Selasa, 2 Februari 2010

Anwar-Saiful bertemu di mahkamah

Hari ini Anwar Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memulakan perbicaraan kes liwatnya.

Kes ini tertangguh sejak setahun lalu apabila Anwar dengan barisan peguamnya berusaha untuk menangguh dan menangguh dengan harapan kes itu terbatal dengan sendirinya.

Malangnya, usaha itu tidak berjaya dan Anwar akhirnya terpaksa melalui perbicaraan. Allah Maha Mengetahui. Allah tidak mengizinkan kes liwat (yang bukan kali pertama dihadapi Anwar) terlepas begitu sahaja.

Manusia yang tidak pernah serik dengan pengajaran pertama, sudah tentu tidak akan ditolong oleh Allah lagi. Sebab manusia yang suka melakukan kesalahan sewajarnya menerima hukuman.

Kali ini saya termasuk penyokong Anwar menunggu dengan penuh debar perjalanan perbicaraan. Walaupun Anwar mempunyai barisan peguam yang handal-handal, namun mangsa liwa, saudara Saiful juga mempunyai barisan peguam yang tidak kurang hebatnya.

Selain peguam, Saiful melangkah masuk ke mahkamah dengan bukti yang kukuh, dengan prinsip BERANI KERANA BENAR dan sudah tentu keterangannya adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui bersama dengan Anwar, bukan keterangan rekaan semata-mata.

Kebijaksaan Allah mencipta manusia ialah dengan mencipta akal yang boleh berfikir dan bercakap. Jika kisah itu benar, akal akan memainkan peranan melawan setiap hujah peguam pihak tertuduh.

Dan jika kisah itu rekaan, sudah tentu akal tidak dapat mencerita perjalanan sebenar dan ini akan digunakan oleh peguam tertuduh untuk menegakkan keadilan anak guamnya.

Pada saya, kalau kita lalui hal itu, peguam belit pelbagai persoalan sekali pun, jawabannya tetap memihak kepada kebenaran. Itu pegangan saya. Dan kepada Anwar serta Saiful. Selamat berbicara.

Allah akan menyelamatkan mereka yang tidak bersalah. Amin.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai en MZ, Allah maha mengetahui segala apa yg berlaku... tak perlu nk kutuk mengutuk, caci mencaci... buat jer keje tu, duk diam2...

Tanpa Nama berkata...

Biarkan mahkamah buat keputusan dulu.Kemudian barulah buat kesimpulan.Jadilah penulis yang cerdik sikit...