat Islam semakin menjadi2. Dakyah dan ideologi barat kini sudah berjaya menjauhkan kita ke landasan Islam sewajarnya. Sebagai pentadbir Malaysia, UMNO tidak buleh lari untuk dipersalah. Kerana, anasir-anasir barat ini byk menular dibawah pemerintahan BN. Namun, tidak wajar untuk mempersalahkannya 100%. Ulamak PAS juga ada peranan dalam membentuk sahsiah rakyat, kerana PAS mewar-warkan mereka memperjuangkan Islam, dan ianya perlu secara menyeluruh bukan hanya dalam konteks politik.
Bagi saya, menuding jari tidak akan menyelesaikan masalah, sebagai individu, komuniti, kita juga bertanggung jawab dalam menangai kes ini. Sekiranya setiap orang tahu akan tanggung jawab masing-masing, insyaAllah.. kita akan diberkati..
Nampak kebuduhan penulis ,kalau di
lihat secara zahir pas memerintah
kelantan .tetapi undang-undang dlm
negeri masih lagi di guna pakai undang2 sekular yg dikuasai umno/
kerajaan pusat.ungdang2 shariaat terhad.bila pas menguasai kerajaa pusat,masa tu pas buleh di persoalkan. saya harap penulis belajar menulis dgn lebeh objektif
bukan sambrono .maaf jika terkasar bahasa.
Catat Ulasan