Di kebanyakan bandar, desa dan kampung, masih ada masjid, surau atau madrasah yang bumbungnya bocor merata-rata, dinding bertebuk berlubang sana sini, lantai reput pecah di mana-mana, pembesar suara pula kadang-kadang okey, kadang-kadang tidak okey dan lebih daif, kolah yang menakung air untuk kariah mengambil wuduk sudah berlumut hijau dan berkeladak.
Ini adalah fenomena rumah ibadat umat Islam yang boleh dilihat dengan mata kasar sama ada di bandar, pinggir bandar, desa dan kampung. Walaupun tidak semua begitu, tetapi yang begitu pun tidak sedikit adanya.
Bukan tidak ada usaha daripada pihak jawatankuasanya hendak membaiki atau membina baru, tetapi kebanyakan permohonan mendapatkan peruntukan kadang kala mengambil masa dua tiga tahun, malah sehingga setengah abad pun ada.
Itu pun belum tentu peruntukan yang sekian lama ditunggu itu diluluskan. Jika dibuat susulan, sudah tentu jawapan yang diterima "dalam perhatian", "dalam proses", "dah terima (permohonan) tunggu kelulusan saja lagi", "sabar, nanti YB datang umumkan peruntukan", "dah angkat ke pihak atasan" dan macam-macam lagi.
Itulah yang berlaku, walaupun tidak semuanya begitu. Akhirnya bumbung masjid, struktur bangunan surau dan madrasah yang semakin hari semakin uzur itu mula luntur, daif dan roboh begitu saja.
Begitulah kenyataan yang berlaku pada rumah ibadat umat Islam. Dalam media hampir setiap hari melaporkan penduduk minta surau baru, madrasah baru. Minta ganti atap zink berlubang kepada atap genting, dinding kayu dan lantai papan yang sudah dimakan anai-anai kepada konkrit, siling buluh yang telah reput kepada siling kapur.
Tetapi tidak semua permohonan itu mendapat perhatian, walaupun ada yang sekadar menerima janji kosong.
Bagaimanapun, persoalan timbul sejak seminggu dua ini berhubung sejauh mana kerajaan peka dengan nasib masjid, surau dan madrasah yang daif ini, yang ada antaranya sudah roboh akibat strukturnya terlalu usang. Dan adakah kerajaan akan bertindak dalam sekelip mata sebagaimana komitmennya terhadap hal-hal lain.
Sumbangan kilat bagi sesuatu tragedi yang menyebabkan kerosakan pada sesebuah bangunan yang tiada kaitan dengan kepentingan ummah menimbulkan tanda tanya dan persoalan, adakah kerajaan akan bertindak sepantas kilat jika ia berlaku ke atas masjid, surau atau madrasah? Dan bagaimana pula, kalau ada pihak tertentu mengambil kesempatan dengan kemurahan hati kerajaan itu untuk terus melakukan kerosakan.
Yalah, siapa sangka sebuah kilang atau rumah ibadat yang termelecur atau ada tanda-tanda kesan hitam akibat wap panas api sama ada di pintu atau pagar atau dinding sudah dapat bantuan segera RM500,000.
Walaupun ada yang gembira dengan keprihatinan kerajaan itu, tetapi pada masa sama akan mencetuskan kebimbangan. Bimbang kalau-kalau diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk mendapat bantuan berjumlah setengah juta ringgit itu dengan melakukan provokasi.
Ini sama seperti sebuah kilang yang hampir bankrap membeli insurans perlindungan. Tidak sampai satu bulan mencarum, tiba-tiba kilang itu dilaporkan terbakar. Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada 'litar pintas'. Hasilnya, pihak kilang menuntut pampasan daripada syarikat insurans. Maka tidur lenalah dia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
PENDEDAHAN yang dibuat oleh blog Captain M berkenaan hubung kait antara kumpulan yang memukul seorang pemandu lori beberapa hari yang l...
-
LAHAD DATU - Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, teta...
-
LAHAD DATU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan