Rabu, 27 Januari 2010
Aduhai Aduka Taruna
Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari ke atas seorang penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
Majistret Azrol Abdullah mengeluarkan perintah itu berkuat kuasa semalam ke atas penulis blog yang dikenali sebagai ‘Aduka Taruna’ bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.
Penulis blog yang dipercayai bekerja sebagai seorang pereka grafik itu dibawa masuk ke Mahkamah Majistret 1, dekat sini kira-kira jam 9 pagi sebelum dibawa keluar sepuluh minit kemudian selepas perintah tahanan reman ke atasnya selesai dijalankan.
Kelmarin, penulis blog berusia 30 tahun dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu, dipercayai ditahan sepasukan polis di sekitar Kota Bharu kira-kira jam 4.50 petang.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel menghina Almarhum dalam laman blognya.
Tulisan itu dipercayai mencetuskan kemarahan orang ramai, terutama rakyat Johor sehingga banyak pihak tampil membuat laporan polis terhadap tulisannya.
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kemudiannya menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas keterlanjurannya menulis artikel di luar norma kemanusiaan itu.
Beliau juga dipercayai menarik balik artikel tulisannya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah lakunya dari semasa ke semasa.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog berkenaan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.
Teringat dailog Nujum Pak Blalang apabila dia dipaksa menjawab teka teki tambahan daripada Baginda Masai.
"blalang.. blalang.. hai la blalang.. itulah.. aku bilang jangan lawan, kau nak lawan.. kau memang degillah blalang..
Sekarang Aduka Taruna yang cuba bermain dengan api telah menerima padahnya. Kita tak boleh sewenang-wenangnya guna blog untuk kutuk pemerintah.
Harap rakan blogger ambil iktibar daripada apa yang berlaku ke atas Aduka Taruna.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan