Khamis, 31 Disember 2009

Nizar lawat KKSB dan dailog dgn Edisi Perak



Di Ibupejabat Karangkraf Sdn Bhd semalam (30hb Disember 2009), kita menerima rombongan kepimpinan Pas Perak yang diketuai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.

Turut bersama rombongan itu ialah Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; Naib Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Nuri Al-Amin Endut; Ketua Muslimat Pas negeri, Bariah Awang Sapri; Yang Dipertua Pas Kawasan Tambun, Dr Khairuddin Abdul Malek dan beberapa pemimpin parti itu.

Selepas melawat operasi percetakan majalah dan akhbar Sinar Harian, rombongan bersama Editor Edisi Sinar Harian untuk sesi dailog. Banyak soalan dikemukakan kepada Mohamad Nizar antaranya, beliau dikatakan menjadi boneka DAP, beliau dikaitkan dengan skandal 88 konsesi balak, beliau derhaka kepada Sultan Perak dan peralihan kuasa PR kepada BN.

Rabu, 30 Disember 2009

Sultan ku kahwin lagi


Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

"Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu," katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya.

Ahad, 27 Disember 2009

Kenapa Anwar Ibrahim tak jadi bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi?


Oleh NTAnwar, AIDCclub
Apabila Anwar menyiarkan iklan di blognya (klik di sini) tentang kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi, di Masjid Negeri Shah Alam (Masjid Sultan Abdul Aziz Syah), ramai yang menyangka akan berlaku peristiwa besar, terutamanya kesanggupan Anwar bersumpah untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ada juga yang berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia kerana jemputan Anwar Ibrahim, dalam satu rangka strategi membersihkan imejnya sebagai peliwat bersempena dengan perbicaraan yang bakal dijalankan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada 25 Januari akan datang.

Rupa-rupanya kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi ke Malaysia bukan atas usaha Anwar, tetapi usaha kerajaan Malaysia yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa 1431/2009 yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya dua hari lepas.

Bermakna, Anwar mengambil kesempatan kehadiran ulama tersohor ke Malaysia itu untuk program Maal Hijrah menjemput ke Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

Cara Anwar iklankan di blognya begitu menarik; "Syarahan Perdana Oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, Anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, Di Masjid Negeri Shah Alam, SABTU, 19 DISEMBER 2009, Program Bermula Dengan Solat Maghrib, Seterusnya Pengenalan Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim"

Sudah tentu dalam suasana riuh rendah, Angkatan Muda PKR mahu merealisasi program "40 hari bela liwat", orang ramai akan berfikir kedatangan Dr Yusof Al Qaradawi sebahagian daripada siri program itu. Sebenarnya tidak, ulama tersohor itu bukan datang kerana 'membela Anwar' tetapi datang kerana dijemput kerajaan Malaysia untuk menerima anugerah tokoh Maal Hijrah.

Sebenarnya anggapan dan sinonim Dr Yusof Al Qaradawi dengan Anwar Ibrahim sebelum ini sengaja dicipta oleh Anwar sendiri.

Blog depa kata, "Suatu ketika, iaitu pada era Reformasi, nama Yusuf Al-Qadhrawi bagaikan tidak lekang. Tokoh ulama kontemporari ini seringkali diuar-uarkan sebagai menyokong sebarang tindakan Anwar Ibrahim"

"Bahkan Anwar ketika berceramah di Ayer Keroh di kawasan lapang hadapan Taman Ular dan Buaya pada 1997, memberitahu orang ramai yang bersesak-sesak, KONONNYA Dr. Yusuf Al-Qadhrawi telah menghubunginya menerusi telefon dan mengajarnya suatu doa agar terlepas dari bahaya yang berbunyi (Tasbih Nabi Yunus)"

"Ketika Anwar tercebur sekali lagi dan terbirit-birit lari ke Kedutaan Turki untuk menyorok selama beberapa hari atas alasan takut dibunuh, keluarnya dia dari Kedutaan Turki, nama tokoh itulah yang disebutnya terlebih dahulu"

"Semalam, Yusuf Al-Qadhrawi telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa yang dianjurkan oleh Malaysia dan sepanjang bersama-samanya, orang yang sentiasa memberitahu yang dia sangat rapat dengan Yusuf Al-Qadhrawi, tidak pula kelihatan di mana-mana"

"Tidakkah gembira hati Anwar apabila 'KAWAN RAPATNYA' itu menerima anugerah dan berada di negara ini. Tidakkah Anwar teringin nak berjumpa tanpa perlu terbang ke Dubai seperti kebiasaannya ?" Klik di sini

Kenapa Anwar tidak bersumpah?

Bermakna tidak salah, sekiranya terdapat anggapan 'Anwar bakal bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi' kerana Anwar sendiri yang sentiasa bersandarkan kepada ulama tersohor itu sebelum ini.

Hakikatnya Anwar tidak bersumpah di Masjid Negeri Shah Alam, malam tadi, kelibat Anwar pun tidak kelihatan. Yang hadir Dr Yusof Al Qaradawi, Ustaz Abd Ghani Shamsuddin (penterjemah ucapan ulama itu) dan Khalid Ibrahim. Turut kelihatan Hadi Awang, Presiden PAS yang tiba kemudiannya.

Dalam iklan di blognya, Anwar sendiri mengatakan beliau akan memberi kata-kata aluan kepada Dr Yusof Al Qaradawi dalam program malam tadi, tetapi Anwar tidak muncul, kata-kata aluan itu diganti dengan ucapan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

Kemudian Dr Yusof berceramah dengan diterjemahkan oleh ustaz Abd. Ghani Shamsuddin, Setiuasaha Dewan Ulama, PAS Pusat. Hingga ke penghujung ucapan dan terjemahan Dr Yusof Qaradawi, Anwar tidak muncul di hadapan.

Mengapa Anwar tidak tampil bersumpah di depan Dr Yusof Al Qaradawi untuk membersihkan dirinya, sedangkan itulah masa terbaik yang patut dilakukannya ?

Bukan setakat tidak tampil ke hadapan, tetapi Anwar tidak memberikan kata-kata aluan kepada Dr Yusof Al Qaradawi seperti yang dijanjikan di blognya ? Kenapa ?

Bukan setakat itu, kelibat Anwar juga tidak kelihatan dalam program itu, kenapa ?

Di sini, muncul satu misteri, kenapa Anwar tidak kelihatan dalam program tersebut sedangkan sebelum ini Anwar sendiri menyiarkan iklan bahawa dia sendiri akan terlibat memberi kata-kata aluan kepada ulama tersohor itu ?

Anwar tidak sudi berjumpa dengan Dr Yusof Al Qaradawi atau ulama tersohor itu tidak sudi berjumpa dengan Anwar ?

Ini sekaligus mengingatkan cerita-cerita yang pernah berlegar di internet sebelum ini, bahawa Dr Yusof Al Qaradawi pernah berpesan kepada Hadi Awang, Presiden PAS supaya berhati-hati dengan Anwar Ibrahim, semasa pertemuan mereka di Paris tahun lepas.

Ini juga mengigatkan kembali kata-kata Azmin Ali dalam wawancara dengan Agendadaily, bahawa Dr Yusof Al Qaradawi pernah disiasat oleh Anwar selama 5 jam untuk menentukan tokoh ulama itu teroris atau tidak. Ketika itu Anwar bekerja di Amerika Syarikat, mengambil tugas yang diarahkan oleh Paul Wolfowitz, zionis Amerika itu. Klik di sini

Sebelum Dr Yusof Al Qaradawi menutup ucapannya di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi, beliau mengingatkan hadirin agar berhati-hati dengan 'golongan munafik', kerana 'golongan munafik' boleh berpura-pura, seolah-olah pro Islam, tetapi hakikatnya berusaha memecah belah Islam.

Adakah ucapan itu ditujukan kepada Anwar?

SUMBER: NTanwar
http://www.anwaraidc.com/2009/12/kenapa-anwar-ibrahim-tak-jadi-bersumpah-di-depan-dr-yusof-al-qaradawi.html

Sabtu, 26 Disember 2009

SANI... menakutkan



Kemalangan ngeri yang meragut 10 nyawa, semuanya penumpang bas Sani Ekspres menakutkan ramai perantau.

Apa tidaknya, selama ini mereka meletakkan penuh kepercayaan kepada pemandu bas agar dapat membawa mereka pergi dan pulang ke destinasi dengan selamat, tapi bila tragedi demi tragedi berlaku melibatkan bas ekspres, ramai hilang keyakinan.

Hatta saya sendiri pun kalau dapat cuti dua atau tiga hari, akan pilih bas ekspres balik ke Pasir Mas.

Tapi sejak dua tahun tinggal di Shah Alam dan berulang-alik tiap-tiap bulan, belum ada lagi kejadian-kejadian menakutkan seperti pemandu pandu laju ke, pemandu mengantuk ke, bas rosak ketika mendaki Bukit Tujuh di Merapoh ke atau apa-apa kerosakan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.

Namun, bila baca berita mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 272.8 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi Sabtu, saya jadi takut dan terfikir-fikir nak balik guna pengangkutan apa pada awal tahun ni (minggu depan). Mungkinkah dengan kereta api atau kereta sendiri?

Kalau dengan kereta api, aku kena minta pulang awal dari ketua aku, kerana kereta api bertolak dari KL Sentral ke Tumpat pada jam 8 malam, sedangkan aku habis kerja jam 10 malam.

Kalau naik bas ekspres, terfikir pula ni musim kemalangan. Isyyy menakutkanlah. Nak balik dengan kereta sendiri pulak, kena tunggu pagi esok. Rugi satu hari hari cuti. Emm payahlah buat perhitungan begini.

Naik kapal terbang kot...

Bukan soal pengangkutan apa aku nak naik untuk balik. Tapi soalnya ialah sejauh mana pemandu bas ekspres sedar akan kebimbangan orang ramai dengan kewibawaan mereka memandu bas dalam perjalanan jarak jauh.

Pengakuan pemandu bas Sani Ekspres yang dia terlelap, lagilah menakutkan.
Macamana dia boleh terlelap sedangkan dia pemandu kedua.

Sepatutnya ketika bas bergerak dari stesen Klang, dia kenalah berehat dan tidur sementara bas itu dipandu pemandu pertama.

Dan sepatutnya sebelum memulakan kerja, setiap pemandu perlu memastikan mereka mendapat rehat secukupnya, iaitu tidur.

Tidur lebih pun tak boleh jugak sebab akan menyebabkan pemandu itu cepat mengantuk walaupun baru memegang stereng. Tidurlah secukupnya seperti sabda Nabi Muhammad SAW, berhenti makan sebelum kenyang.

Apapun, perkara sudah berlaku...

Kadang-kadang saya pernah terfikir, kalau kejadian itu menimpa diri saya tentu saya akan berkata, "Kalaulah pemandu pertama tidak menukar giliran, tentu kejadian yang turut menyebabkan dua penumpang cedera itu tak akan berlaku.

Saya juga akan marahkan pemandu pertama, "Kenapa la dia gatal tangan nak tukar pemandu. Kan elok kalau dia sambung terus memandu dan hanya tukar apabila matanya betul-betul mengantuk.

Saya ucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang. Semoga roh mereka ditempatkan Allah bersama golongan yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

Sabtu, 19 Disember 2009

Malaysia-Vietnam, BN-PKR menang tipis

Di Stadium Vientiane, Vietnam malam kelmarin, pasukan bola sepak negara menang tipis 1-0 kepada tuan rumah. Walaupun gol tunggal itu dijaringkan oleh pemain lawan, namun kemenangan tetap berpihak kepada pasukan kita. Maka berkumandanglah lagu kebanggaan, Negaraku.

Di Parlimen Kuala Lumpur empat hari lalu pula, Barisan Nasional (BN) menang tipis 66-63 kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam pengundian usul Bajet 2010. Walaupun dikatakan tiga Ahli Parlimen Bebas yang menyokong BN turut mengangkat tangan mengundi menyokong, namun keputusan muktamadnya tetap memberi kemenangan kepada kerajaan memerintah. Maka pelbagai suara sinis berkumandang mengkritik dan mengecam Ahli Parlimen BN yang tidak hadir ke Parlimen.

Perbezaan antara dua kemenangan itu ialah semangat juang dan keruntuhan moral. Pasukan bola sepak 23 tahun negara dilihat beraksi bermati-matian untuk beroleh kemenangan bagi menjulang nama Malaysia yang kemarau pingat emas dalam acara itu sejak 20 tahun, manakala barisan Ahli Parlimen BN pula dengan sikap kebudakan mereka gagal memberikan sokongan padu kepada kerajaan memerintah yang mentadbir negara ini sejak 1957.

Kenapa ia berlaku? (iaitu merujuk kepada keputusan BN 66, PR 63 undi). Jawapannya kerana sikap Ahli Parlimen BN yang dari awal lagi bukan dalam kalangan pejuang, apatah lagi mereka langsung tidak mempunyai semangat patriotisme terhadap pemimpin dan kerajaan yang dipimpin. Mereka menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewabn Undangan Negeri (ADUN) hanya semata-mata menganggap ia sebagai kerjaya yang menjanjikan pendapatan lumayan.

Apatah lagi, jika seseorang wakil rakyat itu bernasib baik, mereka akan dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi di jabatan, agensi dan syarikat milik penuh kerajaan dengan pendapatan gaji serta elaun yang berbaloi-baloi. Ini yang mereka kejar. Bukan rakyat yang mereka utamakan sejak mula menapakkan diri dalam dunia politik, dan seterusnya bergelar pemimpin.

Jika hendak dibandingkan wakil rakyat sekarang dengan wakil rakyat zaman 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an dulu, jarak juang antara mereka amat jauh. Jaraknya antara langit dengan bumi. Jauh tidak terjangkau. Perjuangan wakil rakyat terdahulu semuanya tulen berbanding perjuangan wakil rakyat sekarang yang dipenuhi dengan kepalsuan.

Dalam siri artikel saya sebelum ini, saya selalu membangkitkan kelemahan kebanyakan wakil rakyat, malah hampir keseluruhannya, sama ada dalam barisan BN mahupun pakatan pembangkang. Pada penilaian saya, mereka ini belum layak sepenuhnya bergelar pemimpin, walaupun mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan berperwatakan seperti pemimpin.

Ini kerana, dari awal lagi mereka berebut menjadi wakil rakyat bukan kerana hendak berjuang untuk rakyat, sebaliknya mahu mengisi perut dan mengumpul harta kekayaan. Hanya dengan menjadi wakil rakyat sahaja yang hidup susah selama ini boleh menjadi kaya raya, yang berhutang sekeliling pinggang sebelum ini boleh dilangsaikan dalam tempoh singkat.

Cuba tampilkan seorang wakil rakyat yang hidupnya terlalu sederhana dan hartanya habis dibelanjakan kepada rakyat atau di jalan Allah. Cuba tampilkan. Tidak ada seorang pun daripada pemimpin yang ada di negara ini sedemikian, termasuk daripada wakil rakyat Pas. Hatta, Datuk Nik Abdul Aziz yang dikatakan hidup sederhana di rumah beralaskan kayu di Pulau Melaka, Kelantan pun hanya sekadar retorik.

Pun begitu, saya tidak menyalahkan seratus peratus kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang sudah dipilih rakyat, dan tidak juga mahu menyalahkan mereka jika gagal menjalankan amanah atau tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa (rakyat). Dalam hal ini yang jelas bersalah ialah pucuk kepimpinan parti di peringkat bahagian, negeri dan pusat. Bahagian mencadangkan si polan kepada negeri dan tanpa menilai latar belakang negeri mengangkat nama si polan ke pusat.

Pusat pula, tanpa usul periksa dan menaruh keyakinan penuh dengan ulasan negeri terus merestui si polan dari gua hantu itu sebagai calon. Maka ketawa terkekeh-kekehlah si calon itu kerana impian untuk mendapat jawatan dan pangkat sebagai wakil rakyat sudah tercapai. Bukti kepada apa yang dinyatakan ini sudah terang lagi bersuluh sebagaimana berlaku di Parlimen Rabu lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Parti dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada Ahli Parlimen BN. Ini kerana, tidak dapat saya bayangkan jika ditakdirkan pada hari itu BN kalah dalam pengundian usul Bajet 2010 kepada PR, apa yang dapat saya nyatakan, BN akan kehilangan kuasa untuk tempoh selama 100 tahun bermula dari hari kekalahannya.

7 MINIT - 19hb Disember 2009

Ahad, 13 Disember 2009

Usah pertikai ramai Bumiputera ke universiti awam: Tun M

Dipetik dari akhbar Sinar Harian 13hb Disember 2009

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad semalam berkata, peluang memasuki universiti awam yang diberikan kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain tidak harus dipertikaikan dengan tuduhan bahawa ia satu tindakan perkauman yang mementingkan satu kaum.

Mantan Perdana Menteri berkata, dalam hal ini, peluang kepada lebih ramai Bumiputera berbanding kaum lain adalah bagi memastikan keseimbangan pembangunan kaum agar mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana pendidikan yang nanti akan memberikan pelbagai kesan negatif.

Dr Mahathir berkata, di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang kini jumlahnya hampir sama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), kemasukan pelajar Bumiputera amat kecil iaitu hanya di sekitar 10 peratus sahaja.

“Kalau kita buat banci jumlah (keseluruhan) pelajar di universiti kerajaan dan swasta... pelajar bukan Bumiputera lebih banyak dari Bumiputera. Itulah sebabnya kita beri tumpuan dan lebih banyak tempat kepada Bumiputera,” katanya dalam ucaptama bertajuk 'UUM 25 Years Expectation vs Reality' di Konvensyen Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) 2009 di sini, semalam.

“Oleh itu, kita tidak harus berasa bersalah (semata-mata) kerana kita adakan tempat untuk Bumiputera. Kita ada hak untuk dapat kedudukan seimbang di negara ini. Kita nak hak secara berpatutan,” katanya.

Malahan Dr Mahathir berkata, 'polisi afirmatif' antaranya menerusi Dasar Ekonomi Baru bagi mengangkat Bumiputera dalam arus perdana pembangunan negara dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, bukanlah sesuatu yang keterlaluan kerana walaupun penduduk Bumiputera hampir 60 peratus dari jumlah penduduk tetapi kuota yang ditetapkan hanya 30 peratus sahaja.

“Kita hanya tuntut separuh daripada apa yang sepatutnya kita tuntut. Ini tunjukkan kita bukan perkauman. Kalau perkauman kita (sudah) tuntut 60 peratus. Nak capai 30 peratus pun tidak mudah,” katanya. - Bernama

Malaysia jadi negara 'sumpahan minyak'

Di petik dari akhbar Sinar Harian 13hb Disember 2009

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.

Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.

“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.

Ahad, 6 Disember 2009

Satu petang di KB Mall










Pusat beli belah tersohor di Kelantan yang terletak di pusat bandar raya Islam Kota Bharu, KB Mall dikejutkan dengan kejadian ngeri apabila sebuah kereta tingkat parkir atas bangunan itu terbabas lalu merempuh masuk ke ruang legar tingkat bawah.

Kejadian yang sama sekali tidak diduga itu telah mengorbankan dua remaja.

Khamis, 3 Disember 2009

Ikhlaskah Cina DAP minta maaf?

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming akhirnya meminta maaf atas tindakan biadab beliau dan pemimpin tertingginya memijak poster gambar tiga ADUN Bebas.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan memijak gambar wakil rakyat itu Ahad lalu dan memohon atas tingkah laku bodoh mereka.

Sejauh mana keikhlasan mereka meminta maaf. Adakah maaf itu dilafazkan sekadar untuk meredakan kemarahan umat Islam dan orang Melayu terhadap tindakan mereka menghina agama Islam dan bangsa Melayu?

Umum tahu, cina DAP amat benci kepada Islam dan mereka akan menentang habis-habisan cadangan Pas untuk menubuhkan negara Islam, sehinggakan Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan tegas dan amarannya. jika Pas hendak tubuhkan negara Islam, "langkah mayat aku dulu".

Ini sudah menunjukkan DAP amat membenci Islam dan kebencian itu ditunjukkan lagi oleh mereka dengan memijak-mijak gambar dua wakil rakyat beragama Islam iaitu ADUN Behrang, YB Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu.

Perbuatan mereka memijak iaitu meletakkan tapak kaki iaitu antara anggota badan yang paling kotor di muka pemimpin Melayu dan Islam ibarat meletakkan babi di masjid atau surau. Begitu sekali taktik kotor yang dilakukan DAP terhadap Islam dan Melayu.

Malangnya, pemimpin Pas dan PKR berdiam diri dengan tindakan ini. Mereka seolah-olah merestui orang kafir melakukan penghinaan terhadap Islam. Beginikah perjuangan parti yang mendakwa memperjuangkan Islam? Merelakan orang kafir menindas dan menghina Islam? Nauzubillah.